Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, July 31, 2010

MINAH & MAMAT

Kalau korang nak tahu sangat
Dunia ni terdiri daripada minah dan mamat
jom tengok camne diorang terjerat
Sebelum jadi mayat

ada spesis minah ni
bila dah jumpa lelaki
mula la rasa nak tunjuk bulu kaki
kononnya stail moden zaman kini
tak cukup bulu kaki bulu ketiak pun jadi
asal menawan sanubari

lagi dinasihat lagi menjadi jadi
kubur lain lain la tok haji!
Aku kena lagi
Aku pun balas kembali
Wahai cik adik yg cantik berseri ( ayat macho )
Kalaulah aku dah jadi mayat nanti
Tiba tiba dikubur sebelah korang nanti
Aku taknak korang melanggar hak asasi
Dengan terjerit jerit melolong dipukul besi
Bingit la kubur nanti
Aku nak tido tak sedap hati

Beralih kepada si mamat
Ada spesis suka buat buat penat
Ajak pegi surau mula la tergeliat belikat
Katanya solat berjemaah tak wajib dibuat
Kepala hotak hang memang dah berkarat
Ingat yang wajib korang buat dah sempurna sangat
Dah masuk neraka baru nak bertaubat
Bro,dah terlambat…….

Wahai korang (termasuk aku) semua
Bila korang nak berubah ha!
Tunggu malaikat cabut nyawa?
Ke tunggu kena seret ngan lori bawak batu bata?
Tak pun bila dah putus cinta?
Lalu terjun bangunan tingkat lima
Mati sia sia
Sia sia je takpe la
Dah la sia sia
Dalam kubur kena seksa
Kena hentak kena sula semua ada
Macam macam ada bak kata Astro Ria


NOTE : harap maaf,nota ini ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang dah meninggal dunia ( jadi mayat )

hasil nukilan sahabat,
Taufiq Razif

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails