Hari berganti hari, terbenam bulan diganti sinar sang mentari. Helaian demi helaian kuselak, akhirnya selesai kukhatam hingga penamatnya. Namun isinya belum sempat kusalurkan sepenuhnya ke ruangan praktikal kehidupan. Pengisiannya cukup menarik. Mampu membakar semangat mujahadah, mampu memadam api resah semalam. Kini ku sedar, kehidupan bukanlah gelanggang permainan semata-mata.
Aku terus melangkah, meneruskan saki baki jalan mujahadah. Entah di mana penghujungnya jalan ini, aku sendiri tidak tahu. Sebab aku baru saja memulakannya. Masih banyak yang perlu kutempuh. Jatuh bangunku disini! Namun, itu tidak terlalu merisaukan hatiku, kerana ia adalah asam garam kehidupan yang sewajibnya kutelan. Lebih aku khuatiri, jika aku berterusan rebah tanpa mampu berdiri lagi di 'sana' (Akhirat). Na'uzubillah...
Terima kasih kepada ustaz Pahrol, kerana atas usaha murnimu, telah sedikit sebanyak mengetuk ruang fikirku. Justeru, hatiku turut terkesan. Fikirku selama ini kotor, hanyut, dan penuh kepalsuan. Jika fikirku punah, apatah lagi dengan zikirku. Segalanya musnah kerana aku leka dalam buaian nafsuku sendiri.
Dengan perkongsian ilmu dan pengalaman ustaz dari naskhah biasa (yang laur biasa) ini, aku telah kembali membuka mata yang selama ini 'sengaja' aku pejamkan. Bukan kerana aku masih anak kecil yang baru dilahirkan, tapi aku adalah si lewat usia yang senantiasa hanyut dalam dunia fana'. Maka, segalanya membuat aku terpejam. Bukan sehari dua, tapi tersangat lama. Aku dilalaikan oleh tipuan dunia tanpa menyedari hakikat kebenaran. Yang salah kuanggap betul dan begitulah sebaliknya.
Bagi sahabat yang masih meletakkan diri di medan peperangan HATI, dan ingin sekali keluar dari kekalutan tersebut, saya sarankan supaya kalian teruslah manfaatkan masa yang terluang dengan membelek dan menyerap mutiara berharga dari buku ini. 'Di Mana DIA di Hatiku?'. InsyaAllah..jika ikhlas niat kalian untuk mencari jawapan di sebalik ribuan persoalan, buku ini mampu membantu. Apapun, jangan dinafikan kuasa Allah.
Jika semboyan peperangan HATI masih bersahutan, serahkan segalanya pada Sang Pencipta. Adukan segalanya pada Rabb Yang Maha Sempurna. Kerana Dia yang mengamanahkan HATI ini untuk kita miliki. Jika kita lah pemilik yang bertuah itu, maka hiasilah HATI itu dengan fikir dan zikir. Mudah-mudahan segala persoalan hati akan terjawab.
~perisai mahkota
~perisai mahkota
2 comments:
emm..trase tng ckt ati nih bli bce post nih....
ketensenan bkurg ckt....alhamdullilah!
aritu igt nk bli gp bku nih..tp plih kembara seorg hamba..x abis ag bce...bhse dye tgi sgt!! skar utk mngerti mksd yg tsirat...huhuhu
tanx nukilan yg mberi sdkit ktenangan d tika ini..
SYUKUR alhamdulillah!!
Alhamdulillah..dh nk abes bace dh bku tu..mmg bnyak perkara yg slame nih mmbuatkan dr sndr buta nk pndg ke hdpn..mmg DIA hampir..stp mase..stp saat..perasaan tkut tu hadir..adakah kslahan smlm dpt membri kbhagiaan pd mase akn dtg?..
kata2 drpd 'mahkota kalungan bunga' bnyak mmberi smangat d kala resah menghimpit dn ati mnjadi perit..walaupn sulit nk mlalui lngkah yg pertama,insyaAllah akn ku gagahkan jua..demi kasih dn sayang yg Allah bg slame nih..dn demi kbahgiaan yg bakal ku kecapi..moge kekuatan yg Allah bg memberi kekuatan kpd ku utk trus mlangkah shingga 1 tahap dpt mlahirkan para ulama' yg terus bergerak dalam meneruskan perjuangan Islam..
insyaAllah..
Post a Comment