Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Friday, December 3, 2010

Realiti sebuah Mimpi

Salamullahi'alaikum...

Cepatnya masa berlalu. Kehidupan terus berjalan sepertimana arakan awan menuruti hembusan angin. Aliran air sungai dari puncak bukit terus ke hilir hingga sampai ke laut. Begitulah juga jika ia diadaptasi dalam kehidupan sebagai manusia. Ada irama dan lirik yang seakan sama.

Hari berganti hari, diri pasti akan terasa semakin berumur. Walaupun lisan cuba menafikan, tapi hati tetap membenarkan hakikat diri sudah semakin tua. 'Rumah kata pergi, kubur kata mari'. Itu pepatah orang lama yang masih kekal tersimpan sebagai pedoman hingga ke hari ini. Kata-kata orang lama bukan cakap-cakap kosong. Isinya penuh dengan nasihat untuk anak cucu yang akan mewarisi peninggalannya. Jadi, pesanan ini penting agar si anak mahupun cucu tak mudah leka dengan tipu daya dunia.

Apa yang ingin ku tulis sebenarnya?
Wallahua'lam. Hati tergerak untuk menyatakan sesuatu. Luahan isi hati agar diri melengkapkan rasa ketenangan. Tapi, entah apa yang cuba kuluahkan. Mungkin terlalu banyak sendi-sendi ceritanya sehinggakan tak mampu untuk dipersembahkan.

Jadi, untuk kali ini aku cuba berkongsi tentang sebuah mimpi. Dari mula hingga saat ini. Macam-macam yang telah terjadi. Ada yang menceritakan saat kesepian, kesedihan, kegembiraan dan ada juga yang tak mampu untuk diungkapkan. Cerita ini telah diadaptasikan dari Kisah Benar. Untuk itu, marilah kita langkah bersama...

Siapakah dia?

     Berlatar belakangkan Baitillah alHaram. Dengan hembusan angin kota Suci Makkah dan cahaya terik sapaan sang mentari. Langkahan ringan itu membawa Wardah ke suatu sudut yang tak pernah difikirkannya. Terasa damai dalam hatinya. Seakan menantikan seorang teman. Tapi siapa?

     Dalam suasana yang mendamaikan itu, terlihat pula di suatu sudut yang jauh akan kelibat seorang pemuda. Wardah cuba meneka siapa pemuda yang sedang tercipta dalam pandangannya itu. Namun sedikit kehampaan membalut jiwanya kerana pemuda langsung tidak berpaling memperlihatkan raut wajahnya. Hati Wardah semakin berkobar-kobar ingin mengetahui siapa gerangannya pemuda itu.

     Ingin menegur, sudah pasti Wardah tidak berdaya. Bukan kerana kelemahan, tapi itulah kekuatan yang telah terpasak utuh dalam jiwanya. Kekuatan yang diasaskan oleh Iman dan Amal. Wardah bukan wanita sebarangan. Tak mudah baginya menegur lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Dalam kata sasteranya, Wardah diibaratkan seperti Mawar Berduri. Dilihat boleh, disentuh ia berbisa!

     Wardah, gadis sunti kelahiran Segamat, Johor. Watak yang dianugerahkan padanya adalah seorang yang cukup berdisiplin tetapi riang. Dia gemar pada suasana yang menceriakan kerana naluri yang lahir dalam dirinya juga bersifat ceria. Kelebihan yang dikurniakan oleh Tuhan padanya adalah dia memiliki suaru yang cukup menenangkan. Namun dia tidak mensia-siakan anugerah itu. Suaranya dialunkan hanya pada lagu-lagu tarannum, qasidah, barzanji dan seumpanya. Dengan sebab itu, perjalanan hidupnya telah banyak berdepan dengan kerenah manusia justeru menjadikan dia bijak berfikir sebelum bertindak.

     Tapi kali ini, Wardah merasakan suatu kelainan. Wardah tak henti-henti dari terus bersoal jawab pada diri sendiri. Setelah tersedar dari lenanya, barulah Wardah sedar kelibat pemuda tadi hanyalan mimpi semata-mata. Ingin dia percaya, tetapi syariat menegahnya. Namun, pengalaman hidupnya pernah membuktikan bahawa mimpi pernah mendahului realiti. Telah banyak peristiwa yang bermain dalam mimpinya akhirnya menjadi kenyataan. Oleh sebab itu, mimpi kali ini dirasakan benar-benar suatu kelainan. Apakah mimpi ini juga akan diserlahkan dalam wajah realiti?

     Dia terus bermonolog. "Siapakah dia? Kenapa dia wujud dalam mimpiku? Apakah dia ingin membantuku atau ingin berlaku zalim padaku? Tolonglah, kenapa sukar untuk kau berpaling lalu memperlihatkan wajahmu?"

     Semakin ingin dilupakan, susuk tubuh pemuda itu semakin kuat bermain di fikiran. Tanpa sedar, hatinya berdegup kencang. Memang nyata, rasa ini benar-benar berbeza. Walaupun pernah Wardah bermimpi yang luar dari kebiasaan, tapi jarang seperti kali ini sehinggakan terbawa-bawa ke alam sedar.

     Wardah segera bangun dari tempat pembaringan. Katilnya dikemaskan. Dia segera ke bilik air untuk mengambil wudhu'. Setelah kembali ke biliknya, Wardah mencapai telekungnya seraya melebarkan hamparan sejadah ungunya. Sejadah ungu berkilau emas itu pemberian Ayah sewaktu mula-mula dia memasuki alam pengajian tinggi sebagai tanda hadiah. Ayah berpesan agar jangan sesekali tertinggal solat Sunat Tahajjud, kerana padanya terhimpun kelebihan yang tak mampu disebut dengan lisan. Masakan tidak, di saat umat manusia hanyut dalam dengkuran, mereka yang dipilih oleh Allah ini sedang bersujud mengabdi diri. Menjalin ikatan dengan Yang Maha Mencintai.

     Seusai solat Tahajjud, Wardah menadah tangan berdoa dengan penuh pengharapan. Wardah sesekali tidak pernah tertinggal doa untuk kedua ibu bapanya. Wardah tidak ingin menjadi anak derhaka. Sudah dikira dosa besar baginya walaupun terlupa mendoakan kesejahteraan buat Ayah dan Mamanya. Diselangi doa-doa lain, Wardah hanyut dibuai rasa pengabdian. Namun kali ini, doanya ditambah. Dia memohon agar Allah membuka tabir rahsia yang menutupi mimpinya. Dia benar-benar ingin mengenali siapa pemuda itu. Yang pasti, hanya Allah Yang Tahu buat masa ini.

bersambung...


p/s : penat nak nulis, penat lagi nak mikir...huhu...

1 comment:

Anonymous said...

episod kedua akan datang..(^^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails