Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Sunday, November 14, 2010

Puisi dari Tanah Suci - wirtten by 'Abah'

Salamullahi'alaikum...


Alhamdulillah.. Petang sebegini damai skali buat sang burung yg tak prnah lelah dr mnikmati udara segar. Terbang bebas ke sana ke mari sambil berkicau riang. Bayu tenang melengkapkn lagi cerita, bahawa betapa indah kuasa alam. Ia jelas membuktikan bahawa benarlah ia ciptaan Yang Maha Indah, Yang Maha Kuasa. Tiada yang mampu menandingi ciptaanNya, apatah lagi menandingi zatNya.

Sambil merenung kehalusan ciptaan Ilahi, tanpa sedar hatiku telah terbawa ke satu tempat. Tempat itu jauh dari tempat yg aku berada sekarang. Impianku sejak dulu ingin menjejakkan kaki ke sana. Yang lebih aku harapkan adalah agar aku dapat terbang ke sana di usia muda ini. Entah berapa kali aku menitiskan air mata penuh pengharapan. Merenung tepat ke dalam hati, menghisab kehinaan diri...timbul pertanyaan, adakah layak aku dipanggil oleh Tuhan untuk sujud di hadapan Baitullah?

Hatiku menangis...


Tiba-tiba telefon bimbitku memberikan isyarat getaran. Menandakan sebuah pesanan ringkas telah masuk. Subhanallah... tertera di sana nama 'HJ ABAH'. Nama ini telah disetkan dr awal sebelum abah dan umi berangkat ke Tanah Suci. Ia ditulis sebegitu kerana sewaktu di Makkah, abah dan umi menggunakan nombor telefon lain yang khusus digunakan untuk di Makkah/Madinah sahaja.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah... Kerinduan yang membungkam ke segenap ceruk hati kini mula terasa damai. Perasaan rindu itu seakan-akan di ubat oleh seorang tabib yg tak diragui lagi kehebatannya. Ya, dia sememangnya tabibku sejak dulu hingga kini dan sampai bila-bila. Tabib Hati dan Jiwa...dia adalah yg bernama, Abah.

Pesanan tersebut berupa sebuah puisi. Abah memang seorang guru yang pernah melibatkan diri dalam dunia kesusasteraan, akan tetapi jarang sekali aku mengecap hasil nukilannya. Dan kali ini, aku bertuah kerana dpt merasakan halus tulisannya. Indah, tenang dan sukar digambarkan dgn kata-kata. Buat tatapan bersama keluarga, shbt dan knalan, di sini aku kongsikan 'puisi luar biasa' itu yang telah dihasilkan juga oleh 'insan luar biasa'.

Terimalah...

~MUNAJAT SEORANG HAMBA~

AllahuAkbar wa Lillahilhamd
Di kala trpandang Kaabah
yg mnjadi tumpuan sujud sluruh ummat,
Di kala itu jg mengalir air mata ini
mengenangkan aku adalah dhuyuf arRahman,
diantara berjuta, kenapa aku?
Persoalan yg hanya mmpu di jawab
dgn genangan air mata.

KeBesaran-Mu Ya Allah
yg selama ini kuimpikan,
yg ku cuba realisasikan,
kini bkn lg igauan,
bahkan kenyataan.

Ya Rahman Ya Rahiim
Takkan ku persiakan ksempatan ini,
sbg tanda terima kasihku,
Bermunajat selagi termampu,
mengisi ruang sudut Masjidil Haram
yg mnjanjikan 100,000 satu waktu.

Subahnallah..Maha Suci Tuhan Sekalian Alam..
Ku saksikan sendiri KebesaranMu..
Ya Allah...


Puisi hasil nukilan,
-Amir Usrah MHI5 (ABAH)-
Sevilla Barakat Hotel, Mecca.
10 November 2010

..........

Tiada yg dpt menemani diriku saat menitipkan puisi ini kecuali hanyalah air mata. Bukan air mata kesedihan merindukan Abah dan Umi supaya segera pulang, tetapi air mata harapan yg ingin sekali aku, akak dan adik-adik berada di sana bersama mereka. Berdiri dalam saf solat bersama, mengangkat takbir bersama-sama sehingga selesai pada salam yg akhir. Merasakan segar haruman tanah suci yg pernah suatu ketika dulu menjadi medan perjuangan Sang Nabi Agung (s.a.w), memprtahankan maruah Islam dan ummatnya. Persembahkan selawat dan Salam ke atas junjungan Baginda dan keluarga.

Persoalan hati, bilakah pula giliran aku untuk dipanggil bersujud di hadapan Bait-Nya? wallahua'lam.. Tiada yang lebih mengetahui saat dan ketika itu kecuali Allah. Dan tiada seorang pun yg dpt mndengar rintihan hati ini, melainkan Allah jua. Jika takdir telah tertulis, maka sudah pasti tiada siapa yg bisa merubahnya.

Ya Allah, aku menanti-nantikan panggilanMu...

Sekian.
~perisaimahkota

1 comment:

Dino Game said...

The Dino game immerses players in a desert adventure, where they leap over cacti and duck under flying creatures to achieve high scores. Its simplicity and fast-paced action ensure captivating gameplay.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails