Korang nak tau tak, selepas peristiwa Tsunami yang melanda umat Aceh pada 26 Disember 2004.. kini Aceh dalam usaha tranformasi. Tranformasi yang jelas adalah perubahan dari kelalaian kepada kesedaran. Dulu buta-buta celik.. tetapi sekarang celik sepanjang masa. ^_^
Kebetulan pulak malam semalam aku sempat la intai-intai angin politik Indonesia. Entah macam mana lah aku boleh terpikir nak mengintai, aku pun tak tahu.. Tapi bila dilihat-lihat, situasinya hampir sama di Malaysia dengan kutukan, kejian, hentaman, fitnah sana sini dan sebagainya. Malahan mungkin lebih teruk.. huhu.
aarrgghhh!!! politik songsang..! serabut2..huhu..
Kembali bercerita tentang Aceh. Kalau sempat la kan, aku nak jugak jejakkan kaki ke Banda Aceh (jika diizinkan). Nanti aku bawak korang sekali pergi sana..hik hik. Kenapa Aceh? Sebabnya, aku nak tengok sendiri macam mana kehidupan umat Islam di sana selepas menerima 'amaran keras' dari Allah. Adakah masih sama sebelumnya atau dah berubah..
Macam ada satu citer yang aku baru dapat dari blog Ustaz Cyber ni..
Ceritanya tentang pelaksanaan hukum Syariat di Banda Aceh. Lihat gambar di bawah..
pengsan dah.. huhu~ |
BANDA ACEH - Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam. Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.
Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat. "Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain," kata pendakwa raya itu, Bendry Almy. - Agensi
Bagi aku.. aku setuju dengan hukuman ini. Kenapa?
Contoh katakan, kita salah seorang yang menonton hukuman sebat itu.. agak-agak kita nak buat lagi tak maksiat? Kalau ada rasa nak buat pun, mesti perasaan tu dah makin reda kan.. Mikirkan hukuman yang akan dikenakan akan datang.. huhu.. perit lagi.. malu lagi... ~_~
Kat bawah ni aku sertakan bersama foto-foto lepas...
Kalau inilah yang di amalkan di Malaysia, pihak berkuasa tak perlulah penat-penatkan diri nak main serbu rumah urut.. serbu pusat pelacuran.. serbu sana serbu sini. Buat lenguh tulang jer.. Cuba sekali laksanakan hukuman sebat di hadapan khalayak ramai.. Aku jamin lah, yang baru terpikir nak buat maksiat pun akan terus terbatal niatnya.. ~_~
hrmm... dah dah.. nak lihat foto dan berita lanjut.. Boleh jer surf kat Google. Nak letak semua kat sini, alamatnya bergerak macam siput la blog aku.. hihi.
Apa pandangan korang dengan hukuman yang dilaksanakan di Banda Aceh ni?
Kejamkah? Sebab tak menepati hak asasi manusia, atau.. Baik? Kerana mengikut lunas hukum Syariat..
dan soalan last..
Apakah hukuman sebegini sesuai di bumi Malaysia ni?
Segala komen dan cadangan, dialu-alukan..
wallahua'lam...
~perisaimahkota
6 comments:
terima kasih atas perkongsian ni. hmm, satu maklumat baru dan teladan buat semua. tgh t'fikir ni, kenapa kat tempat kita sendiri kalo sebut hudud tu dikira anti kerajaan? sdgkan hudud tu kan hukum Islam. pelik2. :)
zaman skg.. dh trbalik.
Islam dh x dipandang murni..sbaliknya slalu dilabelkn sbg terrorist.. sadis dn sbgnya...huhu~ sdih2..
sama ada slh tanggapan org yg mnilai Islam atau salah kita sndiri yg trsilap prcaturan dlm mnyebarkan info ttg Islam.. mgkin kita keras, tp keras brtmpat rasanya x salah.. ~_~
betul tu. jangan sampai umat Islam sendiri pun takut nak mengaku diri itu Islam. nauzubillah! alangkah indahnya jika pemimpin kita yg beragama Islam itu ditarbiyah dahulu sebelum layak menjadi pemimpin sesebuah negara Islam. :)
ssungguhnya pmerintahan yg paling asas adalah memrintah diri sndiri..
Jika pemerintah (hati) itu baik, maka sgalanya baik.. jika rosak, maka rosaklah segalanya.. ~_~
btul2. sepatutnya diri sendiri perlu ditarbiyah sblm mentarbiyah org lain. wallahua'lam. :)
org yg buat salah je akn takut dengan sesuatu bentuk hukuman.. hmmm
hudud tu kira ringan hukumannya kalau nak dibandingkan dengan hukuman/azab dari Allah yg confirm MAHA dahsyat...
harap diorang insaf dan laksanakan syariat Islam 100% bukannya 25% Islam, 50% bukan Islam dan 25% lagi ala suka hati nak buat apa..
Post a Comment