Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Wednesday, July 21, 2010

Warkah Mayat untuk Mayat!

( jangan baca bagi yang lemah semangat )

Kesian aku tengok kamu,
Malam malam merintih dipalu,
Pagi pagi melolong meracau takde malu,
macam macam aku dengar dalam kubur kamu,
bunyi rantai bunyi besi berlaga kat dalam kubur kamu tu,
aku ingatkan kamu sedang membina bangunan batu,
rupanya aku diberitahu kamu sedang diseksa diazab bertalu talu,
dipukul dihentak laju laju,
kasihannya kamu..
Dulu aku dah pesan kat kamu,


Sebelum kamu jadi mayat yang selalu je menangis pilu,
Solat la di awal waktu,
Solat la kat surau yang kamu kata panas tu,
Berjemaah la kamu,
Tapi kamu kata mana wajib semua tu,
Tapi cukup sempurna ke yang wajib dulu kamu buat tu?
Rasa diri dah perfect sangat kan dulu?
Kononnya KASIH SAYANG ALLAH berpihak pada kamu,
Padahal tinggal solat slamber je takde rasa malu,
Dosa kecil lagi lagi la confirm hobi kamu,
Aku tak tahu,
Aku dah nasihat dulu..


Bila solat pun dah berantakan,
Buat dosa kecil pun dah hilang kepuasan,
Dosa besar pula jadi pilihan,
Kononnya menenangkan jiwa yang kekosongan,
Pergggh! Padahal hati tak tenang tu tanda KASIH SAYANG TUHAN,
Supaya kamu kembali ke arah kebenaran,
Kerna disitulah hakikat ketenangan,
Tapi bila aku kasi ceramah bab AKHIRAT & KETUHANAN,
Kamu kata aku jiwang dan sukakan populariti murahan,
Aku pun tersenyum kesedihan,
Sambil hati berharap agar Allah bukakan pintu kesedaran,
Agar kamu kembali ke pangkal jalan,
Aku tak tahu,
Aku dah nasihat dulu..

Aku kasihankan kamu wahai sahabat,
Aku dah tegur banyak kali jangan buka aurat,
Kononnya tayang kulit lutut yang buruk amat,
Menaikkan seri wajah agar hensem bangat,
Tu bengap namanya wahai sahabat,
Bila Allah dah murka jauh la kamu dari rahmat,
Hati pun gelap tiap tiap hari kena laknat,
Tengok la wahai sahabat ini la akibat,
dalam kubur sekarang kamu melolong meratap tak penat penat,
sakit sangat ke wahai sahabat?
pedih sangat ke kena sebat?
Dulu aku dah suruh kamu bertaubat,
Kamu buat buat telinga kamu tersumbat,
Aku tak tahu,
Aku dah pesan dulu..

~luahan sadis ini dtulis oleh sahabat seperjuangan saya, Sdr Taufiq Razif.
  Semoga Allah melimpahkan berkat di atas usahanya...amiin.
  sama-samalah kita ambil iktibar darinya...


~perisai mahkota

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails