Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, January 22, 2011

Mencari Ketenangan di DUN Tenang

Salamullahi'alaikum...

Memandangkan aku posting jauh dari kolej, jadi hari sabtu ni adalah hari cuti... tak tahu nak pergi mana dan tak tahu nak buat apa. Tugasan ada, tapi malas pulak nak buat. huhu...

Sekarang jam 1130 ;
Member-member aku masih 'berjuang di alam mimpi' lagi waktu ni..hihi. kroohhh....zzz.... ^_*
Tapi disebabkan akhir-akhir ni aku dah terketagih dengan blog ni, mata aku automatik jadi tak boleh nak tidur. Jadi aku luangkanlah masa yang ada ni untuk online menerjah alam maya.

Jalan-jalan ke blog, cari cerita-cerita baru...

Aku cuba cari topik terhangat sebab jari teringin sangat nak menulis. Akhirnya jumpa la...
Oh... rupa-rupanya sekarang ni dah dekat sangat dah dengan pilihanraya kecil DUN Tenang. Kiranya waktu ni kat Tenang, orang duk sibuk berkempen la. Wah wah wah... berduit la orang Tenang musim ni. Ada yang sampai boleh jadi jutawan segera...hihi.

Berikut adalah artikel yang aku sedut dari SEMUA JADI SATU... Jom kita baca sama-sama!

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang bakal berlangsung pada 30 Januari 2011 pastinya akan memberikan sedikit gambaran penting tentang calon/parti pilihan rakyat sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Sehingga kini (ketika entri ini ditulis), sudah ada dua nama yang dikemukakan sebagai wakil parti politik yang akan bertanding pada Pilihanraya DUN Tenang nanti: Didahului dengan Normala Sudirman (PAS) dan Mohd Azahar Ibrahim (BN). Bagaimanapun, keputusan siapa yang bakal menjadi calon pilihanraya hanya akan dapat ditentukan selepas penamaan calon pada 22 Januari. Sekiranya tiada calon lain yang bertambah atau dibatalkan, maka pilihanraya itu akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu.
Hrmm...
Macam sudah ditakdirkan.
Sebelum ni pilhanraya di DUN Galas. Tak lama lagi di DUN Tenang.

Jika difikir secara logik akalnya, nama-nama tempat yang menjadi lokasi pilhanraya kecil ini seolah-olah suatu sindiran dari Allah. Kenapa aku cakap sindiran Allah? Begini, apa yang dapat aku tafsirkan pada nama kedua-dua tempat ini adalah...

DUN Galas : Allah ingin memberitahu bahawa, tugas menjadi seorang wakil rakyat adalah satu amanah yang berat. Kelak dia akan ditanya di barzakh seterusnya di mahsyar berkenaan dengan amanah yang telah dilaksanakannya. Justeru bukan semua orang boleh menggalas tugasan wakil rakyat. Bila sebut perkataan 'galas', ia boleh membawa kepada satu persoalan...
"Mampukah wakil rakyat yang terpilih itu menggalas amanah Allah? Apakah dia tidak takut menjadi munafik sekiranya amanah yang digalas itu tidak dilaksankan dengan sebaiknya?"

huhu... ayat ni aku reka sendiri jer. Tapi nampak macam ada kaitan jugak la...kan? ^_^ hihi...

Kita lihat pulak DUN Tenang (yang bakal diadakan pilihanraya tak lama lagi ni) :
Kata ahli psikologi Islam, kebahagiaan itu datang sewaktu seseorang itu berada pada puncak ketenangan. Bererti, untuk mencapai status bahagia, perlu melengkapkan rasa tenang di dalam jiwa hamba. Aku cuba cipta satu lagi persoalan...
"Mampukan puncak ketenangan dapat diraih di DUN Tenang ini?"

Kenapa aku tanya macam ni? Sebab, senario politik hari ini seakan caca marba. Yang bersongkok memang sudah kenal perilakunya. Yang berkopiah pulak, 2x5. Sama sahaja perangainya... Dulu dia mengata dia, kini kata-kata dia mengena dia sendiri. Yang mengata, terus mengata. yang bisu, terus bisu.



'Kutuk sana-sini... Fitnah menjadi-jadi...
Hentam sana-sini... Tapi terselak kain sendiri...'
Itu adat kebiasaannya apabila setiap kali berlangsungnya pilihanraya.

Bolehkah kita hidup TENANG kalau umat melayu Islam di Malaysia ini masih lagi hidup berpuak-puak?
Yang bawa slogan melayu, taksub dengan kemelayuannya...
Yang bawa slogan Islam, tak nampak di mana Islamnya...

Allahu Rabbi...
Jadi, aku manusia yang kecil ni, tak nak cakap banyak-banyak. Cukuplah sekadar pemerhati.
Bagi aku, situasi politik tanah air buat masa sekarang, masih lagi tak tenang.
Tak pernah tenang dan tak tahu bila ia akan tenang.

Namun yang pasti, aku akan tetap menyokong di mana sahaja kebenaran itu wujud.
Apa sahaja yang baik, aku akan ambil sebagai amalan.
Yang buruk, akan ku lihat ia sebagai pedoman dan sempadan.

Akhir kalam... Hanya Allah sahaja yang lebih mengerti. ^_^

~perisaimahkota

3 comments:

KUREKURE COMEL said...

aku pun sme...bosan...tu x mendaftar mengundi lg....kalo slh pilih pemimpin kite berdosa skali....huhuhu

ibn suhaimi™ said...

mengudi juga satu ibadah tau~salam ziarah dari ana di bumi syam ini~

Hafriz el-Muhammady said...

yup..
mgundi tetap kne undi..
tp usaha pnyatuan umat prlu dselaraskan.
apabila ada kraguan antara 2 pmimpin..
plih yg mana lbih cndrung ke arah kbenaran.
InsyaAllah selamat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails