Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, January 22, 2011

Kembalikan Watan Bapa Kami!

Salamullahi'alaikum...

Entri kali ni berkisar tentang perjuangan membela tanah air... (mood serius).
Jom kita sama-sama setkan minda kita sebagai salah seorang anak pejuang di medan perang.

Dengan lafaz basmallah, aku mulakan penulisan ini... ^_^

Bila duk sembang-sembang tentang perjuangan ni, aku pasti takkan ketinggalan untuk menceritakan kisah perjuangan salah seorang sahabatku yang berasal dari daerah Yala, Selatan Thai.

Seperti yang diketahui, isu penindasan ke atas umat Islam di Selatan Thai masih tiada penghujungnya walaupun sekarang berita mengenainya tidak lagi menjadi topik utama perbualan di warung Kopi Haji Deraman (^^,). Walaupun usaha dari pihak tertinggi negara sering disemai dengan janji-janji manis ingin membela dan membebaskan Selatan Thai, namun segalanya hanya indah pada khabar semata-mata.

Perjuangan mereka tidak pernah berhenti. Selagi tanah air mereka tidak dikembalikan seperti sebelumnya, selagi itu perjuangan akan berterusan. Darah ibarat mainan, gempur suatu pertarungan, dendam berbalas tindakan!

klik foto utk lihat gambar2 seterusnya...

Entri ini aku cipta khas buat sahabatku HS (bukan nama sebenar). Dia adalah salah seorang dari anak pejuang membela watan bumi Islam selatan Thai yang sekarang ini sedang menuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi di Malaysia.

“HS, Aku tujukan puisi kerdil ini buatmu, bagi mengenang kembali kisah perjuangan kalian di sana... Teruskan perjuanganmu! Usah dikhuatirkan sama ada pengakhirannya menang atau syahid, kerana yang bakal kau perolehi kelak adalah ganjaran tertinggi dari Allah. Inginku pergi berjuang bersamamu, namun aku masih punya tanah air yang harus dibela. Amanahku di sini masih belum terlaksana sepenuhnya. Dengan izin Allah, kita jumpa lagi... InsyaAllah.”

Kembalikan Watan Bapa Kami!

Ayah, ibu...
Izinkan kami berjuang
Demi watan bapa kita!

Langkahan ini membara
Urat darah rasuk membakar
Salurnya kian disemat qudrat
Alirannya sederas halilintar
Berderau seluruh jasad
Bagai letusan gunung merapi

"Jangan cabar aku
Aku bukan pengecut!

Jangan tenung aku
Kau siapa?

Jangan dekat
Kelak binasa wajahmu!

Sabar ada garisnya
Bertahan ada tikanya
Sampai masa langkah diatur
Tiada siapa bisa menyanggah
Tiada yang mampu menggugah"

Berdiriku demi watan
Atas nama
Fatoni Darussalam
Pusaka suci agama bapa kami
Tanah subur tanaman nenek moyang kami
Tempat titisan awal darah kami

Di sini
Bukan tempat permainanmu
Wahai pengkhianat!
Silakan untuk bertamu
Tapi awas...
Jika api yang kau tawarkan
Kan kubalas jua dengan api
Kerana Allah kami berjuang
Jauh sekali kerana dendam

Sampai masanya...
Jika menang bukan milik kami
Kami pasti Al-Firdausi merindui
Namun tidak kami khuatir
Kerana kelak janji Allah
Islam pasti bangkit kembali!


Salam Jihad fi Sabilillah
Anak Jati Tanah Melayu
~perisaimahkota

4 comments:

aqim said...

kita harus membela tanah air..

Hafriz el-Muhammady said...

atas nama Islam. ^_^

HaDi said...

Semoga tanah air umat Islam dikembalikan maruah kehidupannya...

Hafriz el-Muhammady said...

InsyaAllah...
Smoga harapan kita selari dgn prjuangan kita! ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails