Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Tuesday, July 20, 2010

Kita dan Ibu

Ketika kita berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari menjauh sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita mengucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Pada usia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru. kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah mencecah 6 tahun, ibu memimpin tangan ke sekolah. Kita mengucapkan terima kasih dengan menjerit "Tak nak! Tak nak!"

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan terima kasih adalah dengan kita memecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan ais krim. Kita mengucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Berusia 9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih padanya dengan kita belajar ponteng sekolah.

Ketika usia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja. Kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.


Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh kita pakai pakaian yang menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu tak sesuai dengan zaman sekarang.

Sewaktu berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan bayaran asrama. Kita ucap terima kasih padanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

Apabila berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan merindukan pelukan dan ciuman kita. Kita balasnya dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPT. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

Berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama. Kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Ketika berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita sudah ada teman istimewa. Kata kita, "itu bukan urusan ibu!"

Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberi pandangan mengenai kerjaya. Kita berkata, "Saya tak mahu menjadi seperti ibu!"

Menjelang berusia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanya mengenai rancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut, "Ibu...tolonglah jangan masuk campur!"

Ketika berusia 25 tahun, ibu susah payah menanggung perbelajaan perkahwinan kita. Ibu menangis memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita. Tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi. kita dengan penuh megah berkata, "Itu dulu, sekarang zaman moden."

Ketika berusia 40tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung. Kita berkata, "Kami sibuk, tak ada masa nak datang."

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

Dan... suatu hari, kita mendapat berita dari kampung bahawa ibu telah meninggal!!! Khabar itu bagaikan petir menyambar! Dalam lelehan airmata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu sewaktu dulu, menerpa satu persatu.

Tika itu, tiada guna lagi penyesalan...


~perisai mahkota
dipetik dari:
Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
25 Mei 2004/ 5 Rabi'ul Akhir 1425H
Bil. 002/04

2 comments:

Cik Nass said...

Salam'alaik! Merasa sangat sebak dengan entri ini. Kini sudah berusia 25 tahun dan sudah mengikat pertunangan dengan insan yang dicintai dan dirinya juga disenangi keluargaku terutama ibu bapaku.

Semoga diri ini, tidak menjadi anak yang derhaka sebagaimana yang tersenarai di atas. Mungkin seusia 1 tahun sehingga kini, terlalu banyak dosa yang terkumpul up0n them, my bel0ved parent. Semoga segala dosa saya diampunkan oleh ibu bapa saya.

Saya sungguh merasa sebak dan sayu. Alhamdulillah saya kini berada di rumah dan bersama kedua mereka. Selagi tidak ditempatkan untuk mengajar di mana2, selagi itu saya akan mencurahkan bakti dan tenaga untuk membantu mereka di rumah ini. [Walau hanya menjaga kedai runcit. Hehe.]

Semoga anda menjadi seorang anak yang soleh, sebagaimana yang didambakan oleh semua anak yang lain termasuk saya.

Sesungguhnya syurga itu terletak di telapak kaki ibu bagi seorang lelaki, selamanya! dan bagi seorang perempuan sebelum dia sah menjadi milik suaminya. :)

Terima kasih di atas perkongsian ini. Semoga saudara dan ibu dirahmati Allah SWT. Amin ya rabbal 'alamin.

Syukran.

Hafriz el-Muhammady said...

wa'alaikumussalam wbt...cik nass.
Syukran krn sudi brkunjung ke blog sy.

Amiin...insyaAllah.
Syukran atas doanya...smoga ke atasmu jua kesejahteraan dan keberkatan dariNya.

Yg lepas adalah pengalaman, pengalaman itulah guru kita...guru selama2nya...
Apapun, gerbang mujahadah masih terbuka luas utk kita sama2 melangkah mmperbaiki diri. Smoga dkuatkan kaki utk trus ke hdpn dan istiqamah di atas jalan ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails