Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Sunday, July 4, 2010

Bacaan : Nota Fikir untuk Zikir

   Di saat hati penuh keresahan mencari-cari erti sebenar kehidupan, saya diperkenalkan oleh seorang sahabat lama melalui facebook (selamat tinggal FB...huhu) tentang sebuah blog yang katanya mampu menghidupkan kembali jiwa-jiwa yang hampir malap. Ditakdirkan oleh Allah swt, jari-jari ini mampu menekan dan mencari-cari blog yang dimaksudkan.



   Akhirnya dengan izin Allah aku ketemu jua dengan sebuah blog yang diberi nama Genta Rasa. Blog ringkas tapi sarat dengan motivasi ini adalah milik seorang insan yang dikenal dengan nama Ustaz Pahrol. Nama sebenar beliau adalah Pahrol Mohd Juoi. Beliau seorang penulis, kolumnis majalah, editor, pencipta lirik, penulis skrip pengacara tv serta pengendali program latihan dan motivasi. Kini beliau adalah Ketua Editor majalah motivasi dan fardhu ain... juga Pengurus dan Pengarah Penyelidikan di Fitrah Perkasa Sdn Bhd. Blog beliau yang saya maksudkan adalah Genta-Rasa.com.

   Penjelajahan demi penjelajahan telah saya buat dalam menyingkap isi-isi mutiara di dalam blog tersebut. Hasilnya, hati saya seakan bertemu dengan satu titik yang cukup luar biasa. Mungkin ini yang dimaksudkan ketenangan hati. Saya bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah merasai nikmat kebahagiaan ini. Penyampaian melalui penulisan blog ustaz Pahrol adalah berbentuk simple sahaja tetapi mampu untuk mengocak 'fikir' dan 'zikir' pembaca.

   Maka, setelah blognya saya baca satu persatu, tergerak pula di hati saya untuk membeli sebuah buku karangan Ustaz Pahrol. Tujuan adalah untuk menambah koleksi buku peribadi dan yang paling penting adalah untuk mencari mutiara-mutiara penting yang terhimpun di dalam naskhah tersebut. Akhirnya, rondaan dibuat di sebuah gedung buku besar (Jaafar Rawas) di Kota Bharu. Mata saya terpandang wajah ustaz Pahrol di kulit sebuah buku. Saya pergi lebih dekat kepada buku tersebut. Memang benar, ia adalah buku tulisan ustaz Pahrol dengan judulnya 'NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR'. Hati saya melonjak kegembiraan. Usaha saya untuk turun dari rumah hari itu membuahkan hasil.

   Setelah pulang ke rumah, di belek helaian demi helaian. Alhamdulillah...segalanya memuaskan hati saya. Saya kagum dengan cara penyampaian yang beliau serlahkan. Saya juga berangan-angan untuk mampu menghasilkan sebuah penulisan santai sepertinya. Mudah-mudahan impian saya ini tidak berlegar-legar hanya di awanan tanpa berpijak di bumi yang nyata.

   Dengan itu, saya mengakhiri penulisan kali ini dengan mengajak sahabat-sahabat pembaca sekalian untuk cuba menjengah masuk ke blog Genta Rasa. Saya berani memberi jaminan yang anda pasti puas hati. Selamat menjelajah saya ucapkan.Akhir kalam...teruskan hayat hidup anda dengan terus ber'fikir' dan 'zikir'.

ilalliqa' ma'assalamah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails