Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, March 5, 2011

Review 3 Movie: Alahai MA...

Salamullahi'alaikum...

Sebelum tulis panjang-panjang, aku nak tarik nafas lega dulu. fuhhh~~ Alhamdulillah...
Syukur sangat-sangat sebab dah selesai beberapa perkara penting yang melibatkan kolej. Dan yang paling lega, aku dah selamat sampai ke rumah tepat jam 1.20 pagi tadi. Terima kasih pada Pendekar Miaw, sebab sudi hantar aku... (roomate aku tu..hehe~)

...Tanpa buang masa, kita terus masuk kepada entri. ermm..rasa-rasanya ada yang klik entri ni sebab nak tahu apa lah yang dimaksudkan dengan MA tu kan? Ataupun ada jugak yang nak kongsi-kongsi cerita tentang movie review yang aku buat nih.
Ok lah..aku jelaskan dulu apa itu MA. MA tu singkatan daripada Medical Assistant atau sekarang dah digelar sebagai Assistant of Medical Officer (AMO) atau dalam bahasa melayunya, Penolong Pegawai Perubatan (PPP).

Siapa sebenarnya Penolong Pegawai Perubatan ni? Haa...ni mungkin ada yang dah tahu, atau masih samar-samar ataupun mungkin ada jugak yang lansung tak tahu menahu. PPP ni secara mudahnya digelarkan sebagai pembantu doktor la. Tahapnya setara dengan jururawat, pegawai farmasi dan beberapa lagi lah. Aku pun tak tahu sangat kalau nak diterangkan secara detail...hihi. PPP ni hanya di Malaysia sahaja sebab kalau di negara luar, ia hanya digelar sebagai paramedik bersama dengan jururawat dan yang sama waktu dengannya.

Okeyh...cukuplah dulu kot intro tentang MA atau AMO atau PPP nih. Aku tahu sedikit sebanyak info tentang semua ni pun sebab aku salah seorang dari pelatih PPP yang sekarang tengah 'lintang pukang' memerah otak kat kolej cawangan Ulu Kinta. Nak tahu cerita tentang aku dan kolej..klik sini. (kalau nak la..hehe) Kalau tak nak, boleh terus scroll ke bawah dan teruskan membaca coretan aku ni...


Apa yang aku nak cerita sangat sebenarnya nih? dan, apesal pulak tajuk entri (kat atas) tu bunyi macam mengeluh?

Baiklah... aku anggapkan majoriti yang tengah baca entri ni dah tengok 3 cerita ni. Tajuknya Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Khurafat. Semuanya cerita hantu kan? (sekarang bayangkan korang tengah tengok cerita hantu..) eeeeiiii....hihihihi...~

Kita pergi kepada cerita pertama, Zombie Kampung Pisang. Apa yang aku nak ulas dari cerita tu adalah tentang kewujudan MA yang bernama Sopi. Mula-mula tengok cerita, kitorang memang rasa bangga sangat-sangat sebab rasanya sebelum ni tak pernah-pernah pun MA diangkat sehingga ke filem. Tapi, tiba-tiba jer pengarah (abg Mamat Khalid) ni menonjolkan watak Sopi sebagai seorang MA yang sedia berkhidmat membela nasib penduduk kampung pisang bagi mengesan kes rebakan 'virus' zombie di kampung tersebut.

Tapi malangnya, sampai kepada penghabisan cerita..rupa-rupanya si Sopi ni menyamar jer sebagai MA. Dia ni sebenarnya orang jahat yang berada dalam pemerhatian pihak berkuasa. Si Sopi ni buat kerja menyeludup barang-barang terlarang (ker apa entah..huhu~) dan dia jugaklah yang menjadi penyebab kepada berlakunya serangan zombie di kampung tersebut. Ayoyo...sedih sedih.. Dari rasa bangga, automatik terus down. Hampalah harapan kitorang sebagai pelatih MA nak lihat kejayaan seorang MA...~_~

Selang beberapa tahun, keluar pulak satu lagi cerita arahan abg Mamat Khalid. Ia adalah sambungan kepada cerita 'zomba' kampung pisang. Cerita tu memang tengah hot sekarang. Tajuknya Hantu Kak Limah Balik Rumah. Apa kena pulak dengan cerita ni? cer citer, cer citer...! hehe~

Setakat ni, aku dapat rasakan filem ni dah mencetus satu fenomena besar melibatkan seluruh rakyat Malaysia (kot la..). Dari yang muda sampai ke tua. Trademark dalam cerita tu memang mantop dan sengal-sengal bunyinya. Apa tak nyer..hampir semua tempat aku pusing-pusing, semuanya duk sebut-sebut tentang cerita ni. Sampaikan Ustaz Kazim Elias (penceramah bebas) datang kolej aku bagi ceramah Maulidur Rasul pun sebut.. "..kita bakor jer! kite bakor!" hik hik hik... Lawok betul la... Sepuluh kali tengok, sepuluh kali gelak. ^_^

Berkenaan dengan cerita ni jugak, diwujudkan lagi seorang watak MA. Cumanya aku tak dapat nak kesan siapa nama sebenar pelakonnya dan siapa nama wataknya dalam cerita tu. Hanya yang aku tahu, nama anak dia 'Firdaus' yang tak berani nak keluar pergi mengaji malam-malam sebab takut kena kacau dengan hantu Kak Limah. Trademark si MA dalam cerita tu, dia asyik sebut... "bala, bala, bala...semua ni bala, bala, bala..." Macam best, sebab memang best pun. hihi~

Tapi (ada jugak tapinya..), watak MA yang diwujudkan dalam cerita tu menunjukkan seolah-olah MA ni tak buat kerja sangat. Tau mengutuk jer kerjanya. Itu ok lagi. Cuma yang jadi tak ok nyer, pakaian si MA tu nampak selekeh sangat-sangat. Sama jugak la dengan si Sopi. Dengan tali leher tak pakai, kad nama entah ke mana dan baju pulak dilepaskan keluar. Disiplin failed! Wallahua'lam..mungkin wataknya dicipta sebegitu untuk menyindir sesetengah MA yang bermasalah.

Selesai cerita kedua, kita pergi kepada cerita yang terakhir. Iaitu cerita Khurafat - Perjanjian Syaitan. Dalam cerita ni pulak, MA terus diangkat pada tempat tertinggi sebagai hero dalam cerita tu. Aku belum sempat lagi nak tengok ceritanya, tapi mengikut pengkhabaran dari member-member yang pernah tengok dan dari movie review yang dibuat oleh beberapa blogger, macam tu lah ceritanya.

Pada awal cerita, watak MA Johan lakonan Syamsul Yusof adalah seorang yang kuat agama dan cukup berdisiplin dalam melakukan setiap kerja. Dia ditugaskan sebagai MA yang diamanahkan untuk menyelia rumah mayat sebuah hospital. Awal-awalnya, begitulah watak si MA Johan nih. Tapi bila nak sampai pada pengakhiran cerita, terdedah watak sebenar disebalik topeng kebaikannya.

Ermm..aku malas nak fokus tentang jalan ceritanya. Aku cuma nak fokus pada watak MA dalam cerita tu. Kalau sekali pikir, macam ok la. Nampak jugak la profession MA ni diangkat hingga ke peringkat hero dalam sesebuah filem. Tapi bila pikir-pikir balik, watak MA ni rupa-rupanya hero yang tak berapa baik (jahat jugak la tu kot). Dia sanggup buat 'perjanjian dengan syaitan' semata-mata tergila-gilakan seorang perempuan. huhu~ teruk teruk...

Agak-agak lepas ni ada lagi ker watak MA yang nak diangkat? Kalau ada lagi, adakah watak-wataknya terus diletakkan sebagai MA yang bermasalah?

Harapan aku agar ada satu lagi watak MA yang diselitkan dalam sesebuah filem. Cuma kalau boleh, tak nak lagi dah watak yang kurang menyenangkan. Betapa ramai MA yang boleh bekerja dengan bagus sehingga mampu mengatasi doktor..kenapa MA yang bermasalah pulak yang ditonjolkan. Semoga watak MA nanti dapat bersihkan balik nama MA yang dah tercemar.

'Jangan kerana nila setitik dua, rosak habis susu sebelanga...huhu'


Tu jer lah yang mampu aku luahkan. Komen korang camner..?
Kita bincang setakat mana yang boleh... So, aku nak rehatkan jari jemari aku ni dulu.. fuhhh~~

Akhir kalam.. wallahua'lam.


~perisaimahkota

13 comments:

penggila lensa said...

teman arap pihak k'jaan memandang serius isu ini... dressar umpama doktor... hargailah kami.... :)

Hafriz Mohamad said...

bgtulah kate pak jabit..hehe.

yup2!! hidup MA!

Anonymous said...

bodoh la korang ni..korang mana leh banding dressar aka ma aka amo ke ape2 la dgn jawatan doktor perubatan..sedar la yg korang ni xubah mcm nurse jer..korang punya sukatan belajar diploma pun xbeza sngt dgn nurse.kalo dah setakat pembantu tu buat la cara pembantu.gred pon u29 jer.ader la yg naik u41..arhh korang sumer sama jenis xberapa bijak gak.korang dgn nurse tak patt dapat elaun kritikal ni..setakat kerja keorg kat trauma ke cardiac ke neuro ke ,ortho ke anesth ke semua org pun leh buat..ni ader ke poyo nak samakan dgn doktor..nak jadi doktor korang kena dapat cemerlang akademik..tak mcm ma,kwn aku yg bodoh2 spm sastera dgn dpt pangkat 2 pon leh dpt jadi ma ni..he korang mmg bongok la.yg menyedihkan lg korang ader ati gak perasan mcm doktor.

Hafriz Mohamad said...

waduh2..
serangan hndap prtama ke atas blog PM. hihi..

no hal lah.. x kisah sape2 pn kita ni. sbb kdg2 yg kt atas..bleh tgolek jatuh ke bwh dlm skelip mata..

so, ckp la ape nk ckp..
ok jer... hehe~ ^_^

Anonymous said...

erk??..nape leh x perasan ade org bg komen kt cni ea?..ayoyo..

Perjalanan mncari Cinta dan Redha Allah ni mmg sukar..x kesah la diserang hndap ke ape ker,yg penting niat hati kte tu diperbetulkan dr mase ke semasa..kite tahu ape yg org laen x tahu,n Allah lebih Mengetahui ape yg kite tidak ketahui..

Manusia zman skrg..x tau a nk kate ape bile hasad dengki,iri hati dah sebati ngn diri..huhu..

xpe..kite teruskan je ngn tugas dan tanggungjwab kite..ye brani berkate2 dlm ni je..x bleh nk aplikasikan ape2 pn..(^^)

Hafriz Mohamad said...

haa... kn dh kena.. hihi.
emm..btul tu. nk tgur2 tu ok jer.. kte trime.. tp klau nk kutuk2..agak kurg bradab la kot.

tp.. xpe. gaduh dlm ni x dpt pape kot.
jom keje!!! ^_^ hihik

MAMAT RAMBUTAN said...

hahahah..lawak laa mamat nih...gua xkesah lu nak cakap pa..yg pasti gua bt pe yg patut gua bt dalam profession nih...gua tlg org yg perlukan rawatan..n bg yg perkhidmatan yg terbaik..selaras dgn pe yg ada kat gua..n yg pasti kl luu nak kutuk sampai berdozen2 pun...gaji yg gua dapat tetap 2k n +++ ...ALHAMDULILLAH...
...adios!!!...

ZIPPO MILLER said...

Anonymous said...
bodoh la korang ni..korang mana leh banding dressar aka ma aka amo ke ape2 la dgn jawatan doktor perubatan..sedar la yg korang ni xubah mcm nurse jer..korang punya sukatan belajar diploma pun xbeza sngt dgn nurse.kalo dah setakat pembantu tu buat la cara pembantu.gred pon u29 jer.ader la yg naik u41..arhh korang sumer sama jenis xberapa bijak gak.korang dgn nurse tak patt dapat elaun kritikal ni..setakat kerja keorg kat trauma ke cardiac ke neuro ke ,ortho ke anesth ke semua org pun leh buat..ni ader ke poyo nak samakan dgn doktor..nak jadi doktor korang kena dapat cemerlang akademik..tak mcm ma,kwn aku yg bodoh2 spm sastera dgn dpt pangkat 2 pon leh dpt jadi ma ni..he korang mmg bongok la.yg menyedihkan lg korang ader ati gak perasan mcm doktor.
-----------------------------------

Gaduh lah sesame Kerajaan... c Anonymous ni mungkin Stff Nurse kui kui kui...Gua penganggur, jadi korang ni x perlu kut bergadus bersalah pendapat. Bersyukur dengan rezeki korang...lg bagus

Hafriz Mohamad said...

bkn brgadus la..hihi.
brtukar2 pndapat. :P

bakal MA said...

kawan2..ade org jeles kt ma..harharharhar
abaikan je..yg pnting kite same2 uat yg terbaik..jeles la tu die xdpt jd ma..harharhar.ntah2 die tu nk jd ma tp x layak..ade ape ngn akademik spm pangkat 1 pon kalo dh rezeki tuhan tutup.rezeki msg2 la..ni keje tuhan la nk bg rezeki kt sape2 yg layak bergelar perawat.

Hafriz Mohamad said...

^_^..
wallahua'lam.. siapa dia kte xtau..
emm..snang cter.. kte bt keje kte.. xyah layan ape yg die nk ckp..hehe

Anonymous said...

This is a very interesting site. The content is very informative and I am so glad that I dropped by. Thanks!

Anonymous said...

erm....aku syaiful...bidang apa yg perlu diambil untuk menjadi seorang MA..?? Tu dah jd cita2 aku dr kecil...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails