Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Sunday, May 1, 2011

Tak Nak Kurus tapi Tak Nak Gemuk!

Salam borak-borak..

"Aku kurus? aku rasa macam biasa jer.." huhu~

slim la.. bukan kurus! hehe..
emm.. masalah ni la yang aku alami sekarang. Bila jumpa teman-teman lama atau saudara-saudara yang dah lama tak jumpa, mesti ayat pertama yang diorang akan tegur aku adalah.. 'kenapa sekarang nampak makin kurus eh..tak cukup makan eh? berjimat eh? sibuk eh?' dan bla bla bla...

Sejujurnya aku sendiri akui yang fizikal aku sekarang memang makin kurus nak berbanding dengan 10 tahun lepas (lama tu..). Ujian BMI aku tak berapa memuaskan. Atas pagar jer..huhu.

Korang pun tahu kan, kalau BMI normal 18.5–24.9. Tapi, aku hanya dapat kekalkan 18.5 jer lebih kurang. Kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun. aduss..

Orang lain sibuk nak setelkan masalah overweight.. tapi aku yang underweight ni tak tahu nak buat macam mana.. ~_~ sedih rrr... Kalau orang yang betul-betul nak kurus tu takper la.. Tapi aku tak suka kurus-kurus sangat. Macam orang tak sihat jer... Nak kata tak makan, tipu la pulak. Sebab aku memang jenis pemakan, cuma kadang-kadang terpaksa berhenti awal sebab perut dah sendat..

So, aku bertekad! Aku tak nak kurus-kurus lagi dah.. 'Si Dia' pun nak aku berisi. Jadi mulai saat ini aku akan cuba amalkan 'petua meningkatkan berat badan'. Aku cedok petua ni dari Halaqah.net. Ermm...tuan empunya website, mintak halal yer.. syukran syeikh! hihi.. ^_^ Sama-sama kita baca..

1.Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori,protien dan garam galian. Caranya adalah, gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti.

2.Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari. Caranya adalah, pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3.Makan secara kerap. Caranya, ambil hidangan yang sihat. Amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh. Jika tidak mempunyai selera makan, boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari.

4.Pada waktu pagi,ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi. Caranya, minum satu gelas susu pada setiap hari, roti atau telur separuh masak. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak.

5.Melakukan senaman secara teratur. Caranya, lakukan senaman senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu.pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan.

6.Selepas selesai senaman, boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi. Caranya adalah dengan mengambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat. Kaedah ini penting untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.


7.Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia. Caranya, lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula,minyak dan lemak dalam makanan.

8.Sokongan makanan tambahan. Contohnya, vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil.


Last sekali.. jerit kuat-kuat...
~AKU TAK NAK ORANG CAKAP AKU KURUS LAGI DAHHH!!! 

So, bagi yang terasa diri tu tak berapa nak ada isi macam aku, jom kita ikut cara-cara di atas. Kita tengok siapa yang paling cepat berisi dulu.. hehe.

Jumpa lagi.. wassalam~

~perisaimahkota

3 comments:

Anonymous said...

Kurus ke, gemuk ke ia tak menjadi masalah sebenarnya. Apa yang penting adalah sihat tubuh badan. Itu dah cukup.

Hafriz Mohamad said...

sihat mental, fizikal dan spiritual..
~_~

Anonymous said...

okay. ini info bagus. untuk yang nak diet. tapui jangan diet sampai merana diri, sudahlah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails