Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Friday, April 29, 2011

Tak Cukup Gula

Salam semua..
Ape kabor? Harap-harap sihatlah hendaknya yer..

Teringat pada peristiwa yang jadik semalam..kat wad. Masa tu aku tengah bantu nurse buat prosedur cucian luka (toilet & dressing) ke atas pesakit. Setentang dengan katil pesakit tempat kitorang buat prosedur, ada sekumpulan student perubatan bersama tutor diorang tengah berbincang berkenaan salah satu kes yang dialami oleh pesakit kat wad tersebut.

pengsan kah..? @_@
Selang beberapa minit.. 
Tiba-tiba bunyi riuh rendah. Rupa-rupanya situasi mencemaskan tu berlaku kat tempat kumpulan bakal-bakal doktor tengah tengok kes tadi. Salah sorang dari mereka tumbang tapi nasib baik berjaya diselamatkan oleh kawan-kawannya yang lain.. 

"doktor pun manusia jugak.. tak terlepas dari ujian."

Kalau benda ni jadi kat tempat awam, kompem dah panik. dup dap dup dap..huhu. Tapi disebabkan kat wad, situasi tak lah segubra berbanding di tempat awam. Mungkin sebab kat wad ramai staf perubatan, atau mungkin jugak kerana kelengkapan rawatan yang cukup..

Sebenarnya, keadaan macam ni tak perlulah kita gelabah sangat. Kita perlu setkan dalam minda, 'setiap masalah pasti ada penyelesaian'.. kalau gelabah sangat nanti, kita jadi blur tak tahu apa nak buat. Macam kes student doktor yang rebah tadi, itu pun hanya disebabkan hal kecik jer. Walau bagaimanapun, perlu dirawat segera supaya masalah buruk tak terjadi..

Biasanya kalau kes yeng tumbang secara tiba-tiba ni adalah disebabkan..
Kekurangan gula (glukosa) dalam darah. Dalam ilmu perubatan disebut sebagai Hipoglikemia (hypoglycaemia). Di mana glukosa ini (dalam bahasa mudahnya) adalah sumber tenaga bagi sistem tubuh badan.

Salah satu faktor yang boleh terjadinya keadaan ini adalah disebabkan tak sarapan pagi ataupun tersilap konsep diet. Nak kurus punya pasal tapi kesihatan tubuh badan terabai.. Biasanya orang perempuan la yang selalu dapat masalah ni. Akan tetapi, tetap boleh terjadi kepada 'kaum Adam'. So, sebelum turun kerja atau buat apa-apa aktiviti pagi tu, isilah perut dulu walaupun sedikit.

Inilah uniknya ciptaan Tuhan. Kurang gula pun tak boleh, lebih gula lagi tak boleh..

Cara nak mengelakkannya, caknalah tentang kesihatan diri sendiri. Kalau dah rasa perut teramat-amat kosong, atau letih, pening, tangan terketar-ketar dan sebagainya..cepat-cepatlah ambil makanan. Ataupun kalau member kita tiba-tiba tegur "apasal muka kau pucat pagi ni?" Haa...bertindak cepat sebelum terlambat. Lebih elok, sediakan gula-gula dalam poket sebab dalam gula-gula tu ada sikit sebanyak glukosa yang dapat memberikan tenaga kepada tubuh kita.

antara tanda-tanda hypoglycaemia..


Macam tu jugaklah kalau kita tengok tiba-tiba kawan kita tumbang di tempat kerja atau di medan perhimpunan. Apa yang kita perlu buat? Bertindaklah segera! Baringkan dia di tempat selamat.. tinggikan kaki. Alaslah dengan tunggul kayu ker, bangku ker.. Janji kakinya lebih tinggi dari badan. Kaedah ini membantu dalam mengalirkan darah kembali ke jantung.

Lepas tu, cuba sedarkan kawan kita tu.. Kejutkan dengan cara apa sekalipun. Bila dah sedar, bagi dia gula-gula atau minum benda yang manis-manis. Kemudian rehatkan kembali.
Awas! kalau masih dalam keadaan sama atau semakin teruk, segeralah ke hospital atau ke klinik berdekatan..

Ok.. dapat tak? Tak dapat semua, sikit pun jadilah.. Kalau nak lebih lanjut, klik jer kat kat bawah ni...
http://www.medicinenet.com/hypoglycemia/article.htm
Atau taip jer HYPOGLYCAEMIA kat google.. pastu, cari-carilah kat mana yang patut.. ^_^
wallahua'lam.. kita jumpa di lain siaran..

~perisaimahkota

19 comments:

Cik Aish said...

salam..
err..amik medic ke?
seyesly, sy mmg tak boleh pergi hospital. sbb automatik akan rasa nak pitam..

maybe bau ubat kot..

kalau ada sedara sakit, pergi la jenguk tp 5 minit je kot. sbb mmg tkleh masuk wad..huhu

Amirah Adnan said...

hehehe.. mira penah kena :p

posting kat mane skang?

Fadzmie Mohamad said...

Alhamdulillah, setakat ni belum pernah alami lagi benda macam ni.

Fadzmie's Latest Entry : EMEL 1MALAYSIA: PERLU ATAU TIDAK?

Hafriz Mohamad said...

Cik Aish: eh.. x x. Assistant medical jer.. pmbantu apa2 yg bleh dibantu.. hehe~

Amirah Adnan: klau dh kne.. jgn la smpai pisang brbuah 2 kali.. ^_^

Fadzmie: alhamdulillah.. smoga kte djauhkan..

Izzati Hashim said...

that's y for those who are having anemic, better bring glucose all time with u -.-

ambil medic ke? nice sharing ^^

Miss Tira said...

Begitulah apa yang diciptakan Allah. Semuanya perlu ada kesederhanaan. Tak boleh lebih dan tak boleh kurang. Cuma dalam tugas yang melibatkan nyawa ini perlu ada professionalism yang tinggi. Sebab banyak mata yang memerhati.

dotblogspotdotkom said...

tu la... makin berilmu... makin byk dugaan... huhuhuuh

NOOR FATIN said...

sarapan pagi tu yg sgt penting. kalau xamik. memang ada efek. kalau nak
diet pn berpada2 la kan.. ;)

Hafriz Mohamad said...

Izzati Hashim: biasanya anemia kne bnyak mkn mknn yg dr unsur2 pnmbah darah. cntoh hati dsbgnya.. tp, brbeza dr sudut Islam..kte dlarang mkn organ dlm haiwan.. em..wallahua'lam.

bkn medik, tp paramedik jer.. ^_^
ur welcome!..

Hafriz Mohamad said...

Miss Tira: eyup.. kdg2 tkut gak nk libatkn diri dlm dunia prubatan ni. sbb skg, dunia saman menyaman...huhu~

dotblogspotdotkom: biasenye lpas dpt ilmu teori, Allah akn anugrahkn ujian dpan mata..spy ilmu teori td dpt dserlahkn dlm bntuk prktikal..

Noor Fatin: yes!! tpat.. Allah suka hambaNya yg bsederhana dlm sgala hal.. ^_^

puteri ain said...

dugaan Allah pasti ada hikmah ..

Izzati Hashim said...

Memg betul Islam tak galakkan mkn organ dalaman ni, ada la kot faktor-faktornya.

tapi in case kena mkn, blh mkn. (pengalaman)

oh ya, mesti lagi cepat kan hbs blaja nak compare ngan medic yg 6 tahun stgh -.-

Hafriz Mohamad said...

puteri ain: betul3..

izzati: a'ah.. paramedik 3 tahun jer.. sy lg 7bln insyaAllah abis la.. :)

amirah said...

oke dokter.tengkiu ^_^

Hafriz Mohamad said...

isshhh... bkn dokter ler..huhu~

Solihin Zubir said...

ingatkan lebih gula je xleh..
kurg gula pon xleh rupanya.. hehehe..

Hafriz Mohamad said...

prinsipnyer snang jer.. SEDERHANA.
insyaAllah selamat.. hehe~

liyana said...

nnti blehla wat blog pasal kesihatan semenya..ala2 sntai cmtu..msti best..hee

Hafriz Mohamad said...

em.. insyaAllah. ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails