Maaf la.. blog ni tak berapa berjalan sangat seminggu dua ni.
Sebenarnya aku 'agak' sibuk dengan research. Maksud 'agak' tu, tak lah sibuk sangat pun.. tapi buat-buat sibuk.. hehe..
Ditambah pulak dengan kekeringan idea.. hmm~
Jadi, kebetulan jari jemari dah start menari ni..ada baiknya jugak aku kongsikan dengan korang berkenaan tajuk research aku. Korang nak tahu tajuk apa..?
Tajuknya adalah... Mintak Darah!!! ggrrrr~ haha..
Eh, bukan2.. tajuk yang sebenarnya adalah..
Kajian tentang faktor-faktor amalan menderma darah kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.
Aku sendiri yang pilih tajuk ni sebab..
menarik! hehe.. tu jer.. dan lagi satu, sebabnya benda ni memang menjadi masalah. buktinya..
Kempen menderma darah masih kurang mendapat sambutan atau tidak memenuhi jumlah keperluan darah yang diperlukan. Dianggarkan hanya satu peratus rakyat Malaysia yang menjadi penderma darah. Kempen menderma darah kurang mendapat sambutan disebabkan kurang kesedaran mengenai kepentingan menderma darah, selain kurang maklumat dan pendedahan mengenai menderma darah. (LOKMAN ISMAIL, 2007)
Nampak tak ayat yang di highlightkan tu..? HANYA 1% RAKYAT MALAYSIA YANG MENJADI PENDERMA DARAH.
Aduhai.. cuba cek diri kita balik, pernahkah kita menderma darah walaupun sekali? Kalau takder (bukan disebabkan alasan-alasan kukuh), agak malang jugak la. Sebab orang barat yang nonmuslim sebenarnya dah lama ambil serius tentang benda ni. Tapi kita yang Islam, masih tak ambil cakna tentang hal-hal kebajikan seperti ni..
Hmm.. ok lah.. aku tau. Masing-masing ada sebab kenapa tak mahu derma darah..
Antaranya alasan sibuk, dah pernah menderma, sakit, takut jarum, naik berat badan dan sebagainya. Walaupun faham berkenaan kelebihannya, tapi atas faktor-faktor tadi membuatkan niat untuk menderma darah tak terlaksana..
Terpulanglah.. masing-masing boleh simpan alasan peribadi. Tapi cuba kita bayangkan kalau suatu hari nanti, ada ahli keluarga kita yang memerlukan transfusi darah dilakukan, apa agaknya tindakan kita? fikirkan..
Akhirnya, sebagai membantu research aku ni.. aku nak tanya pendapat korang sikit..
Ermm.. korang pernah menderma tak? Kalau pernah, berapa kali?
Kalau tak pernah menderma pulak, aku nak tahu kenapa?
Ok.. tu saja untuk kali ni. Komen korang amat diperlukan..
”Hendaklah kamu saling bantu membantu dalam kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah saling membantu dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras dalam hukuman-Nya."
(Al-Maidah 5:2)
wallahua'lam. ^_^
Jumpa lagi..! hihi..
~perisaimahkota
16 comments:
blom penah derma darah.. kene pegi pasni.. uhuu
nice entry..
owh..1% je?hmm..rndh gk
Bahagian jarum tu Tira terasa seh. Huhu :p
Alhamdulillah...mse belajar dlu tiap semester akan derma darah sebab kolej2 suka buat kempen derma darah. Tapi bila habis belajar, baru pernah derma sekali itu pun sebab terserempak dekat mall...huhu. Kalaulah boleh selalu dapat reminder kempen2 terdekat kan senang..huhu
Oh, nak sambung lagi...sebab dah derma darah banyak kali (alah 7 kali je pon), masa nak dapatkan suntikan pelalian Hepatitis B yang baru, saya dapat percuma aje.tunjuk aje buku..ha...so, jomlah kita menderma darah ^_^
nice post..
pernah ade niat nak derma, tp lom berkesempatan la,
btol ea, kalau kite dah derma sekali, t mesti kite nak derma lg?
x pernah gak derma darah even student nurse.. sbb bp low.. hehe..
ummi dah lama teringin nak derma darah...tp ada je halangannya hehe.
darah ummi jenis "O"
saya takut jarum la....hahahaaaa...aku darah putih la Lil...
alamak ..
missh belom pernah derma darah la ..
takut -.-'
kokser kokdam: pegi jgn x pegi.. hehe ^_^
liyana: yup.. tramat rndah. so, utk tahun ni, Pusat Darah Negara cuba sasarkan 2% plak. xtau dpt ke x..
Miss Tira: Aduss.. ish3. hehe..
ainulanique: wah! lg bnyak dr aku.. huish.. Allahu Rabbi.. bsar pahala tlong slamatkan nyawa org..
farah 0: emm.. mgkin jg la.. sbb tu la sy dh brkali2.. bez.. try dlu, nt tau la betapa bhgianya dgn memberi..
Amirah: oo.. no hal. itu sbb mslh ksihatan. mgkin bleh derma cara laen.. :)
Ummi: oh.. same la ng iklil. pn O jgk.. org darah o ni pmurah.. katenyer..hehe
Hanif: huh.. ado lg kturunan mahsuri nih.. bahayo.. haha
missh chiorika: apa nk takutnyer.. x sakit pn... hmm.. ^_^
: good luck :')
assalamualaikum my fren..ingat lg x kawe? kawe ni jenis satu spesis nga mat hanif..takut jarum..jom la share2 benda2 bermanfaat dgn blog baru kawe : http://zombieinsaf.blogspot.com/
kawe raso demo bleh ce kawe..apo2 pn nice entry..fuuuu..masih takut nk dermo daroh.hehe
Saya antara yang belum pernah menderma darah.sobs.
nasib baek la sejak aku blaja kat poli lagi aku dah rajin menderma darah, skang ni,selang 3 bulan je aku g hospital utk menderma darah, last2 aku berkenalan n berkahwin ngan org yg sll tak cukup darah,dan kadang2 kena masukkan darah...hahaha.. tula org kate,kite berbudi,kadang2 bukan kite yang merasa balasannye secara terus, tapi camni la...wife aku yg merasa...wlaupun blum tentu lagi tu darah aku,tapi atleast aku xde la terasa sangat berhutang darah... kan?
Post a Comment