Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Monday, May 16, 2011

Akhiri Ayat Terakhir Anda!

"Sudah, berhenti menulis..! letakkan pen atau pensil anda di atas meja. Tutup buku jawapan dan buku soalan. Semak maklumat peribadi anda sekali lagi pada muka surat hadapan buku jawapan kemudian letakkannya di sudut kanan meja. Tunggu sehingga pengawas datang ke tempat anda untuk memungut buku jawapan."

Sementara tu.. TUTUP MULUT!!! *_*

Itulah arahan terakhir ketua pengawas peperiksaan.. lantang bunyinya.

Alhamdulillah..
Nasib baik sempat aku muntahkan kesemua sisa-sisa jawapan. Harapnya tepatlah. Kalau tak 100%, janganlah kurang dari 90%.. penat aku menulis.. dah la banyak pulak tu dakwat yang aku alirkan.. kesian lah aku ni wahai encik/puan pemeriksa.. hihi.

Bermakna, sekarang aku dah bebas.. So, kita enjoy!!!

Oi oi oi...nak enjoy apa ke jadahnya. Lepas ni sibuk dengan research pulak. Takder maknanya nak enjoy-enjoy.. Sedar diri tu sikit..

Ah.. peduli apa aku.. hik hik hik.. =P

Tapi...

Sebenarnya.. perjalan ni masih panjang.. kita tak tahu kat mana penyudahnya..
Banyak yang perlu diperbetulkan. Selama hidup ni, memang terasa yang amat sangat, dosa makin hari makin bertambah. Tak tahu dah banyak mana. Rasanya bukan berguni-guni lagi dah..tapi berbukit-bukit.. huhu.

sumber foto.. Islamic Testi

Jalan terbaik.. koreksi hati, muhasabah diri.
Dengan ukhwah, kita bina.. dengan islam, kita berdakwah.. dengan musuh, kita perbaiki diri.. dengan muhasabah, kita islah diri..ayuh! bermula dengan diri, kita koreksi diri kita...bermula dengan seorang mukmin, mampu membina sebuah ummah yang begitu utuh 'izzah'nya..

Di mana kita? Dha'if, maqbul, jayyid,jayyid jiddan, mumtaz?
Nilailah diri kita melalui 'assessments' yang ada.

Tiada tempoh masa terhad, melainkan ianya tempoh hidup kita.
Tiada natijah bertulis melainkan muhasabah yang dilakukan pelajar berdasarkan skema imannya...

Sama-sama kita muhasabah..
wallahua'lam...

~perisaimahkota


7 comments:

liyana said...

nice entry..same2la kita muhasabah dri..good luck!

Hafriz Mohamad said...

insyaAllah.. good luck jgak!

p@kcikLie said...

salam singgah ziarah dari pCL..

Entri : Kampung boy 1

Miss Tira said...

Semoga berjaya. Jangan enjoy banyak sangat takut nanti ilmu hilang. Hehehe.

Hafriz Mohamad said...

tme kasik pkcik lie..

Miss Tira: InsyaAllah.. berpada2.. :)

Fizalinolie said...

Apa khabar adik? Gud luck Hafriz. Yup! andainya kita sentiasa bermuhasabah diri InsyaAllah kita tidak akan tersasar dari matlamat utama kehidupan kita untuk berjaya di dunia dan di Akhirat. Tiada apa yang manis selain kebahagian yang kita perolehi daripada sentiasa membersihkan hati dan bermuhasabah diri. Hehe.

Hafriz Mohamad said...

Alhamdulillah sihat..

insyaAllah.. tem kasih ye kak! hihi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails