Salamullahi'alaikum...
Pagi ahad ni tak tahu nak terjah ke mana.
Jadi, masa yang ada ni dipenuhkan dengan blogging jer lah. ^_^
Nak bw banyak tempat, tapi broadband ni pulak buat hal...huhu~
Berbalik kepada topik kita...
Kalau tengok kepada tajuk, macam ada contest atau cabutan bertuah..
persoalannya... ada ker? hihi..
Sebenarnya.. entri kali ni, aku nak kongsi-kongsi cerita berkenaan 5 Syarat Nak Buat Maksiat.
Wah..sebut pasal adanya syarat untuk buat maksiat, mesti berkobar-kobar rasanya kan..
Terasa macam nak penuhkan jer syarat-syaratnya...
Aku tak cakap orang lain, tapi aku cakap kat aku sendiri..~_~
Inilah namanya nafsu (kehendak)...
Sewaktu aku dapat tahu cerita ni, aku mula la tanya macam-macam.
Agak-agak apa syaratnya yer..?
Susah tak nak penuhkan..?
Ke saje nak perli ni..?
^_^
Dah2... cukuplah bertanya...
soal banyak-banyak pun tak selesai masalah...
jom kita perhalusi, apa syarat-syarat untuk nak buat maksiat...
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
dicedok dari tinta sahabat...^_^
~perisaimahkota
8 comments:
cool....
izin share kat fb ya..syukran :)
diizinkan utk copy paste sgala artikel brbntuk pringatan dr blog ni...
sebarkan demi kabaikan brsama.. ^_^
ini betul-betul bagus.
aku tak tipu.
terima kasih.
:)
rasa mcm penah dgr ceramah pasal ni .. btw thanks share bnda ni ..
minta izin nk amik point dalam entry ni ya .. nk share ngn kwn2 lain .. (",)
tafaddhal..silakan2..
rasanya semua prnah dgr.
Sy juz ingatkn balik utk diri sdiri n shbt2 yg lain.. same2 ingat mngingati.. ^_^
takmampu kite nak buat semua syarat2 tuu. ;)
yup padie..2 lah ksimpulannya...^_^
Post a Comment