Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, September 24, 2011

Hati Seperti Burung

Salam perkongsian..



Waktu 'jalan-jalan cari ketenangan' dalam dunia maya ni, aku terjumpa satu artikel yang agak menarik untuk kita kongsi-kongsikan. HATI SEPERTI BURUNG!

Asalnya aku ambil kat sini. Penulis artikel ni orang indonesia, so artikel asalnya dalam bahasa indon gitu la..

Jadi nyer, untuk dimuatkan kat blog ni, aku translatekan kepada bahasa melayu. Takder la korang 'fenin lalat' untuk memahami maksudnya..hehe~ ^_^ Jom kita baca sama-sama...



Dari Abu Hurairoh radiyallahu'anhu, dari Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda, "Akan masuk syurga suatu kaum, hati mereka seperti hati burung." (H.R. Muslim)

Wah, hati seperti burung? camaner tuh?    @_@    (suspen!)
Sebagai jawapannya, baca satu lagi hadis di bawah ni..

Umar bin Khattab radiyallahu'anhu berkata, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Andaikan kalian tawakal kepada Allah dengan sebenarnya, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kalian seperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang pada petang harinya dengan perut kenyang." (Shahih Tirmidzi, hasan shohih)

Ahha.. itulah yang dimaksudkan sebenarnya..
Mencontohi burung dalam hal tawakalnya. Burung begitu tawakal. Dia tawakal pada Allah dengan berupaya mencari makan di pagi hari. Seharian mencari makan hanya dengan bekal tawakal. Dan ketika pulang, dia sudah dalam keadaan kenyang.

Begitu pun manusia.. dalam berusaha, kita sepatutnya senantiasa bertawakal. Tawakal bukan bererti pasrah segala-galanya (membuta tuli tanpa usaha).

Lihat burung.. Mereka tetap berusaha pergi mencari makan. Maka, manusia pun harus tetap berusaha. Tapi mesti diiringi dengan tawakal iaitu meminta pertolongan Allah. Maka, tanpa ia sedari ia akan pulang dengan membawa rezeki dari Allah sebagai berkat usahanya pada hari itu.

Percayalah dan Tawakallah... ^_^


edited by
~perisaimahkota

5 comments:

blog-tips-kurus said...

lepas subuh, baca entry ini, sejuk je rasa.. :-)

Madd said...

penuh pengajaran...

"Selamat Pengantin Baru Lan dan Fyda"

ch!natsu said...

semoga kita sentiasa mencontohi burung dlm tawakalnya.. insyaAllah.. =)

Anonymous said...

t -- tetap
a -- ads
w -- wujud
a -- antara
k -- kehidupan
a -- alam
l -- luas
maka kembali jua pada yang satu.. Allah hu akhbar .. Allah hu akhbar

Hafriz Mohamad said...

Maha Suci Allah~
^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails