Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Friday, January 28, 2011

Oh Insomnia.. Merananya Jiwaku..

Salamullahi'alaikum...

~_~
Mesti dapat agak kan kenapa aku buat muka macam ni?
Boleh bayangkan tak 'kemeranaan jiwaku' macamana? huhu...

Hmm... ni la yang aku alami semenjak dua menjak ni.
Sebelum ni aku rasa takder masalah pun dengan waktu tidur aku. Kadang-kadang terlebih tu ada la.. Tapi kali ni macam ada yang tak kena... kenapa?

Apa tak nyer...
Yang aku alami sekarang ni.. nak mulakan tidur tu senang jer, tapi waktu tidur aku sering terganggu. Kerap sangat terjaga.. Selalunya aku akan tersedar area pukul 3 la lebih kurang. Then bila nak tidur balik, susah yang amat. Bila usaha punya usaha, hanyut jugak la kejap... Tapi nak boleh sampai ke pagi, anggaran 5 ke 6 kali jugak la aku tersedar.

Yang tak tahannya, bila time tersedar. 
Kalau tersedar pastu terus tidur takper... Ni siap rasa degupan jantung aku makin lama makin laju. Anxiety plak... Apa yang aku takutkan pun aku tak tahu...huu~

So, aku teringat la lecture Sir Shah tentang Insomnia...
Antara simptom (gejala) INSOMNIA adalah...
1) Kesulitan untuk tidur atau tak boleh nak tidur
2) Terjaga beberapa kali ditengah malam (multiple awakening)
3) Bangun lebih awal dipagi hari padahal belum cukup waktu tidur yang normal (7-8 jam)
4) Gangguan pikiran-pikiran negatif dan mimpi buruk

 Kita lihat pulak...

Jenis Insomnia...
1) Initial insomnia, merupakan gangguan kesulitan untuk memasuki proses tidur. (susah nak mulakan tidur la maksudnya...)
2) Delayed insomnia, merupakan gangguan dimana individu tersebut tidur hanya beberapa jam sahaja kemudian akan mengalami kesulitan untuk tidur kembali.
3) Broken insomnia, individu sering terbangun berkali-kali dalam proses tidurnya sehingga kurang merasa nyenyak. (aku rasa, ni la masalah aku....~_~ )

Berdasarkan apa yang dijelaskan kat atas ni.. nampak macam ada tanda-tanda yang aku ni mengalami insomnia kan?.. Tapi mungkin tak tergolong dalam masalah psikiatrik lagi la.. huhu. Kalau sampai tahap tu, habis la aku.. kompem tak dapat kahwin.. ^_^

Tapi buat masa sekarang, aku tak anggap lah yang masalah aku ni disebabkan kena kacau oleh makhluk alam sebelah atau kes psikiatrik. Aku cuba husnuzon dengan mengatakan yang aku dikejutkan oleh Malaikat suapaya aku bangun tahajud. Yang masalahnya, aku ni la yang malas bangun...huu~

Korang ada masalah macam ni tak?
Jom share sama-sama..!

Ok lah... dah nak masuk waktu pejabat ni.
Kena habiskan sisa-sisa penempatan klinikal kat Kerian nih..
Ada hal.. kita sembang kt cbox atau komen.. (komen lebih dialu-alukan..)
^_^

Wallahua'lam...

~perisaimahkota

8 comments:

Abah Yie & Ummi Na said...

ummi dulu pun selalu alami masalah ni. Walaupun dah baca basmalah, ayat kursi, 3 Qul dan segala surah2 yg boleh dibaca...tapi masih sukar nak lelap mata. Mulalah duk fikir yg bukan2...hehe.

Agak lama juga....tapi ummi tak pernah pergi klinik. Kadang2..tido awal, tapi terjaga tgh mlm. rasa gelisah...sbb tak blh tido semula. Ummi selalu terjaga area 2-3 pagi lah...

Alhamdulillah...skrg dah kurang masalah tu...

Hafriz el-Muhammady said...

Alhamdulillah..
Iklil hrp pn, mslh ni x kekal lama..
mudah2an pasni bransur normal..
trlbih tdo pn xnk, x ckup tdo lg xnk... ^_^

wansyu said...

salam ziarah..

saya salah seorg yang mengalami broken insomnia..tidur hanya 2-3 jam saja, n akan kerap terjaga dan terkejut..Hurmm, dah sebuln macm ni..

Klu berterusan apa akan jd ye??..

Hafriz el-Muhammady said...

erk? sbulan..? huhu..
emm.. sbnrnya sy pn bru lalui bnde2 ni.
Klau mngikut ape yg sy tau, jika mslh ni brtrusan..bleh mngganggu krja2 sharian jgk la..
bdn letih..
mudah trtekan..
hilang prtimbangan..

cuba la rujuk pkr psikiatri.. jgn tkut utk brjumpa sbb bdang psikiatri bkn mrawat 'org gila', tp mrawat mslh mental.. org normal pn ada. Jd buang stigma yg bkn2. Rujuk sgera.. 2 yg trbaik.. wallahua'lam.
^_^

sembil9n said...

lek3~

::نور فيلزاتي:: said...

saya juga pernah alami insomnia. sampai satu tahap, xleh tidur langsung sampai subuh. yg peliknya, masa dlm kelas xmengantuk. rasa mmg depress sbb bila tgk org lain tidur dgn nyenyak sdgkan kita masih lagi t'kebil2 atas katil. hehehe. (^___^)

Anonymous said...

Yоur currеnt aгtіcle offerѕ verified necеѕѕary to myself.
It’s extгemely helpful anԁ you're simply obviously quite experienced in this area. You get opened up our eye in order to numerous views on this particular subject together with intriguing and reliable articles.

Feel free to visit my homepage: buy phentermine
Review my web blog ... phentermine

Anonymous said...

Your rеport offеrs establisheԁ hеlpful tο me peгsonallу.
It’s quite educational аnd you гeally are nаturally very wеll-informed in
this fiеld. You have got οpеnеd up my eyes іn orԁer to
various νiews on thіѕ specіfіc
subject matter together ωith intriguіng, notable
and ѕtrong articlеs.

Feеl free to ѵisit mу web-site:
buy phentermine
Here is my website - buy phentermine

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails