Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Friday, September 2, 2011

Haluan Kiri, Dulu dan Sekarang

Ehem.. yang aku faham la kan..
kalau dulu di Tanah Melayu, gerakan berhaluan kiri diistilahkan kepada mereka-mereka yang berjuang menentang kerajaan penjajah British. Bahkan hingga sekarang, mereka masih digelar gerakan politik berhaluan kiri.


Sekarang pun kalau nak diikutkan, masih ada yang dilabelkan gerakan politik berhaluan kiri.. tak lain tak bukan adalah ahli-ahli politik yang bergerak sebagai pembangkang dan pengkritik tetap kerajaan. Tak kira dari mana-mana badan sama ada parti politik, NGO atau 'gerakan rahsia'.

wallahua'lam.. mungkin tafsiran ini ada silapnya...

Golongan ini sering dipandang serong oleh masyarakat awam. Walaupun usaha mereka untuk membela maruah dan hak rakyat turut dijadikan agenda utama perjuangan, tetapi mereka sering dimomokkan di media arus perdana sebagai pengkhianat negara..

Di zaman pemerintahan British.. si ayah berpesan kepada si anak...
"Kamu jangan la nak terlibat dengan gerakan-gerakan ni. Semua tu mengarut. Bersyukur jer lah dengan nikmat keamanan yang pihak british dah bagi pada kita. Kalau kita asyik nak lawan british, kita anak beranak nak makan apa?" 

Zaman sekarang.. maksudnya hampir sama...
"Ayah bagi kamu masuk universiti/kolej tu, nak suruh kamu belajar. Tak payah la nak bergiat dengan gerakan-gerakan bawah tanah ni. Usrah la.. dakwah la.. tarbiyyah la.. Semua tu mengarut jer la. Nanti tak pasal-pasal tidur free dalam lokap. Ayah jugak yang malu.. Kerajaan dah bagi kita macam-macam, tak payah la nak berjuang apa-apa lagi..."



Ermm.. camner? dah la kot..
Bagi yang berkelapangan, apa kata kita sama-sama fikirkan.. komen dialu-alukan..

Sekian..


~perisaimahkota

3 comments:

Cikgu Ma said...

aaa...saya pun paham mcm tu jugak..kalo parti haluan kiri ni, parti menentang kerajaan...bahkan kalo Pilihanraya kampus pun ada haluan kiri, cthnya mcm UKM..

***kt USIM belum ada mcm tu =,=
tq follow saya...suda follow cni

Hafriz Mohamad said...

sama2..

erm..yup.
apepun... kte truskan jer usaha. rumah dh dibina, wajib kita siapkn..
yakin dgn janji Allah~ ISLAM PASTI GEMILANG! ^^,

ShahRul nizAM said...

selamat berblog semula,....(^_^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails