Pernahkah kalian diaju soalan seperti ini?
"Kenapa kami songsang ea? Kami teringin jugak nak jadi lelaki yang sebenar-benar lelaki..." Soal mereka pada aku.
Aku masih menggenggam kemas soalan itu hingga ke saat ini.
Bukan sebab lain, cuma terkilan apabila tak mampu untuk memberi jawapan direct.
Takut ada yang terasa hati atau salah faham..huhu. Diorang ni sensitif... kang tersalah cucuk, makin jauh diorang melompat. Jadi, kata orang tua-tua...'ibarat tarik rambut dalam tepung. bla3...' (kot la...hihi)
Dakwah secara hikmah. Itu strategi yang telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW... ^_^
Walaupun aku sedar, diri aku bukan perfect atau selayaknya menjadi seorang pendakwah. Tetapi sebagai muslim yang wajib cakna sesama muslim, hal-hal sebegini perlu dititik beratkan.
Sampaikanlah kebenaran walau hanya sepotong ayat!
Jawapanku pada saat soalan itu diajukan, hanyalah satu,“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.QS.Al-Maaidah [5] : 67
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."QS.Ali-Imran [3] : 110
"Kerana Allah sayang kita..."
itulah jawapan yang tertaip dalam ruang rahsia hati tapi tak mampu diluahkan dalam bentuk lisan perkataan. Allahu Rabbi... ~_~
Jika ditanya kembali ...'mengapa jawapan itu yang tertulis?'
Penjelasanku, "kerana Allah memang benar-benar sayang pada hambanya."
Maksudnya?
Ya, Lelaki atau perempuan adalah makhluk ciptaan Allah. Sebagai Pencipta, sudah pasti ia mencintai barang yang diciptanya.
Mereka (yang 'tersongsang') ini termasuk dalam kelompok lelaki. Tak perlu nak selak kat mana-mana bahagian, memang sah lelaki! Cuma sifatnya sahaja yang kita nampak menjurus ke arah kewanitaan.
Ada yang terikut-ikut, ada yang sengaja ikut dan ada yang dah memang semulajadi lembut (betul ke tak? ...wallahua'lam).
Apa maksud Allah sayang pada mereka?
Sebagai manusia normal, kita perlu menjalani hidup sebagai manusia normal.
Lelaki jadi lelaki, perempuan jadi perempuan. (memang dah sah-sah la kan.. :P)
Tapi 'mereka' berbeza. Ingin jadi lelaki tapi dalam jiwa mereka, 'terperangkap sifat kewanitaan'.
Mereka seolah-olah terpenjara. Bukankah itu ujian namanya?
Peperiksaan/ujian waktu di sekolah untuk apa?
Jawapannya, sudah pasti untuk menilai tahap kemampuan kita. Jika lulus, kita akan diangkat satu darjat sehinggalah ke darjat yang sepatutnya kita duduki.
Begitu juga dengan ujian Allah...
Allah menguji hambanya untuk mengangkat 'martabat hamba' sehinggalah dekat di sisiNya.
Apabila lulus ujian itu, kita akan terlepas dari sumur dilema. Justeru kebahagiaan terpampang di hadapan mata.
Alangkah tinggi, mulia dan indahnya darjat itu jika kita semua menyedari hakikatnya.
Bagi manusia normal (yg tak songsang), mereka sudah terlepas dari ujian berbentuk kejantinaan ini.
Maka mereka telah rugi satu ujian PTK (penilaian tahap keIMANan).
Namun, jangan cepat mendabik dada kerana ujian akan datang jua dalam bentuk dan rupa yang berbeza. Ia sudah ditentukan oleh Allah, mengikut tahap kemampuan masing-masing.
Siapa pun takkan terlepas...hatta Rasulullah SAW!
Itulah namanya mujahadah. Yakni berkorban untuk berubah, kerana Allah.
Jika kalian sudah merasakan betapa terangnya sinar perubahan, buang jauh-jauh sifat 'kesongsanganmu'!
Usahalah di atas Taufiq, kelak Hidayah akan berdamping... InsyaAllah.
"Wahai sahabat-sahabatku yang menyedari kesongsangan pemikiran, dan mempunyai rasa ingin berubah. Cuba letakkan rasa ingin berubah itu lebih tinggi dari kesongsangan diri. Jangan diikutkan nafsu yang sentiasa saja ingin menjadi pemenang.
Kalian ada potensi. Kalian ada kedudukan. Kalian cemerlang dalam pengajian.
Lebih baik kiranya kalian ambil langkah untuk menjadi yang paling cemerlang di sisi Allah.
Kita pergi sama-sama nanti ea!!!
Sebab, walaupun aku lelaki normal, aku juga tak lepas dari ujian.
Kita sama sebagai manusia, cuma berbeza pada tingkatan Iman dan Taqwa.
Mungkin kalian lebih baik dari aku... So, ayuh sekarang jugak kita melangkah ke sana!" ^_^
-TAMMAT-
yang baik itu dari Allah...
yang kurang baik, kita sama-sama perbaiki...
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment