Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Tuesday, May 17, 2011

Permulaan Cinta

Salam muhasabah.. salam mujahadah..

tak sabar nak ada kereta sendiri...
Hari ni memang tak plan nak pergi mana-mana. Sementelah dengan poket yang dah kering kontang. Jadi, kerja aku hanyalah mengadap encik laptop ni la. 

Dulu aku duk menyumpah-nyumpah laptop ni sebab kelajuan lariannya macam siput sedut. Tapi sekarang alhamdulillah.. kelajuannya dah boleh fight kelajuan kereta PROTON Persona 1.6 Elegance..

eh, kenapa PROTON Persona? Suka hati aku lah...hik hik...

Itu kereta yang aku cadang nak beli nanti kerja la..PROTON.. sekarang di peringkat student, cukup la pakai HONDA ni jer.
Kenapa.. tak percaya aku pakai HONDA??

Honda Wave 125 la!! mat rempit pun tak guna motor ni..haha.

Dah dah.. kang panjang pulak ceritanya.

Hari ni, mood agak tenang dari sebelum-sebelum ni. Sebab sebelum ni asyik fikir nak bebaskan diri dari kurungan penjara Exam. So, sekarang.. Alhamdulillah.. aku bebas! tapi tidak 100% la..sebab result belum kelaur lagi..

So, melihat kepada tajuk.. Permulaan Cinta.
Bagi korang, cinta ada permulaan tak? Kalau ada..macam mana? cuba kongsikan kat sini..


Apa yang aku faham, rasa cinta itu dari Allah. Kita tak tahu dimana letaknya cinta. Walaupun orang kata, cinta letaknya pada hati tapi kita sendiri tak mampu mentafsirkan di mana letaknya hati. Walau ia tidak dapat dilihat, rasa cinta itu pasti dirasai oleh setiap manusia apatah lagi bagi mereka yang sedang hangat dilamun cinta. 

Ada tapi tidak dapat dilihat. Bererti jelaslah bahawa Allah itu juga ada (wujud), tapi kita tak tahu di mana dimana wujudnya Allah. Dalam bahasa pengajian ilmu aqidah pula, Wujudnya Allah itu adalah dengan tidak bertempat, tidak berjisim dan berjirim.. tidak bermula dengan tiada dan tidak berakhir dengan tiada.. Bererti Allah itu sedia ada dan kekal ada.

Apakah cinta jugak macam tu..? bermula dengan tiada dan berakhir dengan tiada...?
Bagiku tidak. Kerana hanya layak memegang status sedia ada dan kekal ada, hanya Allah. Ini bererti cinta itu ada permulaannya.. Justeru di manakah bermulanya Cinta?



Berkata Pak Hamka..

"Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."

Ok.. tu saja untuk kali ni. Sekadar pendapat dan perkongsian fikir..
Renung-renungkan.. ^_^ wallahua'lam.
Komen korang?

~perisaimahkota

18 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

ramai yang cakap cinta hakiki adalah keapda allah... tapi berapa ramai yang mempraktikkannye ????????????

Hafriz Mohamad said...

mgkin sebab kurang fhm apa makna cinta dan apa makna hakiki..

aku sndiri pn x brape nk fhm.. huhu~

puan nina said...

mat rempit suke pakai ex5..

mm..betul kot.yg dr mata turun ke hati tu?

tolong vote Danial boleh..?
klik je link ni n like danial

thanks =)

liyana said...

samela ngn my bro tgh cti gk..tp blik umah..huhu..aah..kbykkn student yg bru dpt keje byk bli kete ni..huhu..

liyana said...

permulaan cinta eh..hmm..mestila adekn..yg pnting permulaan cnta tudiberkati Allah..

Farhan Zulhusmi said...

hehehe...
honda erk???
farhan pakai bmw...tapi sticker jelah..hehehe

Unknown said...

assalam bro...
nak mintak ayat2 post sikit....
so far beri good post...

Hafriz Mohamad said...

Liyana: yup.. diharapkn pn bgitu. ^_^

Farhan: ceh.. sticker btpe, ini honda betul la..hik2

Old Putra: hmm.. stakat contang conteng jer.. no hal. diizinkan.. ^_^

barakallahulakum..

Anonymous said...

Semoga suatu hari nanti impian termakbul pakai Persona. Best tu.. Hehehe.

Hafriz Mohamad said...

(")(")(^^,) amiin...

fizalinolie said...

Cinta amat luas untuk ditafsirkan. Namun, andai cintakan pasangan dengan perasaan menerima dgn seadanya dan menjadikan segala kekurangan dan kelebihan antara pasangan dgn melihat perkara itu dari sudut positif dan saling melengkapi, InsyaAllah. Kebahagiaan di dunia dan di akhirat yang kita cari akan diperolehi. Namun, ada lagi. Hehe. Carilah lelaki yang beriman dan mencintai kita dgn seadaanya. InsyaAllah, hari2 cinta akan sentiasa mekar di hati. Itu pendapat akak sebagai seorang perempuan lah. Hikhik...

Solihin Zubir said...

apsal x angkat inspira je trus.. heheh..

Noor Fatin said...

caiss. honda wave! kehkehkeh :P

Danial Marzuki said...

ingat honda pa td, ok la tu, honda wave, aku zaman blaja, naik bus je pun...

cik fikaa said...

HONDA WAVE ?
hehe . bagus2 sebab sokong buatan malaysia :)

Hafriz Mohamad said...

erk?
honda wave buatan malaysia...?

@_@

p@kcikLie said...

soalnya cinta..mesti ada mulanya...kekadang kita je tak perasan...cinta pada Pencipta, ibu bapa , keluarga tu yg utama..kena pelajari dulu..jgn main terjah je nk cari cinta pasangan hidup...

Hafriz Mohamad said...

cintai diri sendiri.. ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails