fuhhh~~ lega...
Hari ni dah selesai satu bengkel bertajuk 'Bengkel Pengurusan TB di Klinik Kesihatan'.
Sebelum kita cerita lebih lanjut, yang mana belum baca entri berkenaan TB sebelum ni, boleh klik di sini.
Mula-mula aku nak story la sikit berkenaan apa yang aku alami hari ni. Yang boleh aku katakan, tip top lah semuanya! Memang hari ni pengalaman baru bagi aku...
Sebelum ni tak pernah-pernah aku join bengkel yang melibatkan pakar, doktor, pegawai kesihatan negeri/daerah. Lepas tu pulak dengan geng-geng MA (senior aku la kirenye..), jururawat terlatih dan jururawat masyarakat.
Boleh kata semuanya dah ada pengalaman bekerja. Tinggal aku dengan member lagi 2 orang jer yang pelatih. Yang lain semuanya terlatih...
Apapun, semuanya bez3!..^_^ Walaupun tak semua yang aku dapat tangkap..
Alahh..yang terlatih pun blur, apa lagi aku yang baru first time berhadapan situasi nih. Lagi ler berjerebu... huh...
Ok...sepertimana tajuk bengkel kat atas tu, dah sah-sah la benda yang dibincangkan adalah berkenaan dengan pengurusan penyakit TB kan.. Jadi, jom kita selongkar!
Yang mana aku dapat kongsi, aku kongsikan... ^_^. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat. InsyaAllah.
Aku nak story yang pertama sekali tentang statistik jumlah kes TB sepanjang 2005 hingga 2010 di daerah Kerian sahaja. Baca baik-baik, di daerah KERIAN SAHAJA!.. Aku ambil data ni dari Kak Su, PPKP (dulu orang kenal sebagai Inspektor Kesihatan) yang incaj aku di unit Kesihatan Alam Sekitar, PKD Kerian.
- Tahun 2005 > 74 kes.
- Tahun 2006 > 100 kes.
- Tahun 2007 > 96 kes.
- Tahun 2008 > 91 kes.
- Tahun 2009 > 83 kes.
- Tahun 2010 > 93 kes.
Sahabat-sahabat... Ini baru jumlah kes di daerah Kerian, salah sebuah daerah di Perak.
Bayangkan kalau di seluruh Malaysia macam mana.
Boleh bayangkan tak? Perak pun dah beribu riban, campur dengan negeri-negeri lain lagi... huhu~~ teruk2...
Aku bukan nak suruh korang takut. Tapi kalau boleh, kita sama-sama cakna berkenaan hal yang di sekeliling kita. Kerajaan Malaysia dah belanja berpuluh-puluh juta semata-mata nak beri rawatan kepada rakyat yang mengidap masalah TB. Tapi malangnya tahap kesedaran kita berkenaan penyakit berjangkit yang berbahaya sebegini, masih di tahap yang rendah.
Buktinya, hasil kajian yang dijalankan pada tahun lepas, punca peningkatan kes TB ini adalah disebabkan kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat. Memang benar, salah satu sebab peningkatannya adalah disebabkan lambakan kemasukan warga asing ke Malaysia, tetapi punca yang paling utama adalah yang saya sebutkan tadi, iaitu KURANG KESEDARAN.
Selainnya disebabkan oleh program pencegahan dan kawalan TB yang kurang berkesan (ni masalah kecuaian sama ada pihak kesihatan atau pesakit itu sendiri)... dan yang tak boleh kita elakkan adalah disebabkan kes HIV yang semakin bertambah. Sebagaimana yang kita tahu.. seseorang yang mengidap HIV ada kemungkinan besar untuk mendapat TB.
Baiklah.. kita lihat plak siapa sebenarnya yang paling berisiko untuk mendapat penyakit TB nih...
- Orang yang terdedah kepada pengendalian sputum (kahak) yang positif TB. (contoh : pengamal perubatan spt MA, jururawat, jurumakmal teknologi, radiologi dan sebagainya)
- Pengidap HIV (tau-tau sendiri la kan...)
- Warga asing yang mempunyai peratusan kes TB yang tinggi.
- Individu yang terlibat dengan institusi seperti penjara dan pusat serenti. (tempat sesak..)
- Individu yang mengalami masalah kesihatan seperti Diabetes dan sebagainya...
Berdasarkan 5 golongan di atas, korang ada termasuk tak?
Kalau ada, cepat periksa status kesihatan korang kat klinik kesihatan atau hospital terdekat. Kemungkinan bakteria ni dah ada dalam tubuh kita. Kita sangkakan tak kena TB sebab takder lagi tanda-tanda penyakit TB seperti yang saya nyatakan kat entri sebelum ni. Tapi rupa-rupanya dia tengah beranak pinak dalam tubuh...
Dah... cukup la dulu. Kita cerita lain kali la pulak. Dah lenguh dah ni...hihi. ^_^
Sekali lagi aku sarankan, korang jaga-jagalah dengan penyakit TB ni. Jangan sampai benda dah serius, baru nak sibuk-sibuk cek itu ini. Siapa-siapa yang ahli keluarga atau orang terdekat korang yang ada masalah ni, rujuklah segera ke klinik atau hospital sebab mereka ni sebenarnya VVIP.
Apa maksudnya? Very very Infected Person..huhu~ bahaya2...
Ingat, kalau lambat bertindak... boleh bawak MAUT!
Ok lah... nanti kita cerita lagi tentang rawatan TB dan sebagainya yang patut kita tahu.
Akhir kalam... Yang baik dari Allah. Yang buruk, sama-sama kita baiki.
bersambung lagi...
~perisaimahkota
Apa maksudnya? Very very Infected Person..huhu~ bahaya2...
Ingat, kalau lambat bertindak... boleh bawak MAUT!
Ok lah... nanti kita cerita lagi tentang rawatan TB dan sebagainya yang patut kita tahu.
Akhir kalam... Yang baik dari Allah. Yang buruk, sama-sama kita baiki.
bersambung lagi...
~perisaimahkota
No comments:
Post a Comment