Orait.. sahabat-sahabat.. kita terus kepada soalan yer..
Tahukah kalian apakah puncak kenikmatan bagi seseorang hamba Allah?
Adakah apabila berjaya membina sebuah banglo mewah di atas puncak banjaran titiwangsa dan hidup bahagia bersama 4 orang isteri tersayang?
...atau apabila telah berjaya terbang ke puncak langit untuk membina sebuah 'kerajaan perpaduan' bersama ayah pin..?erk.. takder kaitan..
...atau apabila telah berjaya terbang ke puncak langit untuk membina sebuah 'kerajaan perpaduan' bersama ayah pin..?
Hehe.. dah sah-sah jawapan kat atas ni langsung takder dalam 'skema jawapan' kat fikiran korang.. kalau jawapan semacam tu muncul jugak dalam kepala korang, itu tandanya koang jugak loya buruk macam Jozan rajalawak.. :D
Dari Shuhaib meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda;
Apabila para ahli syurga memasuki syurga, Allah berkata kepada mereka.. "Sekiranya kamu menginginkan sesuatu, Aku akan menambahnya".
Mereka menjawab: "Bukankah Engkau menjernihkan wajah-wajah kami? Bukankah Engkau memasukkan kami ke dalam Syurga? Bukankah Engkau yang menyelamatkan kami dari api neraka?"
Kemudian itu juga Allah mengangkat hijabnya dan memperlihatkan 'wajahNya' kepada ahli-ahli Syurga. Pada waktu itu mereka merasakan tidak ada sesuatu kenikmatan pun yang pernah mereka rasakan yang lebih baik daripada melihat wajah Tuhan mereka.
Seterusnya Nabi bersabda, "Orang-orang yang berbuat baik menerima balasan baik, ditambah pula dengan dapat melihat Tuhan mereka."
Itu lah jawapannya..
Hadis Riwayat Muslim
So, dapat kita simpulkan bahawa kita kat dunia ni memang tak boleh nak nak capai puncak kenikmatan. Hatta tiap-tiap malam bersama pasangan 'ibarat malam pertama' sekalipun belum tentu capai 'puncak kenikmatan'.. ehem...
Maka jelaslah kat sini, setinggi-tinggi kenikmatan adalah apabila kita dapat melihat 'wajah' Allah. Yakni 'wajah' kekasih Agung..
Digambarkan betapa hebatnya nikmat itu sehinggakan wajah manusia yang melihat 'wajah' Allah turut menerbitkan keserian dan pancaran kejernihan yang luar biasa..
Pointnya.. puncak kenikmatan ini terhad untuk ahli Syurga sahaja! takder kautim-kautim...k.
Agak-agak, dapat ke tak kita ni jadi sebahagian dari ahli Syurga..?
Jom sama-sama muhasabah Iman dan Amal kita... kerana Allah.. insyaAllah~
~perisaimahkota
3 comments:
semoga kite semua dapat kenikmatan Allah tu.. beruntung!
semoga kita diantara golongan itu.. amin..
amin insyaAllah~
Post a Comment