Salamullahi'alaikum...
Tulisan ini sekadar luahan pendapat. Tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Harap tinggalkan komen juga yer... ^_^ mekaseh...
***
Di sesebuah hospital atau klinik kesihatan...
Apabila satu-satu prosedur selamat dilakukan oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan (AMO, dulunya dikenali sebagai MA/HA) sehinggalah selesainya kes tersebut maka mereka akan diberikan pujian...
Kata ‘pemuji’ : "MA bagus, pandai buat kerja!"
Sampai di situ sahaja pujiannya...
Dan apabila seseorang MA gagal melakukan prosedur (walaupun prosedur itu atas arahan doktor), akan keluarlah suara-suara sumbang di belakang mahupun di depan...
Kata ‘pengkritik’ : "Kamu tu siapa nak buat prosedur ni? Kamu ada hak ke untuk nak jalankan prosedur ini..layak ker? Kamu setakat MA, buat sahajalah kerja-kerja MA. Bla bla bla... STUPID! MA kayu!" (dan sewaktu dengannya.)
Apa nak dibuat? Nasib badan...huhu.
Sedari dulu lagi, beginilah nasib MA. Sering dipergunakan.
Apabila baik, disanjung seminit dua.
Manakala apabila gagal walaupun tanpa sengaja, akan dihina seluruhnya (dari awal sampai bila-bila).
Nasiblah...
Kadang-kadang, masyarakat pun tak kenal siapa MA disebabkan jarang di-highlight-kan dalam media massa. Termasuk aku sendiri sebelum kakak aku diterima menjadi pelatih MA di KIST.
Sebenarnya MA ni nama lama, tapi ia telah sinonim sehingga ke hari ini. Jika nak diikutkan sekarang, MA (Medical Assistant) atau PP (Pembantu Perubatan) telahpun bertukar kepada AMO (Assistant of Medical Officer) atau PPP (Penolong Pegawai Perubatan).
Ok lah... cukuplah dahulu sebagai pengenalan. (ada masa, kita selongkar lagi apa cerita berkenaan MA ni.) ^^,
Kembali kepada isu... emm...isunya apa?
Begini, ada sesetengah ‘mazhab’ berpendapat, MA tidak lama lagi akan dimansuhkan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendapat ini disokong oleh beberapa pihak memandangkan banyak keistimewaan yang diberikan kepada rakan seperjuangan (yakni jururawat), tetapi tidak diberikan kepada MA. Walaupun jika diamati secara mendalam, kerja-kerja MA lebih kompleks.
Sehingga ada yang mengatakan, sampai suatu tahap nanti... MA akan jadi drebar ambulans pulak. Huhu...kalau betul lah apa yang dikatakan, memang makan ubi kayu la MA yang baru-baru nak kerja nanti. ~_~ termasuk aku...huhu.
Wallahua’lam... tulisan ini bukan nak wujudkan diskriminasi atau cuba menegakkan benang yang basah. Cuma atas dasar keprihatinan terhadap amanah yang bakal dipikul kelak, rasanya terpanggil juga untuk menyuarakan pendapat tentang isu ini.
~Memandangkan pulak tak ramai MA yang jadi bloggerz. ^_^
Walaubagaimanapun, mazhab di atas tidak terlalu mendapat perhatian dari majoriti MA. Ini kerana, majoriti MA yang senior berpendapat... Perdana Menteri Malaysia (Dato’ Seri Najib) sekarang ini sedang giat mewujudkan sistem kesihatan komuniti dan ia melibatkan MA. Di dalam unit-unit tersebut, MA bertindak sebagai penyelia.
Contohnya Klinik 1 Malaysia. Penolong Pegawai Perubatan U32 diletakkan sebagai penyelia bersama dengan beberapa kakitangan lain di bawahnya.
Juga pengwujudan klinik bergerak 1 Malaysia bagi membantu masyarakat pedalaman mendapat rawatan kesihatan secara lebih mudah. Dulu start dengan bas, sekarang pulak dah ada dengan bot (bagi kawasan Sabah dan Sarawak).
Kemudian diberitakan lagi, MA diletakkan di setiap Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) secara tetap bermula tahun ini. dan macam-macam lagi lah...
Alhamdulillah...ini peluang keemasan! Jika peluang keemasan yang ditawarkan oleh PM ini disambut baik dan dijaga dengan sempurna oleh seluruh MA di Malaysia, tidak mustahil suatu hari nanti nama MA akan kembali berada pada kelas yang sepatutnya ia berada. InsyaAllah...
Sebenarnya, kami bukan ingin mendapat pujian setinggi langit. Cuma jika boleh, kembalikanlah kedudukan kami pada bekas yang sepertimana pegawai perubatan dan jururawat yang mendapat perhatian media sepanjang massa. (...?...)
Apapun isu yang ditimbulkan, pendapat aku yang masih berada di peringkat latihan ini cukuplah dengan memasang niat untuk melakukan yang terbaik untuk profesion Penolong Pegawai Perubatan. Jika ada kekuatan, terasa juga untuk melibatkan diri dalam persatuan dan kesatuan pembantu perubatan agar sama-sama dapat berjuang menaikkan kembali nama MA.
Hendak seribu daya, tak hendak cukuplah hanya dengan satu dalih... :P
Pesan cikgu dan MA yang pernah aku sembang-sembang : "Perbanyakkan knowledge, tingkatkan skill! Itu sahaja kaedah utama yang perlu dilakukan... Yang utamanya, janganlah berlagak dengan kedudukan kita nanti. Walaupun nampak kita tinggi, tapi kita tidaklah setinggi mana pun. Kita boleh naik dan boleh sahaja turun. Naik turun ini berpandukan bagaimana cara kita mengawalnya."
Jika kelak nama MA kembali diangkat pada tempat yang selayaknya atau lebih tinggi dari yang diharapkan, maka syukurlah dengan sanjungan itu. Kita kena kerja lebih kuat untuk sempurnakan matlamat yang mungkin akan kita capai. Jika belum apa-apa lagi dah bongkak dan tak nak tengok bumi... tak mustahil pendayung terlepas, perahu pun bergerak tanpa arah. Sampai satu masa, terkubur!.. Na’uzubillah...
Itu sahaja celotehku kali ini...
Wallahua’lam... ^_^
~perisaimahkota
5 comments:
owh..kdg2 org panggil HA kn..
my brother pn kt kolej pembntu perubtn gk skang..
skang MA ke HA dh tukar name Penolong Pegawai perubtn..
elit skit nme tu..
Thanx liyanan atas komen. ^_^
yup... mmg ler..
sbab tu sy ade trangkan kt situ yg nama baru MA adalah PPP.. atau dlm bi nye.. AMO.
cuma sy sbut MA bnyk kali 2 sbab MA lbih common dlm masyarakat. Dan org mudah kenal...
(trima ksih cz sudi follow PM..)
ape ko ingat ma tu bijak sngt ke..kalo setakat ma tu sama jer dgn nurse..tukar nama pun korang ni species sama jer..kwn sekampung aku yg jadi ma,spm pon pangkat 2..budak2 kelas hujung camtu..sebenarnya klinik 1malaysia tu illegal sbb bukan doktor yg handle...boleh mati kalo pegi klinik yg kakitangan perubatan tidak bertauliah..stupid ma and u all deserve it..
eleh..jeles la bdak akim nih..
akim...o...akim...
ko mst sorg yg bijak kan akim sbb ma yg taraf diploma pon ko kate xbijak...agak2 ko keje ape eh akim...mst ko ade pHD kan...perasaan hasad dengki...
ape pon taraf sesuatu pekerjaan tu sume rezeki dari Allah...
sekurang2nye dorg blaja gak untuk bejaya n ade pekerjaan yg elok2...
dr ko tu ntah ape2 keje dok ngutuk pekerjaan org lain...BIJAK sgt la ko nih...
lg 1 klu dorg xbertauliah xde la dorg dpt diploma yg disahkan dr KKM...mmg la ko ni bijak...bijak menipu...xyah la ko membodohkan orang lain sbb perkara tu menampakkan kebodohan ko...sekian...wassalam
Post a Comment