Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Tuesday, January 17, 2012

Nak Semua Masuk Syurga!

Tettttt!... ^_^ Didoakan semuanya dalam keadaan sihat wal'afiat lah yer..

Secara ringkasnya.. Takziah buat keluarga pelakon dan personaliti tv, Wardina Safiyah.. berikutan rumah nya yang telah dimasuki perompak 9 Januari lalu.. Semoga kak Wardina, abang Ikhwan (suami beliau) dan anak-anak dapat tempuhi ujian ni dengan sabar dan redha.. (eh, macam kenal2 plak panggil akak/abang..hi2)

Apa yang berlaku tu adalah ketentuan Allah.. kita sebagai hamba, tak ada kuasa nak elaknya..


Pagi tadi, kak Wardina kembali ke MHI Tv3 sebagai tetamu (bukan lagi sebagai hos rancangan seperti sebelu, ni) bersama abang Ikhwan untuk menceritakan detik-detik cemas mereka sekeluarga sepanjang malam kejadian tu. 45 minit si perompak 3 'ekor' tu duk berlegar-legar dalam rumah kak Wardina.. lama tu..huhu..

Kalau la ujian tu terjadi kat aku.. wallahua'lam.. mungkin basah kain pelikat kot.. :P Na'uzubillah min zalik..

Aku tak nak cerita tentang kronologi kejadian tu kat sini..sebab tadi kak Wardina dan suaminya dah ceritakan semuanya kat siaran pagi tadi.. (Detail jugak la kot ceritanya.. Meremang bulu roma dengar.. errhhh...)
- Tapi.. yang nak difokuskan kat sini adalah tentang apa yang abang Ikhwan cerita tentang luahan salah seorang anaknya, Azra Fareera Ikhwan, 5 tahun...

Azra : Ayah.. rumah kita kena rompak lagi.. huhu.. 

Abang Ikhwan : Hmm..dik, apapun yang telah berlaku..kita syukur. Walaupun barang-barang kita kena rompak, tapi nyawa kita diselamatkan oleh Allah.. 

Azra : Tapi, adik sedih.. (sambil nanges sikit2) 

Abang Ikhwan : Kenapa nak sedih..? Kita tak boleh nak sedih-sedih sangat.. Sebaliknya, kita patut syukur, sabar dan redha dengan apa yang dah berlaku, baru Allah terima kita.. =) (si ayah terpaksa senyum utk menenangkn si anak) 

Azra: Sebenarnya, adik sedih sebab.. 'adik tak nak dia jadi jahat.. Adik nak, semua org masuk syurga..' adik x suka org jadi jahat.., adik taknak dia masuk penjara.. adik cuma nak semua org jadi baik-baik jer..

Terkedu.. - Ya Allah.. mulia sungguh hati si anak.. Boleh pulak dia jawab macam tu... ~_~ Mungkin kredit boleh diberikan pada abang Ikhwan dan kak Wardina kerana berjaya mencorak pemikiran anak-anak semulia itu..

Err..kalau aku la kan, mesti dah menyumpah giller2 punya kat perompak tuh.. Mana tak nya, kita seboleh-bolehnya nak kutuk maki hamun si perompak tu supaya Allah tempatkan penyangak 3 ekor tu dalam penjara seumur hidup..

"Penyamun bongok! Biar mati eksiden dengan lori sampah lagi bagus!!.. pastu kat akhirat nanti masuk neraka tak keluar-keluar..! Biar padan muka!!" mungkin macam tu la kot luahan aku.. adehh...

Kejam kita kan..? Kita lebih suka menghukum daripada mengintai hikmah disebaliknya..

Itu tandanya hati kita masih nak kena basuh dan basuh lagi.. 'Sabun yang ada tak cukup nak tanggalkan kekotoran degil..degil yang teramat sangat!'.. huh~

Diharapkan kak Wardina sekeluarga tabah mengharungi ujian ni.. dan lebih diharapkan kita dapat muhasabah diri sikit sebanyak. - Apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasakan dan apa yang kita tuturkan..semua patut kita teliti balik satu persatu.. Semoga kita dapat jadi yang terbaik..
wallahua'lam~

~perisaimahkota

1 comment:

cahaya bintul solehah said...

Subhanallah...kalam2 Allah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails