Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Thursday, July 8, 2010

Fantasi di alam Realiti

Pernahkah kita terbayang...diri kita berada di luar ALAM NYATA?

Pernahkah kita terfikir...kita sebenar di mana? apakah REALITI atau hanya FANTASI?

Pernahkah kita ambil berat, tentang apa yang telah kita lakukan selama ini...? Apakah kita wujud ini di alam yang sebenar-benar wujud atau hanya dunia rekaan kita sendiri?

   Mungkin persoalan-persoalan ini agak pelik bagi kita. Mungkin ada pula yang mempersoalkan.. ‘penulis blog ni waras ke?’ hrrmm...baiklah. Sebelum kita mengembara ke alam yang sarat dengan cerita yang jarang kita dengar, saya sarankan supaya sahabat pembaca sekalian persiapkan diri sebaiknya. Sekali lagi saya cuba menyentap fikiran kalian...

‘Berhati-hatilah dengan REALITI, kemungkinan ianya hanya FANTASI !!!’

   Ya Allah, ape kene dengan Perisai Mahkota ni?? Macam la tak ade bende laen yg nk dbincangkan...

Baiklah. Setelah persoalan dan penyataan telah dikemukakan. Cuba kalian ambil sedikit masa dan bayangkan...

   Mungkin kita sangka realiti kita adalah sama realitinya seperti orang lain di sekeliling kita. Kita bangkit dari tempat tidur, persiapkan diri, sarapan dan terus ke tempat kerja. Kita berkawan, kita bergurau gelak dan tawa. Kadang-kadang kita juga diuji dengan pelabagai masalah. Setelah seharian menjalankan tugas sebagai HAMBA juga KHALIFAH, kita kembali ke tempat pembaringan untuk dicaj tenaga. Bersiap untuk melakukan tugas berikutnya pada hari esok dan seterusnya.

   Ini yang saya lalui hampir pada tiap-tiap hari. Tanggapan saya, kalian juga melalui liku hidup sebegini namun mungkin juga susunan ceritanya berbeza. Apapun, inilah kehidupan kita. Kita berdiri diatas bumi TUHAN, kita berteduh jua dibawah langit TUHAN. Segala yang kita 'perlu' lalui kebiasaannya tidak sama dengan yang kita 'suka' lalui. Namun begitu, disebabkan kita berada di alam kehidupan...maka kita perlu juga lakukan apa yang kita tidak suka lakukan demi memenuhi tuntutan. Tidak kiralah ianya arahan TUHAN, ataupun permintaan orang lain di sekeliling kita.

   Sekali lagi saya nyatakan, inilah kehidupan. Dan sekali lagi saya tanyakan, ‘adakah kehidupan seharian yang kalian lalui semalam, hari ini dan esok adalah kenyataan atau hanya sekadar buatan?’

Merungkai persoalan

   Selama 4 hari saya dan teman ditempatkan di Wad Psikiatri (Hosp Bahagia Ulu Kinta). Tidak terlalu banyak pengalaman yang kami dapat tetapi cukuplah dulu sebagai permulaan pencarian. Masing-masing membayangkan, bertugas di wad psikiatri adalah tempat yang menyeramkan. Sebagai contoh, sejak kecil kita sudah dibiasakan bahawa sebut saja HANTU, akan tergambarlah sosok tubuh yang amat menyeramkan. Bermata merah menyala, rambut panjang mengurai dan taring bersepai tidak tersusun. Sudah pasti ketakutan yang akan kita rasakan.

   Begitu juga saat kami sebelum ditugaskan untuk sesi praktikal di wad psikiatri. Kami bayangkan, pesakit mental mempunyai auranya yang tersendiri. Tambahan pula, taklimat awal yang kami terima adalah pekerja di wad psikiatri akan terdedah kepada pelbagai risiko. Mungkin juga kami dicederakan, di maki hamun dan lebih teruk kami mungkin terdedah kepada risiko DIBUNUH! ...maunya kami tak takut. Bagi saya, degupan jantung yang dirasakan tenang pada awalnya bagai direntap dari tangkai dan terus dihumban ke permukaan lantai berkaca. Takutnya, hanya ALLAH yang tahu.

   Selang beberapa ketika, kami cuba memahirkan suasana persekitaran pesakit mental dan cuba menyesuaikan diri dengan pesakit. Alhamdulillah, sangkaan ketakutan yang dibuat-buat sebelum ini seakan-akan dibunuh terus. Tak ada apa yang perlu ditakutkan sangat. Pun begitu, kita mesti berjaga-jaga walau tampak biasa pada zon selesa. Situasi tenang ini boleh berubah sekelip mata. Khuatir? Perlu, tapi jangan terlalu. Cukup sekadar bersiap sedia jika ada sebarang kemungkinan yang tak terduga. Kerana mereka boleh bertindak agresif bila-bila masa saja.

   Bertindak agresif? Bagaimana agaknya boleh terjadi sedemikian? Jika dilihat pada zahirnya, mereka yang mengalami sakit jiwa yang di diagnos-kan sebagai Skizofrenia adalah bersifat menyendiri sahaja. Berjalan pun tak bermaya. Bercakap pun sekadar terpaksa. Apatah lagi untuk terbang jauh berlari-lari di angkasaraya... cuba kita selongkar kitab-kitab lam, apakah makna di sebalik perkataan ‘Skizofrenia’ ini.

   Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.
   Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilaporkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilaporkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.
   Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Greek σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.

   Berdasarkan info ringkas di atas... mungkin kita dapat tangkap apa yang cuba dimaksudkan atau mungkin langsung tak faham apa-apa. Baiklah, bagi mudah bicaranya tanpa perlu dibelit-belit, skizofrenia ni adalah 'sakit jiwa'. Mereka yang mengidap skizofrenia sedang kesakitan. Sakit yang seperti tidak sakit tetapi sakit. Hanya mereka yang sakit sahaja yang dapat merasakan betapa sakitnya sakit. (Syukurlah, kita masih sihat. Nikmat sihat ini akan dapat kita rasai apabila kita terlantar sakit. Kejarlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit...)

   Sahabat-sahabat mungkin perasan beberapa perkataan di atas. Yang saya maksudkan adalah ciri-ciri pesakit skizofrenia. Mereka kemungkinan besar mengalami beberapa keadaan seperti Halusinasi, Ilusi atau Delusi. Cuba kita selami apakah yang dimaksudkan dengan Halusinasi, Ilusi juga Delusi...
Ilusi adalah suatu persepsi panca indera yang disebabkan adanya rangsangan panca indera yang ditafsirkan secara salah. Dengan kata lain, ilusi adalah interpretasi yang salah dari suatu rangsangan pada panca indera. Sebagai contoh, seorang pesakit dengan perasaan yang bersalah, dapat meng-interpretasikan suara gemerisik daun-daun sebagai suara yang mendekatinya.
Ilusi sering terjadi pada saat terjadinya ketakutan yang luar biasa pada pesakit atau kerana intoksikasi, baik yang disebabkan oleh racun, infeksi, mahupun pengambilan narkotika dan zat adiktif. Ilusi terjadi dalam bermacam-macam bentuk, yaitu ilusi visual (penglihatan), akustik (pendengaran), olfaktorik (bauan), gustatorik (pengecapan), dan ilusi taktil (sentuhan).
Halusinasi pula adalah persepsi panca indera yang terjadi tanpa adanya rangsangan pada reseptor-reseptor panca indera. Dengan kata lain, halusinasi adalah persepsi tanpa objek.
Halusinasi merupakan suatu gejala penyakit kejiwaan yang gawat (serius). Individu mendengar suara tanpa adanya rangsangan akustik. Individu melihat sesuatu tanpa adanya rangsangan visual, membau sesuatu tanpa adanya rangsangan dari indera penciuman.
Halusinasi sering dijumpai pada pesakit Schizophrenia dan penangih dadah. Halusinasi juga dapat terjadi pada orang normal, iaitu halusinasi yang terjadi pada saat pergantian antara waktu tidur dan waktu bangun. Hal ini disebut halusinasi hypnagogik.
 Untuk memahami apa itu delusi, lihat di sini...
    Cuba kita tafsirkan di sebalik penemuan-penemuan ini. Pernahkah kita terbayang keadaan-keadaan ini wujud dalam kehidupan kita. Inilah yang cuba saya bawakan dalam penulisan kali ini. Bagi mereka yang mengalami keadaan-keadaan di atas, mereka merasakan bahkan yakin bahawa diri mereka berada dalam dunia realiti. Tetapi sebenarnya itu hanyalah realiti mereka sendiri tetapi tidak bagi kita yang normal. Di saat jiwa dan mental mereka terganggu oleh halusinasi, ilusi mahupun delusi, mereka akan mengalami tekanan. Pernah mereka menceritakan kepada teman bicara mereka, tetapi siapa yang hendak percaya. Tidak dapat tidak, mereka akan mula mengalami tekanan. Ya, tekanan jiwa!

   Katakanlah, seorang sahabat yang selama ini kita kenal dengan kecerdikannya, kesopanannya dan segala yang terbaik ada padanya. Tiba-tiba, hari ini dia menceritakan bahawa dia ternampak sebuah motosikal yang sedang terbang berlegar-legar di atas bumbung rumah nya. Motosikal terbang itu dipandu oleh seorang yang bengis mukanya. Dengan memegang sebilah pisau rambo, lelaki bengis itu datang ke arahnya dan ingin membunuhnya.

“Lelaki yang menunggang motor terbang itu hendak membunuh aku! Aku cakap yang betul! Percayalah!!!” katanya serius.

Tentu sekali kita akan menafikannya, “kau ni gila ke? Merepeklah...serius la beb. Ntah pape la ko ni!”

“Aku cakap betul lah, aku tak gila...aku tak gila. Aku takut! Kau mesti tolong aku” tegasnya.

   Waktu desakan ini bertalu, kita sudah menggelabah. Apa kena dengan kawan aku sorang ni? Apa yang dia ni melalut ni? Dalam keadaan aqal kita menafikan kata-katanya, timbul jua peratusan kecil di fikirian. Dia ni betul ker? Emm...mungkin ada jugak betulnya. Kita pun sudah hampir terikut sama diserap masuk ke ceritanya khayalannya.

Suara Ghaib

   Kembali kepada persoalan di atas. Bagaimana pesakit yang skizofrenia boleh bertindak agresif? Seperti yang telah kita bincangkan di atas, mereka yang mengalami simptom positif skizofrenia akan mengalami halusinasi, ilusi atau mungkin delusi. Sebagai contoh, seorang pesakit itu terdengar akan suara bisikan yang menyuruhnya membunuh ayahnya sendiri kerana ‘suara ghaib’ itu mengatakan bahawa ayahnya adalah musuh dan patut dibunuh. Maka dengan itu, mereka boleh bertindak agresif secara tiba-tiba.

   Contoh lagi, seorang pengidap skizofrenia ini menggambarkan teman wanitanya adalah musuh ketatnya. Maka dia harus bertindak memukul ‘musuhnya’ itu. Maka, pengidap akan menjadi agresif. Persepsi salah dengan rangsangan ini dipanggil Ilusi.

   Delusi pula, seseorang pengidap itu akan merasakan dirinya seperti sesuatu yang sebenarnya perasaan itu adalah bukan dirinya. Katakan dia menggambarkan dirinya adalah watak Arcelles dalam cerita TROY. Orang di sekelilingnya dianggap musuh dalam pertempuran. Dia mula merasakan dirinya kuat. Dengan kekuatan yang diciptanya, dia berhak untuk bertindak sebagai hero dalam dunianya. Menghayunkan pedang gaya seorang perwira. Itu yang dia rasakan. 

   Tapi, bagi kita sama sekali berbeza. Kita nampak, dia hanya sekadar menghayunkan parang kontot tinggalan guru silatnya. Terpekik-pekik seorang diri di halaman rumahnya. Maka, delusi seperti ini juga boleh mengaktifkan seseorang pengidap menjadi agresif.

   Maka fahamlah kalian, apa sebenarnya yang ingin saya maksudkan. Cuba perhatikan tingkahlaku kita seharian. Contohnya, kita rasakan bahawa kita sedang memegang pen untuk menulis di atas selembar kertas putih kosong. Mungkin kita rasakan ia adalah realiti kita. Tetapi di alam yang 'sebenar-benarnya realiti' (maaf kalau berbelit...), kita hanya sedang mencangkung di atas padang bola dan sedang memegang batang rumput yang sudah mati. Digerak-gerakkan rumput itu dengan gaya seorang cikgu yang sedang menulis laporan harian.

   Sekarang, kalian sedang menghadap laptop kalian, sambil membaca tulisan pada blog Perisai Mahkota. Anda yakin ianya adalah realiti sekarang. Namun ,apakah realitinya anda sebenar sedang menghadap laptop atau sebenar-benarnya tidak? Cuba bayangkan, diri anda  sekarang sebetulnya bukan sedang menghadap laptop. Di alam yang sebenar-benarnya realiti, anda hanya duduk termenung sambil tangan di atas kepala. Sahabat kalian di sebelah menegur, tapi kalian buat tak tahu saja. Tubuh terabai, tuntutan tergadai. Anda hanyut dalam dunia 'realiti' ciptaan sendiri.

   Inilah yang dihadapi oleh mereka-mereka yang mengalami gangguan jiwa atau lebih tepat ‘Skizofrenia’. Pada mereka, apa yang mereka lalui adalah realiti tetapi sebenarnya tidak. Ya, realiti kata mereka. Tetapi realiti yang mereka cipta sendiri. Atau mungkin yang dicipta oleh persekitaran mereka. Banyak faktor yang menjadikan mereka begitu.

“Jika dahulu, ramai pesakit skizofrenia disebabkan oleh keturunan. Tapi kini, berbeza. Peratusan besar mereka yang mengidap skizofrenia adalah disebabkan penyalahgunaan dadah!” kata Penolong Pegawai Perubatan yang menyelia kami.

Bersyukurlah dengan segala NikmatNya

   Sebagai pengajaran, fikirlah sebelum kita bertindak. Jika dadahlah punca utamanya, maka fikirlah dahulu sebelum terlanjur. Menyesal kemudian langsung tidak ada guna bagi kita. Rokok adalah pintu kepada penyalahgunaan dadah. Setiap sedutan itu, kita sebenarnya sedang mengetuk pintu sebuah mahligai berhantu yang digelar dengan nama 'Villa Narkotik'. Sedar atau tidak, dalam rokok itupun sudah terkandung pelbagai jenis dadah. Maka, janganlah sengaja cari pasal.

   Kalaupun keturunan adalah puncanya, bersyukurlah...kerana kita masih dianugerahkan aqal yang mampu berfikir dengan sihat dan waras. Keturunan kita nyata tidak punya masalah, maka risiko untuk kita mengidap penyakit ini berada pada peratusan yang kecil tetapi tidak mustahil ia boleh terjadi. Kata seorang pesakit, “Dah takdir abang macam ni, nak buat macam mana...nak buat apa pun dah tak boleh dah”.

   Sebelum terkeluar ayat pasrah ini dari celahan bibir kita, segeralah mengabdikan diri pada Allah. Dia lah penentu segalanya. Mohonlah sesungguh-sungguhnya agar kita tidak ditakdirkan sebegitu. Kita ada tempat bergantung. Janganlah kita mengharapkan makhluk semata-mata untuk menolong kita. Juga jangan hanya mengharap pada Allah tanpa usaha.

   Kesimpulannya, USAHA - DOA – TAWAKKAL mesti bergerak seiring. Akhir kalam, syukurlah dengan segala nikmat yang DIA anugerahkan pada kita. Jangan sesekali tersalah guna atau sengaja menyalahgunakannya...

BERHATI-HATILAH DENGAN REALITI...KEMUNGKINAN IANYA HANYA FANTASI

~perisai mahkota

  
Rujukan:

3 comments:

wansyu said...

salam ziarah..

Terima kasih atas perkongsian ilmu..
Pertama kali saya dapat membaca blog post berkaitan hal-hal psikiatri begini..
Teruskan perkongsian ilmu dan pengalaman sebegini..
Jazakallah hukhairan..

Hafriz Mohamad said...

afwan..=)
terima kasih jugak krn sudi singgah di blog sy..

Apapun, sy jg msih bru dlm dunia prubatan ni..
insyaAllah..sy akn trus brkongsi dgn sdikit sbanyak dr ape yg sy dpt..

Anonymous said...

bagi saya yang nyata orang gila tak akan sama dengan manusia yang normal..ini hukum akal dan otak manusia...

di dunia beberapa perkara yang benar2 wujud tetapi begitu mistik.

begitu

Alam manusia dan berlainan dengan alam Jin(dari sudut agama)

alam jin juga dikelaskan atau mempunyai pengkhususan mengikut kaum mereka yg kita tidak tahu..(dari sudut agama)

kita manusia dihidupkan oleh Roh..tapi apa itu roh..tidak boleh disentuh, ditangkap,dilihat dan nampak.. dan sifat roh itu hanya mahu hidup dijasad yang sempurna (hukum Roh)

Kuasa sekitar/frekuasi/ suatu benda yang tidak mampu dilihat..sebagi contoh seseorang menelefon seseorang...dari KL ke serawak..macam mana suara perbualan kita boleh didengar..apakah kita nampak dengan jelas setiap ayat2 kata-kata keluar dari HP ..ganjilkan misteri..ianya hanya dibawa oleh tenaga..tapi tidak mampu dilihat....( sudut misteri tak mampu diukur oleh sains)

begitu juga angin..kita merasa tetapi tidak mampu melihat...hanya boleh diukur dengan tahap sejuknya angin tersebut..misterikan..( sudut misteri tak mampu diukur oleh sains)

kalau kita menerima hakikat sekitar kita mempunyai tenaga yang misteri kita percaya atau tidak...kalau kita tidak percaya...kenapa kita boleh berbual dengan rakan kita melalui HP...

begitu juga orang gila...orang gila sudah tidak boleh mentafsir dunia nyata.. ini kerana kecacatan atau kemalangan yang berlaku di otak(akal)..percaya atau tidak...baiklah..kalau otak itu bukan akal..bolehkah kita hidup di dunia dengan sempurna jika otak kita mengalami kecederaan..sudah tentu tidak boleh atau mungkin jadi tidak waras...maknanya jasad tidak mampu memiliki sifat mansuia jika organ otak(akal)tidak berfungsi....

maknahnya hukum otak(akal) itu amat besar...untuk membawa kita mengenal ayat,jenis,benda tak nampak(ghaib),makanan dan semua apa sahaja yang ada di dunia ini..

gilanya manusia menyebabkan fikiran tidak mampu mentafsir sekita..sama sepserti apabila kita diberi ubat vius..menyebabkan kita tidak mampu mengekalkan keseimbangan dan pengenalpasti sekitar kita(hukum alam yang nyata dan dipengaruhi sains tulin)

***sambungan akan datang***

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails