Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Tuesday, July 6, 2010

Mencari Ketenangan dalam Keresahan

   Hari ini ibarat peperangan. Lebih tepat adalah 'peperangan jiwa'. Saya banyak bermonolog sendirian. Mengenangkan nasib diri yang semakin lama semakin tak bermaya untuk berjalan sendiri. Kaki dikuatkan untuk melangkah. Akan tetapi semakin dikerah, makin kuat pula persoalan tanpa jawapan berlegar-legar di ruang fikiran yang serba sempit ini. Maka aku kembali rebah. Dihulurkan tangan meminta bantuan, namun tiada siapa yang mendengar keluhan berat ini.


   Seolah-olah tenggelam punca. Sambil termenung di atas sejadah tua, saya mencari-cari jawapan. Di waktu ini pun, persoalan-persoalan itu datang lagi. Namun segalanya tetap berada dalam lingkungan cerita yang sama. Saat ini lah saya cuba mempraktikkan apa yang telah saya ketemukan dalam naskhah kecil 'Supaya Gelisah jadi Ibadah'. Segalanya saya serahkan pada Allah. Saya tidak mahu menyalahkan Allah dengan masalah yang datang serba seribu macam ini. Namun, jawapannya masih samar-samar. Ketenangan baru sahaja hendak bertamu, datang pula keresahan mengetuk pintu hati. Ingin benar rasa resah ini mengambil tempat di hati.

   Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar... Hanya inilah yang mampu saya luahkan saat ini. Jari terus melompat-lompat di atas papan kekunci, beralun mengikut rentak keluhan hati. Hanya mampu berserah dan pasrah. Ya, saya masih mengerti dan percaya pada diri sendiri iaitu tetap sebagai manusia biasa, hamba Allah yang hina juga khalifah yang diamanahkan untuk menjaga bumi ini. Saya punya amanah yang harus dilaksanakan. Tanpa pinjaman umur, tenaga dan masa daripada Allah...sudah tentu saya tidak punya apa-apa. Mungkin hidup mungkin tidak. Mungkin kuat, mungkin juga lemah. 

"Jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya..."

   Inilah antara titik punca permasalahan. Kata-kata yang keluar dari mulut seorang tenaga pengajar membuatkan salur pernafasan terasa ketat dan fikiran berserabut. Entah kenapa rasa ini yang melanda diri. Sangkaan saya hanya gurauan sinis, tetapi apabila difikir dan ditafsir...pintu untuk husnuzhon (sangka baik) seakan-akan tertutup rapat. Benar, sudah tertutup!

(Mencari ketenangan) Sudahlah diri...jangan difikirkan sangat kata orang. Jangan peduli sangat kritikan luar. Yang penting 'aku tetap aku' kan? Selagi Allah ada dihati, Selagi Abah dan Umi masih diingati, selagi dia masih setia menanti...saya akan terus melangkah. Walaupun berat, cubalah untuk ringan-ringankan. Sampai bila hendak berendam dalam parit yang penuh sampah dan rasukan 'iblis' ini. Saya mesti keluar, mencari realiti hidup. Mencari ketenangan dalam keresahan.


'abg jaga diri baek2 r nt ea..'.

   Mesej ringkas inilah akan senantiasa menemani saya sepanjang perjalanan. Ingin benar saya merealisasikan harapannya untuk diikat bersama melalui Syariat yang suci (semoga diberi keizinan...insyaAllah). Untuk itu, saya mesti kuat. Kerana amanah yang akan dipikul esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan akan datang pasti lebih berat dari hari ini. BANGUNLAH DARI TIDUR, BUKA MATA PANDANG KE SANA...MOGA BERJAYA. Biiznillah, insyaALLAH.

~perisai mahkota

2 comments:

ainul mardhiah said...

pengembaraan yg penuh onak duri khidupan..
slagi mampu berjln..
slagi mampu teruskan..
slagi mampu tetapkan..
bangunlah utk terus melangkah..
jgn d pndg ssuatu musibah e 2 sbgai penghalang..
tp,pndg lah ia sbgai 1 kkuatan utk kite realisasikan stp impian..
perjuangan ini mmrlukan pngorbanan..
utk mnjadikan 1 mimpi e 2 sbgai realiti khidupan..

Hafriz el-Muhammady said...

Salam Mujahadah, Terima kasih atas nasihat...
Semoga Allah memberkati tiap usaha saudari Ainul Mardhiah.
insyaAllah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails