Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, May 21, 2011

Mujahadah itu Ghuraba'

Salam bicara ukhuwah..

Terus kepada permasalahan..
Mungkin entri kali ini nampak serius. ya, agak serius tapi usah khuatir kerana penyampaiannya akan tetap dibuat sesantai mungkin supaya dapat kita faham bersama.

Memang benar..

..kita bukan seorang 'alim yang sengaja mengaku hebat di atas pentas pidato. Kita bukan seorang pendakwah yang ingin dipandang mulia 24jam. Kita bukan syeikh yang ingin dilihat sebagai ketua agama.

Tapi kita hanya orang biasa yang ingin mencuba menjadi luar biasa. Mengikut aturan alQuran dan Sunnah Rasulullah saw.

Maka untuk menjadi luar biasa, perlunya jalan mujahadah..

Dalam proses mujahadah, kita tak lepas dari halangan, hasutan dan kutukan. Pun begitu, sekuat mana angin lintang yang ingin melencongkan jalan perjuangan kita, sehebat mana musuh yang cuba menghalang gerak geri kita.. bukanlah menjadi suatu titik kejatuhan kita. Sebaliknya ambil ia sebagai perangsang.

Benar. Teramat sukar untuk kita mulakan kehidupan sebagai orang baik-baik..selagi mana,
kita merasakan hidup kita sebelum ni sebagai 'budak jahat'. Belum apa-apa lagi kita telah menjadikan masa silam sebagai penghalang utama.. maka kecundang di garisan permulaan.

Baiklah.. bila dah dibuang kelemahan masa silam, akan hadir satu rasa ingin menyambung kembali jalan mujahadah. Timbul rasa ingin berubah. Dari aku yang dulu, kepada aku yang kini. Tapi bukan bermaksud menjadi orang lain, cuma ingin menyingkap kembali sejarah matlamat kewujudan diri sendiri. Yakni sebagai hamba Allah.. wajib taat pada perintahNya.

Dan sekuat hati, kita berazam..
"Aku nak jadi baik.. Aku nak cari ilmu.. Aku nak tinggalkan maksiat dulu-dulu..
Mulai hari ini, aku nak pakai jubah.. Aku nak berkopiah.. Aku nak berserban..
Aku nak tutup aurat elok-elok.. Aku nak cuba pakai purdah.. Aku nak jaga maruah diri.."

Begitu suara keazaman yang mungkin kita dengar..

Maka dengan semangat yang tinggi.. perubahan bermula. dikerah sekuat tenaga untuk memusnahkan kelemahan masa silam dan hanya ingin mencipta kejayaan masa depan. Demi Allah untuk Islam..
...
Sampai satu episod, tiba-tiba terdengar suara hanyir yang bunyinya..

"Kamu tak boleh pakai kopiah putih dalam kerajaan..sebab undang-undang kita melarang."
"Kamu tak boleh pakai purdah..sebab kerajaan kita tak benarkan berpakaian macam ni."
"Kamu bukannya baik sangat, janganlah hipokrit."

Ahh.. penghalang sudah datang..
Menggigit tali ikatan jalan mujahadah yang bertahun-tahun kita bina. Hampir putus.. seakan-akan terus terhenti. Sayang sekali, kerana baru saja di awal perjalanan.

Suara hati tidak pernah berdusta. Dia takkan membiarkan pemiliknya terus berduka..
Dalam diam, dia memujuk..
"Jangan mengalah wahai hamba Allah..engkau telah berada di atas jalan kebenaran. Hanya tinggal selangkah untuk bersama menggapai cinta kekasih Allah. Hentikan tangisanmu.. bangunlah demi menyambung kembali usaha yang telah engkau sendiri impikan."

Soal perintah ulul 'amri (penguasa kerajaan)..
ya, tidak salah untuk kita taat kepada arahan mereka atas alasan-alasan tertentu..
Tapi jangan terus menguburkan niat untuk berubah.. Kerana mungkin hanya di sini kita dihalang..tapi di luar, kita masih boleh lakukan.

umat terpilih...

Duhai pencinta mujahadah.. aku teramat sayangkan kalian, kerana aku juga seringkali berusaha untuk menempatkan diriku di atas jalan mujahadah.. Aku juga pernah dihalang dan dihasut seperti mana kalian. Kerana tak semua mampu membawa roh Islam, di zaman-zaman akhir kehidupan dunia.

Namun, tak bermakna usaha kita harus dikuburkan.
Kita baru sahaja bermula.. ayuh kita selesaikan bersama!

Sesugguhnya jalan ini ghuraba'.. ghuraba'.. ghuraba'..
“Islam itu bermula sebagai (ghuraba') sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]


Oleh itu, ayuh! Kita bangun bersama..
Sebagi pencinta mujahadah..
Sebagai umat terpilih..
Sebagai ghuraba'..

wallahua'lam...

~perisaimahkota.

6 comments:

liyana said...

nice..like it!

gnjil tu lebih kurg asingkan>?

Miss Tira said...

Islam itu dipandang ganjil pada mereka yang jahil. Dan orang jahil itu dipandang ganjil pada mereka yang Islam.

shezwan said...

Yes!! Aku pn nak berubah.. InsyaAllah.. ^_^ ghuraba'?? dapat gak aku stdy prkataan baru.. nice sharing.. arigatou!! =D

Hafriz Mohamad said...

liyana; em..yup. mgkin lbih kurang..

Miss Tira; tepat.. ^_^

shezwan: ya.. insyaAllah. jom kita brubah ramai2. skg dunia prubahan.. change! reformasi! transformasi! mujahadah fi sabilillah..

kokser kokdam said...

like!

yup, suara2 sumbang tu la yg menyusahkn.. kalo xkuat mmg xjd..

nice entry

=D

ieqa said...

assalamualaikum..ana tertarik dgn ayat
..Dan sekuat hati, kita berazam..
"Aku nak jadi baik.. Aku nak cari ilmu.. Aku nak tinggalkan maksiat dulu-dulu..
Mulai hari ini, aku nak pakai jubah.. Aku nak berkopiah.. Aku nak berserban..
Aku nak tutup aurat elok-elok.. Aku nak cuba pakai purdah.. Aku nak jaga maruah diri.."

Begitu suara keazaman yang mungkin kita dengar..

Maka dengan semangat yang tinggi.. perubahan bermula. dikerah sekuat tenaga untuk memusnahkan kelemahan masa silam dan hanya ingin mencipta kejayaan masa depan. Demi Allah untuk Islam..
...
Sampai satu episod, tiba-tiba terdengar suara hanyir yang bunyinya..

"Kamu tak boleh pakai kopiah putih dalam kerajaan..sebab undang-undang kita melarang."
"Kamu tak boleh pakai purdah..sebab kerajaan kita tak benarkan berpakaian macam ni."
"Kamu bukannya baik sangat, janganlah hipokrit."

Ahh.. penghalang sudah datang..
Menggigit tali ikatan jalan mujahadah yang bertahun-tahun kita bina. Hampir putus.. seakan-akan terus terhenti. Sayang sekali, kerana baru saja di awal perjalanan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails