Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Friday, March 11, 2011

Jumaat: Hari Memburu!

Penting!
Mesej ringkas ni aku rasa korang semua pun pernah dapat. Aku dapat ni dari ustaz aku masa kecik-kecik dulu time belajar kat kelas agama. Pastu ada jugak la orang lain yang sering peringatkan, sampai lah sekarang..

Apa yang ustaz dan 'orang-orang' tu cakap?
Diorang cakap, hari jumaat adalah paling baik untuk memburu.. (memburu ke berburu ea?) hentam saja lah..^_~ hehe..

Kalau yang suka memancing, pun hari ni jugak hari yang terbaik untuk memancing.. Tapi, bukan memancing 'orang' yer! Tak baik... jaga mata... Kalau yang dah beristeri, lagi tak baik. Kan tak pasal-pasal kena tidur luar malam ni..hik hik hik.

Okeyh..jom kita memburu!
Tapi.. Apa yang nak diburu sebenarnya?

Nah..baca mesej pendek berikut...

foto comel ini dr inspirasidakwah.blogspot.com

Memburu Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
Maksud dari Hadis Rasulullah SAW...
         "Sesungguhnya pada hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang tidaklah seorang hamba muslim berdiri berdoa memohon kebaikan kepada Allah bertepatan pada saat itu, melainkan Dia akan mengabulkannya. Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya, yang kami fahami, untuk menunjukkan masanya yang tidak lama (sangat singkat)." (Riwayat Muttafaq 'Alaih)

     Sebaik-baik hari bagi umat Islam adalah hari Jumaat. Iaitu sayyidul ayyaam (penghulu segala hari) yang paling agung dan paling utama di sisi Allah SWT. Banyak ibadah yang dikhususkan pada hari Jumaat, misalnya membaca surat as-Sajdah dan al-Insan pada pagi solat Subuh, membaca surah al-Kahfi, solat Jumaat berserta amalan-amalan yang mengirinya, dan beberapa amal ibadah yang lain.

     Di dalamnya juga terdapat satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Tidaklah seorang hamba yang beriman memunajatkan doa kepada Rabbnya pada waktu itu, kecuali Allah akan mengabulkannya selama dia tidak meminta yang haram.

Dan, yang berikut adalah hari mustajab untuk memburu rahmat Allah..
Raihlah 'hasil pemburuan' itu dalam doa..

1. Hari dan malam Jumaat
2. Hari Arafah
3. Hari dan malam raya ei’dul fitri dan ei’dul adha
4. Malam Lailatul Qadar
5. Malam Nisfu Syaaban
6. Awal malam bulan Rejab
7. Malam Israk dan Mikraj

Mungkin kita rasa rugi sebab hasil pemburuan tak nampak depan mata.. Sedarlah bahawa , fikiran yang semacam tu lah yang rugi sebenarnya.

Aku sendiri pun.. walau sentiasa diingatkan tentang kelebihan berdoa pada hari Jumaat, tapi tak buat-buat jugak. So, jom kita sama-sama buat!! ^_^ Hasil pemburuan nanti, kita sama-sama kongsi ya..
InsyaAllah... wallahua'lam.


~perisaimahkota

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails