Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Friday, January 21, 2011

Aku Stressss.....!!!

Salamullahi'alaikum...

Salam buat semua sahabat pembaca maya.

Senang-senang, kita pendekkan cerita terus. Tak payah tulis panjang-panjang...hehe.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa tajuk entri aku kali ni bertajuk seperti di atas..kan?

Sebenarnya aku nak kongsi-kongsi cerita. Pagi tadi aku lepak-lepak jer kat PKD macam biasa. Bila dah memang langsung takder kerja, aku pun menyelongkar la bilik simpanan barang-barang promosi kesihatan. Cari punya cari, sampailah mata aku terpandang pada beberapa jilid buku yang disusun dalam sebuah kotak.

Aku ambil buku tersebut. Tajuk buku tu...

‘UJIAN DASS – Saringan Minda Sihat’


Kemudian aku pun selak la buku tersebut sehelai demi sehelai. Ingatkan macam buku panduan ataupun buku rujukan, rupa-rupanya yang tebal tu adalah himpunan soalan-soalan berkenaan ujain Dass. Soalannya 3 helai jer. Cuma bila digabungkan banyak-banyak tu la yang nampak tebal...huhu. Tipah tertipu lagi... :P

Buku tu diterbitkan oleh Unit Kesihatan Mental, Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa yang dimaksudkan dengan UJIAN DASS ni sebenarnya yer?
Baiklah. Sekarang aku akan cuba perjelaskan setakat yang aku mampu secara kasarnya supaya kita semua mudah faham dan cuba untuk amalkan.

Maksud DASS ni adalah... [Depression, Anxiety, Stress Scale]
Ia bermaksud, ujian bagi mengukur tahap depression (tekanan), Anxiety (gemuruh) dan Stress. Buku soalan ini biasanya kita akan jumpa di hospital atau klinik kesihatan untuk diberikan kepada orang awam. Di sana nanti, orang awam akan jawab soalan tersebut dan kakitangan yang bertugas akan menilai tahap 3 keadaan yang disebutkan tadi (depression, anxiety, stress) dan keputusan akan dikeluarkan. Kemudian, pendidikan kesihatan akan diberikan jika perlu.

Berbalik kepada cerita aku tadi.
Bila aku dah selesai buat ‘kaji selidik’ ke atas buku tu, aku pun menggatal la jawab soalan-soalan yang dikemukakan. Buku soalan tersebut mengandungi 21 soalan dan kita wajib menjawab semua soalan. Arahan dan panduan pemilihan jawapan telah disertakan di atas kotak soalan. Jadi, kita kena bertindak mengikut arahan! Ada faham? Hehe....

Dipendekkan lagi cerita, aku pun jawab lah soalan tu satu persatu dalam mood tenang dan gerak hati yang paling jujur.

*
*
*

Siap! ^_^

Lepas tu, aku belek pulak kat muka surat sebelah. Pada muka surat tersebut terdapat kaedah untuk menilai jawapan yang telah dijawab tadi. Dan hasilnya... ting3!!!

Keputusan pun keluar...
Skor bagi ujian:-

Depression : 7 (Normal)
Anxiety : 4 (Normal)
Stress : 10 (Ringan) <---

Jeng3!!! Hihi...huhu...
Ni la yang aku maksudkan. Keputusan ujian ini telah membuktikan bahawa aku ni ada tanda-tanda stress tetapi stress yang masih pada tahap ringan. Maksudnya, jauh lagi la nak sampai kepada tanda-tanda skizo atau yang sama jenis dengannya.

Sebagai akhirnya, aku sarankan kepada korang yang rasa diri mudah tertekan, berpeluh tak tentu masa, rasa nak marah jer atau rasa serba tak kena... eloklah buat ujian ni. Dapatkan soalan di pusat kesihatan terdekat.

Awas! Jika 3 keadaan utama ni tak dikesan awal, ia boleh membawa kepada keadaan yang lebih buruk. Keadaan-keadaan ini boleh membawa kepada masalah psikiatrik. Baca petikan akhbar Bernama di bawah...

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kira-kira 450 juta orang di seluruh dunia mengalami gangguan mental tertentu seperti kemurungan, skizofrenia dan gangguan bipolar tetapi kurang separuh daripada mereka menerima rawatan yang diperlukan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). selanjutnya di sini.

Jadi, sebelum korang dinasihatkan berjumpa dengan pakar psikiatri, eloklah buat ujian sendiri terlebih dulu.
Tahu awal-awal, senang nak kawal. Kalau dah lewat, padah la jawabnya...huhu

emm...takder cerita dah...hihi

K... jumpa lagi.
Wallahua’lam.

~perisaimahkota

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails