Hari ni PRK di Merlimau dan Kerdau.. Keputusannya..? wallahua'lam.
Aku ni sebenarnya malas nak bercerita atau 'mengomen-ngomen' tentang politik tanah air semasa..sebab blog ni sememangnya bukan blog 'politik'. Maksud aku politik yang caca marba macam sekarang ni la. Kalau politik yang ok seperti kaedah politik Rasulullah, dah kompem-kompem aku akan usaha untuk join barisan depan!
Sebenarnya, faktor utama aku 'undur diri' dari terlibat secara langsung dalam politik adalah, sebab aku sakit kepala. Sakit kepala dengan sikap ahli politik, tak kira yang memperjuangkan agama atau yang memperjuangkan kebangsaan. Sakit kepala dengan media massa yang setiap saat rela menjadi penyebar cerita politik, tak kira fakta mahupun auta.
Sakit kepala!!! huhu~
Bukan bererti aku dah berhenti berjuang. Tapi aku dah tak reti macam mana nak berjuang dalam keadaan sekarang. Kalau dulu, aku join kawan-kawan bersama dengan ustaz-ustaz ikut pergi ceramah. Siap jadi tukang pemungut derma lagi. Memang seronok...
Mana tak seronok.. Kalau kita buat kerja yang masyuk dengan jiwa, mesti rasa seronok kan? Contohnya time buat solat hajat perdana di Stadium.. fuhhh~~ lautan manusia tu. Semuanya pakai cantik-cantik. Dengan siap berjubah, berkopiah dan berserban. Muslimat pulak siap bersarung tangan, berjilbab labuh. Kemudian speaker kiri kanan mengalunkan lafaz-lafaz zikir Kalam Allah. Tenang yang amat... Situasi yang sama jugak dirasakan sewaktu kuliyyah Tok Guru di Medan Ilmu, Pejabat PAS Kota Bharu. Memang best! ^_^
Tapi.. tapi.. tapi...
Kenapa sekarang, aku rasa semua benda tu dah tak ada. Adakah sebab aku yang dah lama tak ambil tahu pasal dunia 'politik'? Atau ada benda lain yang dah kawal roh perjuangan dalam diri aku? Atau ada sebab lain? ...
Apa yang aku rasa sekarang adalah, aku nak lepaskan diri dari ikatan politik. Dan, sememangnya aku dalam fasa-fasa terakhir untuk melepaskannya (sementara). Atas alasan, dunia politik sekarang sudah 'kotor'. Atau mungkin lebih tepat..tunggang langgang!
Kenapa politik sekarang aku anggap kotor? sebab lidah yang digunakan sebagai 'senjata' dalam perjuangan menegakkan Islam, sudahpun dibalut dengan sumpah seranah dan maki hamun. Suara mereka dilepaskan sesuka hati tanpa rasa bersalah. Di pihak pejuang kebangsaan pula, aku hanya nampak teramat sedikit peratusan kebenaran. Yang selebihnya, banyak yang tidak selari dengan Islam.
Politik Rasulullah bepaksikan agama. Kerana agama dan politik adalah satu. Tapi, kita jangan lupa bahawa Rasulullah lah, contoh terbaik ahli politik Islam. Kata-katanya bukan bersifat keji, maki atau caci..tapi kata-kata Baginda penuh dengan cahaya keindahan Islam. Walaupun dihina, disindir sehingga tubuhnya berdarah akibat dibaling dengan batu..tetapi Rasulullah tetap halus dalam bicara dan tulus dalm setiap gerak.
Aku rasa korang pun dah faham tentang apa yang cuba aku sampaikan.
Selain itu, ahli politik sekarang lebih mementingkan kekayaan peribadi semata-mata.
Aku tak tahu jenis yang macam mana dalam parti merah, sebab aku dulu hijau. Sebelum ni, aku letakkan mereka yang hijau ni sebagai pencinta perjuangan Islam. Sebaliknya, bila dah lama dalam perjuangan, aku mula perhatikan bahawa dalam yang hijau ini, ada dua jalur berbeza. Satu yang putih dan satu lagi yang hitam. Yang putih itu 'pejuang' dan yang hitam itu 'pembangkang'.
Apa beza pejuang dengan pembangkang?
Pejuang adalah mereka yang menyertai politik Islam semata-mata kerana untuk menegakkan kalimah suci 'La ilaha illALLAH'. Sebaliknya pembangkang, mereka menyertai politik Islam hanya kerana jiwa dan kata-katanya dah memang bersifat membangkang. Setiap orang adalah salah, kecuali dirinya.
Jadi, aku rasa.. selagi masih ada jalur hitam dalam hijau, selagi itu aku akan terus jadi pemerhati. Jelas terbukti, menjadi pemerhati lebih selamat. Kerana sekiranya ada yang baik (sama ada dalam merah atau hijau), aku akan ambil keduanya. Jika ada yang kurang baik, aku akan letakkan keburukan itu di belakang sebagai pedoman perjalanan.
Aku bukan benci kuali, kerana kuali tak salah..
Yang salah adalah tukang masaknya yang tak tahu cara nak memasak;
Aku bukan benci politik, kerana politik tak salah..
Yang salah adalah ahli politik yang tak tahu macam mana nak berpolitik.
Sekali lagi ditegaskan... Islam dan Politik adalah satu! Sekiranya terpisah, ibarat tercabutnya kuku dari isi. Walaupun kelak hilang sakitnya, tapi selama-lamanya ia akan nampak hodoh!
Wallahua'alam...
~perisaimahkota
3 comments:
entry yang menarik ya sahabat.... semoga kemenangan berpihak kepada yang berhak...
wassalam...
Amiin..insyaAllah.
semoga Allah bersama yang benar
Post a Comment