Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, February 26, 2011

Al-Quran Kitab Perubatan

Salamullahi'alaikum...

Selesai sudah minggu pertama sesi penempatan klinikal kat unit Dewan Bedah Umum, Hospital Taiping. Macam-macam yang aku dapat. Ada yang best, ada yang tak berapa nak best. Tapi untuk kali ni, aku nak cuba kongsi-kongsi tentang apa yang aku dapat kat sana.

Siapa yang pernah masuk ke dewan bedah atau pernah tengok cerita Team Medical Dragon (citer Korea), mesti dah dapat sedikit sebanyak bayangannya macam mana. Ada bilik bedah, ada surgeon yang sibuk ke hulu hilir, ada mesin yang serabut serabai dengan wayar-wayarnya dan macam-macam lagi lah. 

Lagi satu, kalau siapa-siapa yang pernah masuk dewan bedah memang akan dapat rasa lah betapa sejuknya kat dalam tu. Suhu kat kawasan steril (untuk menjalankan prosedur pembedahan) mestilah 18 hingga 22 darjah selsius supaya segala mikroorganisma tak dapat membiak dan tersebar secara mudah. Tapi, sejuk nyer yang amat. Mau nyer tak terburai gigi... huhu~ Aku memang tak boleh tahan kalau sejuk-sejuk sangat. Nanti aku jadi menggigil dan jari-jari aku akan mula rasa gatal-gatal. Alergik...

Mungkin setiap dewan bedah berbeza susunan, sistem dan tahap kesibukannya. Kata sister, dewan bedah Hospital Taiping ni antara dewan bedah yang tersibuk la di Perak. Lagi besar hospital, lagi sibuk...kot.

Baiklah... Fokus sebenar yang aku nak ceritakan kat sini adalah...

Berkenaan dengan tiga prosedur asas yang wajib dilakukan sebelum pembedahan (pre-operation). Ia adalah Scrubbing, Gowning dan Gloving. Apa bendanya tu? Mari kita sama-sama bincang satu persatu kemudian seterusnya aku cuba la luahkan apa yang dapat aku 'tafsir' di sebalik tiga prosedur tadi.

Scrubbing ni, (dalam bahasa mudahnya) adalah suatu prosedur cucian tangan yang akan dilakukan oleh setiap yang terlibat dengan prosedur pembadahan yang akan dilakukan. Contohnya surgeon, assistant surgeon dan staff nurse. Setiap kali diorang nak belah perut orang ke, ape ker...mesti akan scrubbing terlebih dahulu supaya tak berlaku jangkitan silang kepada pesakit atau dari pesakit kepada surgeon.

Kaedah cucian tangannya memang complicated sangat-sangat. Nak kena jaga steriliti. Berkali-kali basuh tempat yang sama. Ditenyeh-tenyah, digosok-gosok dan bilas. Setiap celah-celah jari akan digesel-gesel supaya kotoran dikeluarkan. Pastu ambik berus, letak sabun atas berus kemudian sambung 'tenyeh-tenyeh' dan 'gonyoh-gonyoh'. Lepas tu bilas lagi. Tujuannya bagi hilangkan segala kotoran bermula dari kuku hingga 2 inci atas siku.

Berhenti kat sini jap. Nampak tak apa yang terselit di sebalik prosedur ni?
Kalau tak nampak, aku bagi klu... wudhu'. Berdasarkan klu, pasti dah dapat agak kan.. Ya, Islam telah menceritakan berkenaan prosedur cucian tangan ni dalam Al-Quran.

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali...(hingga akhir ayat)"    Surah Al-Maidah : 6.

Rupa-rupanya sistem barat mengambil kaedah kebersihan ini dari Al-Quran. Bertahun-tahun kita ambil wudhu', tapi hikmahnya baru kita nampak. Malangnya orang barat dah lama guna pakai kaedah yang dinyatakan dalam Islam. Teruk kan kita? Buku perubatan (Al-Quran dan Hadis) dah terpampang depan mata, tapi kita tak nak kaji. huhu~

Hukum Islam sentiasa beri panduan untuk kita selamat dunia dan akhirat. Tapi kita pulak yang sengaja cipta kaedah-kaedah baru mengikut nafsu semata-mata. Lagi teruk, kita tak sedar pun yang barat dah lama gunakan silibus al-Quran sebagai panduan hidup mereka. Bila mereka perkenalkan apa yang mereka cipta, kita pun sanjung mereka setinggi langit. Tanpa sedar, yang disanjung itu adalah hasil dari kitab lama yang tersandar kemas dalam almari rumah. (sama la aku pun... dua kali lima, lima kali dua)

Berkenaan dengan gowning dan gloving pulak, takder yang spesel sangat. Hanya pakai gown kemudian pakai sarung tangan. Tu jer. Tapi tapi tapi... sekiranya teknik gowning dan gloving ni diamalkan dalam kehidupan seseorang muslimah, aku dapat rasakan bahawa kes rogol dan cabul pasti berkurang.

Maksud aku, bukan la pakai gown yang kat dewan bedah tu tapi jubah la. Bahagian kepala dan dada ditutup kemas dengan purdah dan tangan ditutup dengan sarung tangan. Purdah tu pun sebenarnya untuk keselamatan maruah dan kesihatan. Sebab tu dalam dewan bersalin, sepanjang masa kita kena pakai mask (topeng muka) kecuali dalam bilik-bilik tertentu.

Apapun, kaedah yang di ajar dalam Islam sudah cukup sempurna, iaitu aurat wanita muslimah dengan yang haram dengannya adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Maksud disini, kita mesitlah tutup aurat tersebut..bukan bungkus. Kalau bungkus, sama jer. Aku tak kata 'kalau bukak terus lagi baik', tapi aku mintaklah supaya perbetulkan balik mana-mana yang tak betul. InsyaAllah... yang selamatnya korang. Jugak dalam masa yang sama, orang lain akan selamat.

Ok lah... banyak lagi yang aku nak kongsikan, tapi cukup la dulu kot untuk kali ni. Tulis panjang-panjang, korang bukan larat nak baca pun. (sebenarnya, aku yang tak larat nak tulis..hik hik). Apa-apa komen dan cadangan, teramatlah dialu-alukan.

Jumpa di lain siaran, wallahua'lam...


~perisaimahkota

15 comments:

liyana said...

nice entri...
al-quran adelah pnduan umat islam..
sekecil2 perkara hinggalah sebesar2 pkra alquran ad jln penyelesaian n aturannya..
just mnusia je nk ikut atau x kn..

LIVESTRONG said...

aigoooo!org nk baca lagi la abg iklil!hehe

nazrul ashraff said...

cooollllllll!!!!!!!!!

http://twins-detwin93.blogspot.com/2011/02/ked-nava-berbicara-tentang-islam.html

cuba baca tu..hee

Abah Yie & Ummi Na said...

ummi pernah masuk dewan bedah masa 29/08/2009 yang lepas. ummi lahirkan auni secara pembedahan. mmg sejuk sangat dlm dewan bedah tu.....teringat-ingat sampai sekarang hehehe.

NOOR FATIN said...

xpenah lagi masuk ruang bedah, seriau sikit kalau mcm ni.. hoho

Hafriz Mohamad said...

tme kasih bt smua pngunjung yg sudi komen2 kt entri ni..

insyaAllah..nt mggu dpan, akn dsambung lg kisahnya. prjalann PM akn dtruskan..n otak akn trus ligat brfikir utk mntafsirkan segala siratan yg tersurat (jika ada). ^_^

LIVESTRONG said...

baik baik.sy tunggu the next post!hihi

Hafriz Mohamad said...

insyaAllah.. ^_^

Ekha Miranda said...

nice input..
al-quran pnduan umat Islam.

follow kamu..:)

Hafriz Mohamad said...

mekaseh krn sudi singgah, komen dan follow.. ^_^
insyaAllah..akn dijejak..

bunga said...

nice..satu entri yang hebat..semoga Al-Quran sentiasa di hati setiap hamba-NYA.

Hafriz Mohamad said...

Amiin.. InsyaAllah.. ^_^

LORD ZARA 札拉 said...

Salam Dr Hafriz.
Terima kasih berkongsi dik.
Panggil adik saja boleh?

:)

Kak Zara selalu tengok drama2 perubatan & CSI setiap minggu. Jadi, dewan pembedahan itu, selalu tengok dewan pembedahan XD

Terima kasih berkongsi.
:)
Banyak pengetahuan Kak dapat di sini~

Hafriz Mohamad said...

W'salam kak zara..
maaf.. bkn Dr..huhu~

em..same2..
slagi prkongsian itu brmakna, slagi itu sy akn brkongsi crita.
tme kasih krn mnyokong...

~truja dpt komen dr otai..hihi~

~kamila~ said...

betul2..semua yang Allah suruh ada sebabnya, cuma kita je yang kurang mengkaji..
jom sama-sama jadikan Al-quran sebagai manual kehidupan =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails