Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, July 31, 2010

Tangisan Tanpa Suara

Ibu...
Kita nak pergi mana ni ibu?
Adik takut, tempat ni gelap
Ibu jangan lepaskan adik sendirian
Kalau ibu tinggalkan adik
Nanti adik nak nangis kuat-kuat!


Ibu...
Ibu nak ke mana tu?
Sanggup ibu tinggalkan adik!
Ibu tak sayang adik lagi ke?
Apa salah adik bu?
Adik pernah sakitkan hati ibu ker?

Ibu...
Ibu dengar tak tangisan adik ni?
Adik merayu sangat-sangat ni ibu
Sanggup ibu tengok adik dihurung lalat?
Sampai hati ibu lihat adik dimamah ulat
Adik sayang ibu
Jangan la tinggal adik sendirian di sini
Adik takut...

Ibu...
Kalau adik yang salah
Adik mintak maaf banyak-banyak kat ibu
Bukan niat adik nak sakitkan ibu
Jujur adik katakan
Adik lebih rela dalam ‘jagaan’ ibu
Selamat dari segala bencana
Jauh dari malapetaka
Kalau boleh, adik tak nak lahir ke dunia
Adik nak sentiasa dengan ibu


Ibu...
Mana ayah?
Ayah tak pernah pun jenguk adik
Atau ayah pun tak sayang adik jugak
Ayah pun tak sayang ibu ker?
Mana ayah bu? Adik nak jumpa ayah
Adik nak dengar azan dan iqamat
Nak ayah yang bisikkan kat telinga adik
Macam kawan-kawan adik yang lain
Semuanya ayah diorang bisikkan
Adik pun nak jugak!

Ibu...
Kalaupun ibu yang bersalah
Ibu jangan sekali-kali mengalah
Allah lebih mengetahui rahsia hati ibu
DIA masih sayangkan ibu, percayalah
Tangisan ibu bukan tangisan biasa
Rintihan ibu penuh penyesalan
Mengadu lah pada Allah
Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani

Ibu...
Adik dah tak daya lagi di sini
Cukuplah hari-hari adik di dunia ni
Sudah sampai masa adik ke sana
Bersedia menjadi hiasan taman-taman syurga

Ibu...
Selagi pintu taubat masih terbuka
Berserahlah pada Allah
Adik akan tunggu kepulangan ibu di sana
Nanti di Syurga
Adik nak peluk cium ibu
Adik takkan tinggalkan ibu
Sebagaimana ibu pernah tinggalkan adik sekarang
Cinta Adik untuk ibu selamanya...

Adik tetap sayang ibu...


~perisai mahkota
23:12. KPPuk

6 comments:

Unknown said...

mntak izin utk share yep!!
tanx...

Hafriz Mohamad said...

silakan...
(^_^) welcome.

wansyu said...

Salam ziarah..

Naluri seorang wanita dan ibu..takkan sanggup membiarkan anak sendiri ditinggalkan sebegitu..
walaupun itu yang dilakukan..tapi, pasti jiwanya takkan pernah tenang..pasti sentiasa dibayangi wajah anak tak berdosa seumur hidupnya..

semoga setiap daripada kita diberi hidayah dan petunjuk dari Allah..Jadikan ia sebagai pengajaran..

Jazakallahu hukhairan..

Hafriz said...

hebatnya penangan nafsu apabila sntiasa dibiarkan mnjadi bhn tunggangan syaitan..,
na'uzubillah.

TaShA WaNiE said...

Salam...
~bila nafsu menguasai segalanya...
~insan kecil yang lemah menjadi mangsa...
~Salam Ziarah...

Unknown said...

assalam'alaik.....minta izin share ye...syukran..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails