Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Tuesday, August 17, 2010

Bacaan : Denyut Kasih Medik

Salamullahi'alaikum...

     Alhamdulillah. Tepat jam 11.15pagi tadi, sempat juga saya menghabiskan sebuah novel yang diberi judul Denyut Kasih Medik. Novel luar biasa ini sudah pasti dikarang oleh insan yang punya jiwa luar biasa. Terima kasih buat penulis, Dr. Farhan Hadi atau boleh saja saya letakkan namanya sebagai Ustaz Farhan Hadi. 'Allah telah menggerakkan hatimu dalam menghasilkan sebuah mutiara tinta yang paling berharga buat kami'.

     Perubatan adalah jalan perjuangan dakwah bagi saya dan para sahabat. Namun, agak jauh untuk kami menggapai gelaran doktor. Sejak berkurun, profesion kami dikenal sebagai 'dresser' atau MA (medical assistant). Tapi kini telah diubah nama bagi menyerlahkan bidang tugas kami yang sebenar. Maka kami dikenal sebagai AMO (assistant of medical officer). InsyaAllah...akan datang. Buat masa sekarang kami cuma pelatih atau lebih biasa lagi disebut hanya pelajar.

Ulasan Novel

     Saya teruja saat membaca novel ini. Bukan hanya pada awal penceritaan atau pertengahan, tetapi setiapa helainannya. Bermula dari kulit depan sehinggalah pada penutupnya. Gaya penceritaannya cukup bersahaja diselang dengan bunga-bunga sastera yang langsung tidak saya terfikir ia wujud pada seorang insan yang berjiwa sains. Kekadang terfikir, adakah benar penulis ini seorang doktor atau sebenarnya seorang sasterawan sebaris dengan A.Samad Said atau novelis terkemuka seperti Ramlee Awang Mursyid. Indah sekali kata-katanya, dalam sekali sulaman maknanya...

     Dilema seorang doktor yang baru ingin menjejakkan kaki ke dunia perubatan sebenar, menjadi point utama dalam novel ini. Watak utama dalam kisah ini, Dr. Muslih telah melalui bermacam-macam dugaan dalam merealisasikan sebuah impian. Bukan mudah menghadapi segala bentuk dugaan. Stress adalah perkara biasa yang perlu dirasakan. Maki hamun, sumpah seranah menjadi modal biasa dalam setiap latihan termasuklah dunia perubatan ini. Namun semuanya dapat dikawal dengan baik oleh Dr. Muslih. Di sinilah letaknya sifat sabar seorang da'i.

     Zikir tidak putus-putus dialunkan dalam hati hatta linangan air mata pun turut sama ingin mengambil tempat. Inilah cebisan perasaan yang dapat saya kongsikan apabila sampai pada part-part yang mampu menggetarkan jiwa. Ketenangan dirasakan. Sesekali, dosa silam kembali membungkam melilit segenap bahagian tubuh. 'Ya Allah, ampunkan aku'. Maka, sejurus kemudian, kebahagian pula yang datang bertamu dalam hati kecil ini.

     Sepanjang pengisian novel, penulis telah banyak menghuraikan beberapa permasalahan perubatan berdasarkan sudut pandang ilmu fiqh ibadah. Maka dirangkum kemas menjadi satu ilmu khusus, Fiqh Perubatan. Buku ini juga seakan-akan 'mini kitab' fiqh perubatan yang senang di bawa ke mana-mana. Jika kalian punya masa dan berminat untuk mencungkil bersama mutiara berharga darinya, saya fikir sudah tiba masanya untuk kalian memiliki novel ini.

     Cinta insan, disebut jua kunci sebuah syurga dunia. Perasaan ingin mencinta dan dicintai memang sudah difitrahkan ke dalam setiap hati-hati manusia. Rasa ingin memiliki dan dimiliki. Namun, bagaimana caranya? Dalam Islam telah digariskan berkenaan tertib dan tatasusila pemilihan seseorang yang bakal menjadi teman hidup. Perkenalan, pertunangan sehinggalah kepada penyempurnaan lafaz Aqad. Segalanya telah sempurna digarapkan dalam simpulan ilmu fiqh munakahat. Maka, sekali lagi novel luar biasa ini telah menjelaskan garis panduan yang sebenar dalam mendirikan sebuah Bait Muslim. Subhanallah, indahnya cinta dunia jika dihiasi damai kewangian kasihNya.

     Sekarang, pilihan terletak di tangan kalian. Sekali lagi saya tidak memaksa, cuma besarlah hati saya jika kalian mampu mengambil pedoman dan panduan dari novel ini. Pastinya, kalian takkan rugi. Selamat membaca. Jangan lupa, selami lautan ilmu yang kalian perolehi nanti dengan fikir dan zikir. Jangan berhenti, tapi teruskan walau dalam keadaan merangkak!

 Bait Muslim yang diimpikan. Foto penulis, Dr. Farhan Hadi, zaujah dan anak.
     'Teringin juga untuk membaca sebuah novel psikiatri atau psikologi yang dibahas dari sudut pandang Islam. Moga-moga di sana akan lahir seorang doktor psikiatri atau pakar psikologi yang melakar tinta emas berkenaan dengannya. Saya kira sudah ada, tapi hati kecil ini inginkan yang lebih mendalam dan banyak teori-teori oleh pakar psikologi Islam yang baharu. InsyaAllah...'
     

~perisai mahkota

2 comments:

Unknown said...

novel iklil ko?? blh ar nk pnjam nih...
hihihi...
insyaallah dye pom blh jd pnulis nvel pahni..bkat pom ade napok tuh....

Hafriz Mohamad said...

em...pinjam hk org gk sbnarnya..
tggu elaun..nk beli gk nt. Sbab novel ni, bkn skadar novel, tp banyak ilmu2 prubatan dia bahaskn dlm ni.. rasa wajib beli plok...hehe..

amiin..insyaAllah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails