Pertama sekali. Aku nak ajak kita sama-sama istighfar...
Astaghfirullahal’azim... ulang semahu yang anda mampu. (^^,)
Dengan dibawa bersama mood lagu Tobat Maksiat nyanyian Wali Band, ayuh kita renung kembali perihal diri kita. Apa perkaitan lagu itu dengan kita, dan apa kaitannya pula dengan entri kali ini... jom baca sama-sama.
Aduh!
Mengaduh macam-macam gaya dah sekarang ni...
Aduhh!! Sakitnya... ia menggambarkan kesakitan yang betul-betul.
Adoyai ... Aduss... (sambil menepuk dahi)... lebih ke arah gurauan manja-manja..hihi
Atoii!!.. lagi manja..hehe. Bermakna, ia sekadar untuk suka-suka nak bagi keadaan bertambah ceria. ^_^
Zaman penggunaan bahasa moden ni membuatkan kita lagi susah nak bandingkan sama ada ia serius atau gurauan. Namun semuanya tak menjadi masalah jika difahami pada gaya sebutan dan mimik muka si penuturnya.. ^_^
Dah2... Ayuh kita nyanyi plak...hihi..
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim...
Rasanya takder pun yang tak pernah dengar petikan lirik lagu di atas kan?
Ya, ia adalah petikan lagu Tobat Maksiat seperti yang telah saya nyatakan sebelum ni...
Cuba korang nyanyikan... ulang 3 kali kalau boleh.. (hihi... ^_^)
Ok...kalau dah selesai.
Cuba korang 'nyanyikan' pula dengan lenggok bahasa hati...
Maksud aku, fahamkan apa yang penyanyi lagu ini ingin sampaikan. Atau lebih tepatnya sematkan dalam ruang fikir dan tafsirkan. Kemudian rasakan dalam ruang zikir...
Nyatanya, lirik lagu ini sedang mengetuk-ngetuk ruang fikir kita. Soalan yang ditanyakan adalah...
Berapa dosa kau buat? Berapa kali maksiat?
Pernahkah kita terfikir untuk menjawabnya?
Rasanya tak mustahil, ada yang pernah menjawab ...tapi ia terselindung di sebalik rahsia hati. (termasuk aku..tapi kadang-kadang jer...huhu)
Perasaan menyesal mula timbul apabila dikenang kembali dosa-dosa dan maksiat yang pernah kita lakukan. Sama ada ia sengaja atau tanpa sengaja.
Dosa pada Allah dan Rasulullah...
Dosa pada Ayah dan Ibu...
Dosa pada sahabat...
Dosa pada guru...
Dan kepada sesiapa sahaja termasuk alam...
Jika diulang kembali pita rakaman kehidupan, rasanya semua setuju dengan aku apabila aku katakan bahawa kita tidak terasa bersalah saat melakukan dosa kecuali setelah menyedari akibatnya.
Maksudnya... waktu kita buat kesalahan, kita tak rasa kesalahan itu suatu kesalahan.
Tetapi apabila kita keluar dari kotak kesalahan itu, barulah kita menyedari bahawa yang kita lakukan itu suatu kesalahan. Kan3? Hmmm.... (tapi, apa yang kita rasa mungkin sama atau mungkin juga berbeza).
Bagaimana agaknya jika dosa itu ibarat sebilah pisau tajam yang bersedia memotong-motong pelakunya. Jika tergerak saja hati untuk melakukan maksiat, pisau itu akan menyiat-nyiat kulit dan daging kita. Apabila kaki kita mula melangkah ke tempat maksiat, pisau itu akan memotong kaki kita. Apabila ingin mengumpat, ia segera memotong lidah dan telinga kita. Tangan pula dikelar bagi yang ingin mencuri atau berbuat maksiat menggunakannya... sadis, tanpa ada rasa belas kasihan!
Huhu...rasa-rasanya sudah pasti kita akan terdengar pelabagai jeritan di luar sana.
Setuju tak dengan pendapat aku? (emm..terpulang untuk setuju atatu tak..hehe)
Tapi...kita pula macam mana?
Sudah pasti kita pun dah banyak kali mengaduh kesakitan..kan?
Bukan aduh, bukan adoyai, bukan aduss...bukan juga atoi...
Tetapi teriakan kali ini lebih dahsyat!
ARRGGGGHHHHHHH!!!!!! Sakitnya!!! Tolong!!!
Aku tak cakap orang lain. Aku pun sama sebab baru seminit tadi aku dah melakukan dosa.
Dan lebih menyedihkan, aku mengerti bahawa ia suatu kesalahan dan ia adalah dosa yang sama diulang dan diulang. Pernah berjuta kali ingin insaf dan bertaubat dari melakukan maksiat ini, tapi apakan daya pujukan syaitan lebih kuat sehingga iman dikalahkan oleh nafsu.
Astaghfirullah...
“Ya Allah. Ampunkan kami Ya Allah...
Kami lemah ya Allah... Kami tidak mampu menanggung dosa kami yang bertimbun ini ya Allah...
Ampunkan kami dan jauhkanlah kami dari perbuatan yang sia-sia. Hindarkanlah kami dari bujukan Syaitan dan sekutunya. Kuatkanlah Iman kami agar kami bisa menundukkan nafsu. Hijabkanlah pandangan kami dari memandang yang nyata salah, agar kami tidak mengikuti rentaknya.
Amiin...ya Allah.”
Sama-samalah kita perbaiki diri. Kuatkan iman dan teruskan mujahadah melawan nafsu syahwat.
Semoga diberi kekuatan oleh Allah...
Jangan ada lagi jeritan akibat dosa! ~_~ InsyaAllah...
Akhir kalam... wallahua’lam.
~perisaimahkota
No comments:
Post a Comment