Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Wednesday, March 2, 2011

Percaya atau Tidak

Salamullahi'alaikum...

Alhamdulillah. Sampai jugak ke kolej akhirnya. Maka tamatlah sesi penempatan klinikal kat dewan bedah umum, Hospital Taiping. Minggu depan cuti.. Yeay!!! hehe.. suka3!

Tapi, untuk seminggu ni..kena duk kat kolej dulu untuk siapkan beberapa perkara yang berkaitan dengan HSR (Health System Research). Kalau benda tak selesai awal-awal, alamatnya nanti kelam kelibut. ^_^

Okeyh... bersama mood yang ceria-ceria ni, apa kata kita kongsi-kongsi cerita berkenaan fakta semasa. Sama ada korang pernah terserempak dengan fakta ni ataupun tidak, buat-buatlah belum pernah yer. hihi.. Kesian kat aku..penat menulis. heh heh... Tanpa lengah-lengah lagi, apa kata kita mula sekarang...

Donald Duck
boleh percaya ker fakta ni?
Percaya atau tidak...
Komik atau kartun Donald Duck telah diharamkan di India, Zimbabwe dan Papua New Guinea kerana ia tidak memakai seluar. Tapi, Malaysia masih belum mengharamkannya walaupun tak mendapat logo halal dari kementerian penerangan Malaysia.. Mungkin masih relevan.

Percaya atau tidak...
Jika kita kentut secara konsisten selama 6 tahun dan 8 bulan, anda mampu menghasilkan gas yang cukup untuk mewujudkan tenaga bagi mencipta 'sejibik' bom nuklear. Tetapi mengikut sumber dari pembanci kentut antarabangsa, masih belum ada lagi bom nuklear yang terhasil dari kentut. Korang boleh cuba kalau dah boring sangat takder kerja...hehe.

Percaya atau tidak...

Jika anda menjerit selama 10 tahun, 7 bulan dan 6 hari, kita akan menghasilkan cukup tenaga untuk memanaskan secawan kopi kapal api. Lain kali kalau ada masalah, jangan nangis. Jerit kuat-kuat. Sekurang-kurangnya dapat jugak minum air lepas penat menjerit.

Percaya atau tidak...
Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Sebaliknya, jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya dan seluruh kaum kerabatnya...haha.

Percaya atau tidak...
Wanita mengelipkan mata 12 kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah jugak bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga kerap kali berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri. ngehehe~

Percaya atau tidak...
Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 29 Ferbruari 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!. Kompius jugak aku.. sama ada dia ni ahli psikik atau pesakit psikiatri. ish3...

Percaya atau tidak...
Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!. Jadi, berfikir dulu sebelum membuang otak atau walaupun otak korang tak berapa boleh pakai. hehe..

Percaya atau tidak...
Kadang-kadang kita tak sedar, sesuatu fakta itu benar atau sudahpun diselewengkan. Dek kerana ia nampak macam pelik (lain dari yang lain), kita terus mempercayainya walaupun peratusan untuk percaya atau tidak tu sama banyak..

Dan, Percaya atau tidak...
Kita tak perasan pun yang fakta-fakta di atas telah diselewengkan.. Mungkin kerana seronok sangat baca fakta yang pelik-pelik, kita semakin tak sedar yang kita sudah berada pada tahap 'hampir-hampir tak sedar.. Termasuk aku...kot. hehe~

Oleh sebab itu..

Percaya atau tidak...
Ramai bloggerz telah kompius, senget, nak marah atau yang sama waktu dengannya. Sebab mereka dah semakin sedar bahawa diri mereka rupa-rupanya telah dikelentong oleh pengenlentong. Dan pengelentong itu adalah...aku. 


Hik3! Maaf yer semua. Sajer gurau-gurau. Hilangkan tension.. ^_^
Berkenaan fakta di atas, korang pikirlah lagi sekali..nak percaya ataupun tak. Kalau kompius, boleh lihat kat sini. Tapi jangan lupa komen kat entri ni jugak yer...hihi.

"Berhati-hati dengan fakta. Kerana kemungkinan fakta itu hanya auta."

Ok lah...fakat dah habis. Nak terbang dulu!!!
Nanti ada masa, kita sembang-sembang ilmiah pulak.. tajuknya...
em em em...rahsiakan jer dulu. Kalau bagitahu awal-awal, tak best pulak. hik hik.
Nanti aku pos entri, korang sudi-sudi lah jenguk yer.

Terima kasih semua...
Wallahua'lam..



~perisaimahkota

9 comments:

kindergartenlibrary said...

Nak percaya ke tidak ?

nice info ..
=)

nono2612 said...

nak kena tembak ni;p

Nazrul Ashraff said...

yang pasal kopi tu pnh dgr..hee.

Bunga said...

percaya tau x???emmm???emmmm

Muhammad Izuan said...

sy percaya. hehe

Hafriz Mohamad said...

percayalaaaaahh!!! hehe~

Madd said...

hahhahahha...
mahu percaye je...

Azian Elias said...

eemmmmm!!!..

Hafriz Mohamad said...

ishhh...sabor2. jgn mrh2,..nt cpat nmpak tue...hehe~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails