Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Friday, August 6, 2010

Bacaan : Nota Hati seorang Lelaki

 Salamullahi'alaikum...

Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki...
jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!

   Alhamdulillah... Sekali lagi, buku karya Ustaz Pahrol telah selamat kukhatamkan. Namun hanya sekadar khatam pada bacaan, sedikit pada rasa, belum tentu lagi pada amalan. Akan kuusahakan seluruh kudrat yang ada, untuk mencorakkan lagi panorama indah sepanjang perjalanan di atas jalan kehidupan seperti yang dikhabarkan dalam naskhah ini.


   Seperti karya lainnya, buku ini jua tampak 'biasa' tapi olahan makna pada susun atur katanya mampu mengangkat ia menjadi sebuah naskhah yang 'luar biasa'. Sudah pasti, sang penari penanya juga punya ilmu, iman dan amal yang luar biasa. Jika tidak, agar payah untuk merasakan kedamaian dan ketenangan saat membelek lembaran halus tulisannya.

   Terkadang, timbul cemburu di hati. Ingin sekali aku ditempatkan sebaris dengan ustaz, juga motivator dakwah yang lain. Tetapi, aku sedar akan kekurangan diriku. Belum sampai masanya untuk aku ke tahap itu. Kelemahanku masih bertimbun. Masakan Allah membiarkan aku menyampaikan apa yang belum kusematkan pada diriku sendiri.

   Aku semakin merasakan kekuatan dalam meniti usia dewasa ini, bagi memenuhi ruang waktu dalam perjalanan mujahadah yang ternyata panjang. Aku sedar, ilmuku masih tidak seberapa, amalku juga tak kemana. Aku malu pada Allah, aku malu pada Rasulullah dan aku malu pada diriku sendiri.

   Umumnya tahu, bahawa setiap dari kita adalah pemimpin. Ini bererti, kitalah pemegang amanah dari Yang Maha Agung. Sekurang-kurangnya menjadi pemimpin bagi diri sendiri. Lebih-lebih lagi, bagi yang bernama Lelaki. "Ar Rijal (lelaki) lebih tinggi martabatnya dari An Nisa' (wanita)". Maka, terpikullah berguni-guni amanah yang terpaksa digalas oleh si lelaki. Bukan bermaksud Allah itu zalim pada hambaNya, tetapi tugasan-tugasan ini telah diagihkan selaras dengan daya kemampuan jenis makhluknya.

   Bagi sahabat pembaca yang bernama lelaki, saya cadangkan kalian cuba miliki buku ini dengan segera. Sedikit sebanyak, ia mampu menyegarkan ruang fikir dan zikir kita untuk berusaha menjadi yang terbaik. Sama ada pada diri sendiri, keluarga, sahabat juga masyarakat. Sebagai gambarannya, di dalam naskhah ini terhimpun gugusan kisah-kisah tarbiyyah seorang Anak, Suami, Ayah dan Da'i.

   Jangan lepaskan peluang ini! Mungkin dengan selesai membacanya, kalian akan kembali merasakan pancaran sinar Iman yang telah lama malap. Justeru, tulang empat kerat akan dikerah sepenuh tenaga untuk berusaha menjadikan diri kita sebagai anak yang Soleh, Suami mithali, Ayah yang berjasa dan seterusnya Da'i yang beriman dan bertaqwa.

   Sahabat sekalian...Inilah masanya untuk kita berubah!


~perisai mahkota

3 comments:

Anonymous said...

ermm..kena pinjamnih..kuiukuikui..nak booking..ngeheheheh (~.~)

Hafriz Mohamad said...

orait...
tukar dgn Denyut Kasih Medik.
hihi..

Anonymous said...

bereh..(~.~)
..huhuhu..akhirnya jadi gian plok main blog n baca novel..huhuhu.. ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails