Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Thursday, March 10, 2011

'Bagaikan Puteri' diFilemkan...

Salamullahi'alaikum...
(entri santai.. masih dalam mood rehat dan rawat)

Bagi peminat novel Ramlee Awang Murshid, kompem akan terbeliak bijik mata baca tajuk entri aku.. Usahkan korang, aku sendiri yang tengah menulis ni pun terbeliak jugak bijik mata.. 0_0 ish ish ish...besornye mate!! hrmmm...

Tak nak tanya aku ker dapat dari mana cerita ni? Tanya la aku..tanya la aku! ..hehe~

Sebelum disoal oleh penyoal-penyoal sekalian.. aku habiskan ayat tajuk entri di atas..
kalau novel 'BAGAIKAN PUTERI' DIFILEMKAN kan best..hihik.. (begitulah tajuk sebenarnya. Aku memang nak tulis penuh, tapi tajuknya panjang sangat. tak cukup ruang..)

Maaf yer. tak sengaja...
bukan niat nak tipu-tipu, tapi...
                              ...takder tapi-tapi..hik3.

hrmm..yelah. Terus terang..sebenarnya, aku baru lepas tengok trailer Hikayat Merong Mahawangsa kat youtube. Hebat memang hebat! Syabas buat KRUstudios!

Aku ni sebenarnya bukanlah minat sangat nak tengok movie. Movie-movie dalam external HD aku pun tak tertengok.. Cuma aku ni jenis yang sensitif sikit bila dengar orang cakap cerita 'berkenaan' best, mantop dan sama waktu dengannya. Bukan sensitif apa, sensitif untuk nak tengok..hihi.

Macam cerita Hantu Kak Limah dengan Ngangkung la.. Bila ramai orang duk sebut-sebut, baru aku tengok. Kira terkebelakang jugak la..hehe~ (aku belum pernah melabuhkan punggung di mana-mana panggung..) ^_^

Apa kaitannya dengan tajuk entri ni?
Haaa...ni la Iklil Hafriz kalau nak kenal. Iklil ni suka berangan..hihi.

Bukan apa.. Aku ni dah lama berhajat nak tengok salah satu novel karangan RAM diangkat ke layar perak. Contohnya bagi yang pernah baca cerita Bagaikan Puteri. Aku rasa mesti fikiran korang jauh melayang sampai kurun ke-15..kan? ..kot la..hehe.

Kalau korang tak rasa pun, aku rasa.. Betul! tak tipu.. Aku rasa macam tiba-tiba berada ke dunia fantasi tulisannya.. fuuhhhh~ Aura tulisannya memang berkesan. Seolah-olah watak-watak dalam cerita tu wujud dalam dunia sebenar.

Bagi korang yang belum pernah baca, aku syorkan sekarang jugak ke kedai buku berdekatan. Dapatkan sebijik novel Bagaikan Puteri.. jangan lupa beli sambungannya sekali!
~Cinta Sang Ratu
~Hijab Sang Pencinta
~Cinta Sufi

dan yang akan keluar tak lama lagi... Sutera Bidadari.

...
Waktu aku tengah syok layan trailer Hikayat Merong Mahawangsa, secara tak sengajanya aku teringatkan novel 'Bagaikan Puteri'. Aku bayangkan hero berbadan sasa yang tengah menggenggam keris atas kapal layar  tu adalah Laksamana Sunan ataupun Saifuddin (watak utama dalam Bagaikan Puteri).

Teruja lagi bila bayangkan si hero tersebut melaungkan seruan meninggikan kalimah Allah..macam yang dilakukan oleh Laksamana Sunan waktu bertarung dengan musuh-musuhnya. Unsur-unsur mistik ditonjolkan tapi diseimbangkan dengan unsur-unsur agama. Jelas mengangkat kemuliaan perjuangan.. ^_^

Macam serius jer bunyinya..heheh~
ermm... ok lah dulu.. Aku nak sambung rehat, rawat dan berangan ni..nanti kita jumpa lagi yer.

~Kalaulah angan-angan aku ni jadi kenyataan......

"lekuk!!!" (bunyi kepala kena sekeh.. @_@) ayoyo..hihi~


~perisaimahkota

17 comments:

annenyss said...

ramai cakap hikayat ni best..macam nak tgok je..hehe ;)

hantu GiGi said...

aku pon peminat ramlee!!semua novel die aku beli..tp yg terbaru rayyan fantasi mcm tak berapa best!sies! cete ni kena filemkan!aku volunteer jd laksaman sunan!HAHAH!

Abah Yie & Ummi Na said...

ummi mmg suka baca karya RAM ni...mmg seronok baca. Sekali baca, payah pula nak berhenti. Semua novel dia ummi ada :)

** menanti Sutera Bidadari yg bakal keluar x lama lagi

Naddia said...

jomla tgok movie local! support produk local! hehe..bangge la weh kru pat wat movie giler gempak camtu kn?!

anaiha yusof said...

kalu difilemkan mesti best pevah panggung,alaa2 merong mahawangsa

Hafriz Mohamad said...

..@_@..
aku masih berangan ni~ hehe...

penggila lensa said...

hik3.... dlm cite hikayat ni ade watak MA/dressar dok...?? hehe..
sory2... lari dr tajuk...hihi...

cite melayu mmg leh challenge cite mat saleh.... idup product local..!!

Hanis Azla said...

akak pun gitu juga.. selalu keterbelakang bab movie2 ni.. bila dh ramai dok sibuk2 kata best barulah nak pi tgk juga..

LIVESTRONG said...

oyk nk rehat.aishhh,

Hafriz Mohamad said...

Penggila Lensa: MA la hero tu..hehe.

Hanis Azla: Kak..kita serupa. ^_^

livestrong: tgah rehat la ni... zzzz...krohh~~ :P

SYaMiLa said...

bestnya HMW difilemkan..nk tgk..baca buku pun dh best...

kira kekuri said...

assalam! aku da tengok..waktu tgok,aku trbayang cerita Bagaikan Puteri plak.hahhaa..
A+ tuk cita nihhh!

Sheeda Minhaj said...

setuju buku ni di filemkan..boleh2!

Hafriz Mohamad said...

siapa lg yg stuju angkat tgn tinggi2!! aku nk tulis nama... nk buat surat cdangan kt KRU..hehe~

puan nina said...

ibu angkat mouse tinggi2 ni.nmpk tak?hahah..

best jugak kalau difilemkan..ermmm..tgh bayangkan =)

myamyza said...

saye juge salah seorang peminat karya agung ram.. kalau betul la novel ni nak difilemkan conpem lelaju saye g booking tiket nak tgk..

SumBody Me.. said...

laa..tajuk entry propa ja..aku dh eksaited td..

Ada baca x buku RAM - Semangat hutan + tombiruo + tombiruo terakhir? aritu aku baca dalam paper, buku ni dh dlm proses difilemkan dh..

Hopefully lepasni 'bagaikan pu3' dan sambungan2nya akan menyusul utk difilemkan. Konfim akan jadi 1 fenomena.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails