Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Thursday, January 20, 2011

Makhluk Halus Mengganas!

Salamullahi'alaikum...

Berita ni dah lama bagi sesetengah orang (biasanya mereka yang tinggal di bahagian utara Malaysia). Sebelum ni, aku sendiri pun belum pernah melihat rupa parasnya dan bagaimana cara serangan makhluk ini di hadapan mata. Manalah tahu, kot-kot modus operandinya lebih kurang sama dengan makhluk halus yang lain seperti kuntilanak, pocong dan sebagainya... ^_^

Mula-mula aku dapat tahu tentang cerita ni dari seorang sahabat yang belajar kat salah sebuah universiti di Perlis, diceritakan bahawa asrama mereka terpaksa ditutup akibat serangan 'makhluk halus' ini. Lepas tu plak, seorang senior dari kolej yang sama dengan aku menceritakan tentang makhluk ni sewaktu dia ditempatkan di daerah Parit Buntar untuk penempatan klinikal.
Mengikut cerita, seorang dari sahabatnya kini dah jadi macam watak dalam cerita komik aksi kanak-kanak (lupa tajuk apa...huhu) apabila makhluk halus ini telah mencipta satu 'parut ganas' di wajahnya.

Macam hebat kan? Ya, memang hebat... melalui cerita pun, dah teruk bunyinya. Apatah lagi sekarang ni berpeluang melihat sendiri secara live! ^_^

Apa sebenarnya nama makhluk halus ni ea?
Hehe... sajer nak bagi suspen jer sebenarnya. Makhluk halus ni bukannya hantu atau jembalang tanah, tapi walaubagaimanapun makhluk ni memang halus. Halus pada jasad tapi berbisa pada kuasanya.

Umumnya makhluk halus ini dikenali dengan nama Charlie (macam Charlie's Angle la plak kan? huhu...)
Nak tahu macam mana rupanya? Hensem ke tak sebenarnya makhluk ni... tengok gambar kat bawah ni.

Charlie dan adik-beradiknya tengah bermesyuarat... :P

Kenapa aku tiba-tiba baru hebohkan tentang hal ni?

Sebenarnya takder ape. Sebelum ini aku dan sahabat hanya berada di sekitar Ipoh (sebab kolej kat Ipoh) dan paling jauh aku posting pun kat daerah Setiawan. Selama ni hanya tahu dari cerita-cerita sahabat jer. Tak pernah tengok dengan mata lendir sendiri...sebab tu la jadi teruja sikit ni. Apalagi, kongsi-kongsi info la kat blog.

Sekarang aku dan sahabat menetap kat asrama yang disediakan oleh pihak kolej di kawasan Kerian, Parit Buntar. Kami terpaksa menginap kat sini untuk sebulan bagi yang posting di Pejabat Kesihatan Daerah Kerian. (nasib baik giliran aku tak cukup sebulan kat sini...hihi..)

Sesampai di sini, aku tak der la ambil kisah sangat dengan charlie ni sebab aku dah ingat-ingat lupa tentang kewujudan makhluk halus tu kat kawasan ni. Masa abah tanya dalam panggilan telefon pun, aku jawab kat Parit Buntar ni tak ada makhluk dari species tu. Tapi bila dah duduk dekat seminggu lebih, baru la aku tahu yang rupa-rupanya si charlie tu bermaha rajalela kat sini. (huhu...teruk2..)

Jadi aku dan sahabat-sahabat lain pasang niat untuk mengetahui lebih lanjut tentang menatang/binatang charlie nih. Kami dah bersumpah untuk berjuang memerangi charlie hingga ke titisan darah yang terakhir! Takkan melayu hilang di dunia...! yeah!!! (ceh, jauh plak aku melalut...hik2)

Bila cari punya cari dan search kat GOOGLE nak tahu bagaimana rupa bentuknya, maka terjumpalah aku dengan gambar di atas dan sedikit sebanyak info mengenainya. Siapa yang berminat nak bersuai kenal dengan makhluk halus ni, boleh klik di sini.
(Dan kalau nak kenal lebih lanjut, boleh hubungi pusat cawangan charlie di talian 1234..tekan-tekan kena sengat!.. hehe...)

Ni gambar yang aku ambil kat google.
Yang kena kat member aku lebih kurang macam ni kesannya...tapi lagi teruk. ~_~

Boommm!!!
huhu... Belum sempat nak pasang strategi, kami terlebih dahulu diserang... Salah seorang dari sahabat kami terkena bisanya pada bahagian pelipat siku kiri. Dia cakap, dia kena serangan charlie tu time tidur malam. Bila sedar, dah ada kesan merah kat lengannya. Dia ingatkan biasa-biasa jer. Tapi, keesokannya pulak kawasan yang kemerahan itu mula berubah rupa. Seolah-olah kawasan itu melecur seperti terkena curahan asid atau bahan kimia yang bersifat menghakis.

Fuhh.... hebat betul la mamat charlie ni.

Jadi, perjuangan kami jadi kendur jap. Memandangkan jasadnya kecik, kami tak boleh nak elak serangannya. Dia akan menyelinap masuk jugak ke dalam rumah walaupun kita dah tutup semua pintu dan tingkap. Nasib badan...huhu. Buat sahabat-sahabat yang bakal menempatkan diri di kawsan Parit Buntar kelak, atau mana-mana yang nak ke utara Malaysia, diharap bersedia dengan segala kelengkapan.

Sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak dari serangannya, kena pandai-pandailah jaga diri yer.
Cara nak elaknya, boleh lihat pada info yang telah dinyatakan tadi.

Perisai yang terbaik bagi orang Islam hanya satu jer... iaitu doa. Berdoalah agar kita diselamatkan dari ujian yang tak mampu kita tanggung. InsyaAllah dimakbulkan.

Emm...maaf yer encik charlie. Kami dah termengumpat tentang kamu.
Jangan serang aku yer...aku tak nak tambah parut kat badan lagi... ~_~.
emm..kita kawan deh.  (^^,) hihi...

Akhir bicara...
Wallahua'lam...


~perisaimahkota

3 comments:

exodia_libra89 said...

de x pe2 yg bleh bunuh charlie tu...

Hafriz el-Muhammady said...

klik pd prkataan info yg warna biru tu,,
nt akn kuar entry yg mnceritakan ttg charlie dr A-Z... k...tq atas komen.

(^_^)

Nabilah Najmuddin said...

lg kita bunuh, lg byk dia menyerang sbrnye...sy pnh kena mse kt skolah mnengah dlu..kena teruk jugak la..hmpir separuh muka...mc seminggu, tp parut amik mse dkt 2 thn la bru btul2 hilang...smpai skg masih ade sbhgian parut, tp x berapa nmpk sgt...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails