Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Friday, July 23, 2010

GANGGUAN PERSEPSI : DELUSI

Salamullahi'alaikum...


"Kamu, berikan saya contoh-contoh DELUSI yang kamu tau!"


   Inilah arahan yang pernah diberikan oleh seorang tenaga pengajar minggu lepas. Saya tidak mampu menjawab persoalan tersebut. Mungkin sebab saya sudah lama tinggalkan lecture note, isinya juga sudah hilang dari 'nota memori'. Saya tidak mampu menunaikan permintaan tersebut. Maaf...

   Untuk itu, saya bertekad. Harapan beliau, saya akan tetap laksanakan. Manfaatnya bukan untuk beliau sebagai tenaga pengajar. Beliau telah arif segalanya. Tetapi saya yang perlu mencari kerana yang ingin belajar adalah saya. Maka, saya bulatkan dalam hati untuk menyiapkan tugasan case study yang kedua dengan memilih tajuk Gangguan Persepsi : Delusi. 


   Di sini, saya cuba jadikan ruangan maya sebagai tempat untuk saya berkongsi sedikit sebanyak penemuan yang telah saya dapat. Bagi yang lebih arif, harap ditegur sekiranya terdapat kepincangan idea atau fakta daripada apa yang saya persembahkan. Terimalah...
GANGGUAN PERSEPSI : DELUSI
            Ia adalah kepercayaan palsu yang dipegang secara teguh oleh seseorang individu. Ia tidak dapat diubah walaupun dengan alasan yang rasional.
  1. Munculnya delusi atau fikiran-fikiran aneh yang merupakan refleksi pemikiran dari situasi tertentu yang kemudian muncul kedalam kehidupan nyata dengan waktu jangkamasa minima selama 1 bulan atau lebih.
  1. Tanda dan gejalanya berbeza dari skizofrenia apabila individu belum pernah menghidap gangguan tersebut, kecuali diikuti dengan delusi secara konsisten bersamaan dengan jenis yang ada.
  1. Tidak adanya gangguan perilaku (atau bentuk perilaku yang ganjil) dan gangguan fungsi sosial.
  1. Gejala mood mengikuti gejala delusi yang muncul, ia berlangsung singkat selama episod delusi itu berlangsung.
  1. Ganguan delusi tidak disebabkan oleh penggunaan ubatan dan keadaan medikal tertentu.
             Pesakit yang tergolong dalam kelompok ini percaya bahawa dirinya hebat, memiliki bakat atau kuasa yang luar biasa atau utusan Tuhan. Selain itu, dia merasakan dirinya tergolong dalam kelompok yang berjaya menemui sesuatu yang amat bermakna. Bagi mendapatkan pengiktirafan, pesakit sanggup menghubungi pihak-pihak tertentu seperti kerajaan supaya apa yang dimilikinya boleh dikongsi atau dimanfaatkan kepada orang ramai.
            Pesakit lebih fokus pada aspek menggandaikan kecurangan pasangannya. Sebagai contoh, pesakit yakin pasangan atau kekasihnya tidak setia, bermain kayu tiga. Dia akan berusaha mencari bukti untuk menjustifikasikan kebenaran delusinya seperti mengatakan ada tompokan pada cadar atau sebagainya. Pesakit juga sanggup `bersemuka', mengawal setiap pergerakan, mengekori dan cuba menjejaki `kekasih' pasangannya.
             Ia boleh bermula pada remaja yang berusia 16 tahun ke atas. Penyakit ini lama-kelamaan terus berkembang pada diri pesakit ketika mencecah usia pertengahan.
             Ia hanyalah perwatakan seseorang yang terlalu mudah ada perasaan syak-wasangka terhadap orang lain. Tetapi, ia tidak dikategorikan sebagai penyakit mental yang mengganggu rutin kehidupan individu terbabit.
             Perasaan syak-wasangka tanpa asas yang tidak terkawal dan dikategorikan sebagai gejala penyakit-penyakit mental. Ia berpunca daripada pelbagai sebab seperti faktor:
  • Keturunan à Genetik yang mempunyai masalah psikotik.
  • Persekitaran à sosiobudaya atau cara seseorang dibesarkan.
  • Pengalaman à pernah ditipu dan sukar untuk percaya kepada orang lain.
  • Ganja à ada hubung kait dengan pengambilan ganja dalam jangka masa yang lama. Kajian menunjukkan, pengambilan ganja dipercayai ada kesan pada bahan kimia otak, tetapi tiada bukti yang kukuh.
  • Minuman keras à lebih kepada menimbulkan masalah cemburu dalam hubungan suami isteri.
             Ia boleh dirawat dengan ubat-ubatan. Sekalipun, gejala penyakit ini tidak dapat dihilagkan 100%, tetapi dengan rawatan ubat-ubatan ia dapat mengurangkan delusi. Ini terbukti melalui pengakuan pesakit yang mendapat rawatan.


Apa itu Delusi?

Etiologi (Penyebab)

            Banyak faktor yang boleh menyebabkan kemunculan delusi, perkembangan atau mood yang tidak stabil mempunyai pengaruh terhadap kepercayaan-kepercayaan delusi.
            Contohnya pada delusi jenis persecutory dan cemburu akan menyerlahkan kemunculan rasa marah dan tingkahlaku kekerasan yang melampau. Kesempitan ekonomi atau banyaknya stressor disekeliling individu juga dapat mnjadi penyebab munculnya delusi hingga individu tersebut menjadi penakut.
            Individu yang mencuba untuk mengubati dirinya, padahal sewajarnya dia tidak perlu merasakan adanya pengaruh terhadap fizikalnya juga merupakan salah satu gambaran jenis delusi somatic.



Simptom (Gejala)

Jenis-jenis delusi antaranya adalah:

Erotomania:

            Individu terbabit mempercayai bahawa dirinya mempunyai `hubungan istimewa' dengan seseorang yang terdiri daripada golongan kelas atasan. Ini termasuklah seseorang yang mempunyai status yang tinggi di tempat kerja, celebrity atau sesiapa saja public figure.

            Pesakit mendakwa, bahawa individu ini menyayangi dirinya dan akan berkahwin dengannya. Sekalipun pesakit cuba merahsiakan kepercayaannya, tetapi pada masa yang sama berusaha untuk menghubungi subjeknya melalui telefon, e-mel, surat, hadiah atau mengintip gerak-geri. Pesakit juga akan cuba untuk melindungi subjeknya. Kebanyakan pesakit yang mengganggu public figure ini biasa mendapat perhatian pihak polis.

Grandiose:

Cemburu (Jealousy):

Somatik:


            Kepercayaan pesakit lebih berkisar terhadap keadaan fizikalnya. Pesakit mendakwa seolah-olah ada bau yang kurang menyenangkan daripada kulit, mulut, dubur atau lain-lain anggota tubuh. Ada juga yang mendakwa perutnya beralih dari kedudukan asal atau telah hilang. Pesakit juga yakin ada serangga yang merayap di tubuhnya atau menghidap HIV. Sekalipun doktor mengesahkan bahawa dia tidak menghidap HIV, tetapi pesakit tetap menjalani ujian darah tiga bulan sekali.

Paranoid:


            Ramai yang tergolong dalam kelompok ini. Mereka merasakan ada orang sentiasa mengekori, merancang untuk membunuh dirinya, meracun, mencedera, mempersendakan dan sebagainya. Individu terbabit merasakan kesemua ini dilakukan untuk menggagal atau mengganggu gugat rancangan jangka panjangnya.
Hinggakan pada satu peringkat pesakit tidak dapat tidur, kerana risau ia akan ditimpa bahaya.
           
            Ada sesetengah mereka yang membawa parang mengelilingi rumah kerana merasakan ada orang yang ingin membunuhnya. Ia juga dikenali sebagai paranoia. Bagaimanapun, pakar-pakar psikitari telah membezakan antara personaliti paranoia dengan gangguan paranoia.

Penderita Gangguan Jiwa Negasi Mengira Ia Sudah Mati Dan Sedang Menjelajah Surga atau Neraka

 Gangguan Delusi pada Pesakit Psikotik:

Delusion of control:  waham dimana individu beranggapan bahawa dirinya dikendalikan dari luar, atau orang lain.

Delusion of influence:  Pesakit merasa dirinya dipengaruhi oleh sesuatu kekuatan dari luar dirinya.

Delusion of passivity: Dimana individu berada dalam ketidakupayaan, merasa dirinya sebagai orang paling malang.

Delusion of perception:  Tanggapan panca indera yang berkenaan dengan mistik atau keajaiban.

Jenis campuran:  Mempunyai delusi lebih dari satu jenis lainnya yang berkaitan dengan budaya setempat.

Peringkat usia pesakit:

Individu yang terdedah:


            Kedua-dua jantina, tetapi lebih ketara kepada wanita yang berkahwin dan bekerja. Ini mungkin disebabkan oleh terlampau stress memikirkan masalah seharian yang tidak mampu difikirkan. Apabila fikiran dikerah untuk berfikir di luar kemampuan, maka tekanan perasaan atau delusi boleh berlaku.
  
Perbezaan personaliti paranoia dengan delusi:

Gangguan paranoia:

Kebiasaannya suami merasakan isterinya mempunyai hubungan dengan orang lain dengan melakukan pelbagai siasatan terhadap isteri.

Rawatan Delusi

            Pesakit yang sebelum ini begitu percaya dengan khayalan yang wujud dalam fikiran mereka, biasanya tidak pasti apabila disoal siasat semula. Sebaliknya, jika dibiarkan, keadaan menjadi bertambah serius di mana pesakit berkemungkinan boleh menjadi agresif.

            Gangguan delusi jarang sekali dirasakan sebagai suatu masalah bagi sesetengah individu, sehinggakan mereka menolak untuk dilakukan intervensi perubatan, kecuali gangguan tersebut dirasakan terlalu mengganggu, kehilangan kontak sosial atau munculnya konflik interpersonal.

            Assessment dan diagnosis harus dilakukan dengan hati-hati kerana kemunculan delusi berhubung kait dengan beberapa gangguan lainnya seperti skizofrenia, depresi, dementia, delirium, stress, gangguan keperibadian, penyalahgunaan ubat-ubatan, alkoholik, sakit anggota tubuh, dan sebagainya.

            Secara umumnya, rawatan yang diberikan adalah berupa psikoterapi. Sekiranya diperlukan ubatan medikal, biasanya pengidap akan diberi ubat anti-psikotik seperti clozapine dan ubat anti-depresi seperti jenis SSRI dan clomipramine secara seiring dengan psikoterapi seperti cognitive-behavioral therapy (CBT).

            Bagi beberapa pesakit yang mengalami gangguan delusi, kaedah sokongan kadang-kadang sudah cukup membantu, keberhasilan kaedah ini banyak memberikan semangat kepada pesakit untuk mengikuti treatment secara teratur. Kaedah itu berbentuk memberikan pengetahuan dan pendidikan mengenai hubungan sosial (social-skills training) dan mengurangkan risiko dari berterusan mengalami gangguan delusi seperti kehilangan rasa peka, isolasi diri, stress dan menghindari terjebaknya dalam perilaku kekerasan.

            Disamping itu pesakit juga dibimbing dalam menghadapi dunia realiti, bagaimana menyesuaikan harapan dan pemikirannya dengan realistik. Terapi kognitif juga dapat membantu pesakit, ini dilakukan terapi dengan membantu pesakit
mengidentifikasikan pemikiran-pemikiran maladaptif dengan beberapa pertanyaan yang disesuaikan dengan pengalaman individu.
           
            Selanjutnya ahli terapis akan memberikan alternatif yang lebih adaptif dan dapat disesuaikan. Diskusi tentang pemikiran-pemikiran delusi pesakit juga dilaporkan cukup memberikan kesan positif kepada pesakit.

            Bagi membantu pesakit yang mengalami gangguan delusi ini, kadang-kadang diperlukan juga teman, anggota keluarga atau kelompok diskusi, sokongan dari merekalah yang banyak membantu individu mengembalikan kepercayaan dan kemampuan dirinya seperti sebelumnya.

            Cara terbaik adalah memberikan dukungan pendekatan positif dengan pesakit berupa kritikan dan nasihat secara terus menerus sehingga pesakit akan mempunyai pengalaman dalam menghadapi stress sehingga delusi tersebut tidak menjadi semakin teruk.



Sumber Rujukan Kes:

~perisai mahkota

7 comments:

Anonymous said...

aku rase banyak persamaan dengan aku ape yang ade kat dalam artikel ni.tp dulu lagi teruk.sekarang ni okey sikit.aku x tahu macam mana nak buat.aku cuba buang benda tu dari fikiran aku tapi x boleh sebab aku x pasti benda tu betul ke x....

Anonymous said...

Hmm is anyone else having problems with the pictures on
this blog loading? I'm trying to figure out if its a problem on my end or if it's the blog.

Any responses would be greatly appreciated.


Have a look at my web-site http://www.buildingplansincapetown.co.za/

Anonymous said...

Please let me know if you're looking for a author for your blog. You have some really good articles and I think I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd absolutely love to write some material for your
blog in exchange for a link back to mine. Please blast me an email if interested.
Kudos!

My web-site - information detail

Anonymous said...

Howdy! I know this is kinda off topic but I'd figured I'd ask.

Would you be interested in trading links or maybe guest writing a
blog article or vice-versa? My blog covers a lot of the same subjects as yours and I feel we could
greatly benefit from each other. If you are interested feel free to send me an
email. I look forward to hearing from you! Fantastic blog by
the way!

Here is my site :: internet marketing

Anonymous said...

Piece of writing writing is also a fun, if you be familiar with after that you can write or else it is complicated to write.


my web blog :: sell online

Anonymous said...

Hello everybody, here every person is sharing such familiarity, thus it's good to read this blog, and I used to pay a visit this website everyday.

Look at my blog; best acne treatment reviews

Anonymous said...

You've made some good points there. I looked on the web to learn more about the issue and found most individuals will go along with your views on this site.

Review my site independent escorts in mumbai

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails