Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Tuesday, January 18, 2011

Peluang mendapat hadiah lumayan!

Salamullahi'alaikum...

Salam ukhuwah buat tetamu sekalian.
em..aku cuma nak curi masa korang sekejap... dalam 5 minit la lebih kurang.
Rasanya tak sampai pun 5 minit... harap-harap sudi baca apa yang aku cuba kongsikan ni yer. ^_^

Mungkin sesetengah dari korang yang melihat tajuk entri ni sudah mula memasang harapan untuk mendapat hadiah lumayan. Ye lah, memandangkan sejak akhir-akhir ini, blog contest dah mula membanjiri laman maya nih...(macam-macam style ader)
Asal saja start blogwalking, kemungkinan besar kita akan terserempak dengan blog contest/lucky draw yang dianjurkan oleh blogger.

mungkin kata hati : {'contest apa pulak ni eh? Hadiah lumayan plak tuh...'}


Jadi, aku cuba ambil peluang untuk menggunakan tajuk-tajuk gempak ni sebagai penarik mata untuk membaca, akal untuk berfikir, hati untuk merasa....seterusnya jari bergerak menekan butang. KLIK!

Sebenarnya, entri kali ni bukanlah peraduan atau cabutan bertuah atau bau-bau bacang dengannya. (maaf yer, bukan tipu2. Tapi penulisan ni berkait jugak la dengan tajuk di atas.. macam maner tu? mari sama-sama baca yer... ^^, )

Dengan kelemahan diri aku ni, aku tak layak untuk bagi tazkirah/ceramah/kuliyah atau yang sebaris dengannya. Oleh sebab itulah, aku cuba nak ajak korang untuk sama-sama fikir seterusnya sama-sama kita zikir. Aku bukan manusia sempurna, jadi sebab tu aku ajak kita buat sama-sama.

Cuba kita renung sejenak...

Sepanjang nikmat umur yang diberikan oleh Allah kepada kita, kita sering terkejar-kejar untuk nak dapat hadiah atau ganjaran. (termasuk aku...walaupun tak lah lumayan sangat hadiah yg ditawarkan sebenarnya..huu~)
Sebab naluri manusia akan mudah tertarik (kata orang kelantan.. 'nitik air liur') apabila diberitakan tentang ganjaran yang bersifat dunia. Walaupun kita tahu, ia bersifat sementara dan sememangnya tidak kekal.
Kenapa mudah sangat tertarik? Jawapannya sebab hadiah atau ganjaran itu bersifat nyata depan mata. (macam buah strawberi bergolek-golek depan mata time mula-mula sampai cameron highland. Apa lagi? mesti sambar punyer..kan3? hihi..)

Tapi, kita lupa untuk mengejar nikmat dan ganjaran yang diceritakan oleh Sang Pencipta kita.
Nikmat syurga yang dibawahnya mengalir air, dihias dengan taman-taman indah dan siang malam ditemani bidadari yang indah rupawan.
Semua tu kita lupa nak kejar. (Nak cari pun jarang, apa lagi nak kejar...huhu)
Antara sebabnya, kita sudah terlalu asyik dengan hadiah-hadiah keduniaan yang telah melenyapkan impian ke Syurga. Kita ingin ke syurga tetapi gerak kerja kita langsung tidak mengikut terma dan syarat kelayakan menjadi ahli Syurga.

Kalau manusia pun boleh beri hadiah lumayan, Allah lebih dari itu...
Apa hadiah lumayan yang Allah janjikan kepada kita sebenarnya?

AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MENGATAKAN BAHAWA PENGHUNI SYURGA AKAN DAPAT MELIHAT ALLAH. 
Itulah sebaik-baik nikmat syurga!. 
Semoga Allah mengurniakan kita kenikmatan melihatNya!
(Al-Qiyaamah: 22) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; 23. melihat kepada Tuhannya.

Itulah jawapannya. Ini bererti, nikmat atau hadiah yang paling lumayan yang dijanjikan kepada hambaNya adalah melihat Wajah Allah. Itulah nikmat setinggi-tinggi nikmat. Tiada yang indah selain itu...
Subhanallah... (~_~) jahilnya aku ni...huhu....

Oleh kerana kita sering mengikut kehendak dan suruhan hawa nafsu, kita perlu mengadakan suatu tranformasi dalaman yang lebih hebat! Bagaimana?
Mulai sekarang... Ayuh! Kita sama-sama 'mujahadah melawan nafsu'.
Apakah yang dimaksudkan dengan mujahadah?

BerMujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah dan terus bermujahadah. Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu.

Ia adalah satu perjuangan yang tidak henti-henti hinggalah malaikat maut mencabut nyawa kita. Malah, hingga ke saat nyawa kita hendak bercerai dari jasad pun, syaitan terus berusaha menipu daya kita. Bahkan pada saat itu, tipu dayanya lebih dahsyat kerana itulah peluang terakhir untuk menyesatkan manusia agar mati dalam keadaan tidak beriman.

Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka.

Sebagai akhirnya, marilah sama-sama kita letakkan diri dalam halaqah fikir agar kita dapat mengenali tentang sebenar-benarnya hakikat penciptaan seorang hamba. Apabila kita mengenali siapa diri kita yang sebenarnya, maka secara tidak langsung kita akan dekat dan semakin mendekati Allah...

"Selangkah kita dekat kepada Allah. Seribu langkah Allah dekat kepada kita..." Allahu Rabbi... (~_~")
Betapa sayangnya Allah pada kita.

Cuma dengan mujahadah melawan nafsu, kita akan segera meraih cinta dan redha Allah.
InsyaAllah...

"Ya Allah...
tunjukkanlah kami yang benar itu benar, agar mudah kami mengikutinya.
Dan tunjukkanlah kami yang salah itu salah, agar dapat kami menjauhinya."

Akhir kalam.. yang baik itu datang dari Allah. Yang buruk, sama-samalah kita perbaiki.
Wallahua'lam... ~_~

~perisaimahkota

8 comments:

ummufathi said...

salam nice entry..ya betul..dosa,pahala,rahmat,berkat,alam kubur,syurga neraka semua perkara ghaib yang kita tak nmpk di mata..kalau namapk depan mata..org xkan wat dosa,nk bramal soleh je..smg Allah mengmpuni dosa2 kita n kumpulkn kita dlm syurgaNya kelak..

Hafriz Mohamad said...

amiin..insyaAllah..
jazakillah ya ukhti... (^^,)

~jgn kelak kita trgolong di antara mrk2 yg mronta2 utk kembali ke dunia dgn harapan dpt kmbali brbuat amal soleh...

Sesal kemudian..xde gunanya lg..huhu.

Azura @ cik buaya said...

entry yang sgt bagus :)

semoga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya

Hafriz Mohamad said...

amiin...
syukran rara.. ^^,

Anonymous said...

hye, nice entry :)
btw, da folo..folo back oke :)

iniialahaku said...

bgus n3 ni..dpat mngingatkan diri ni yg sntiasa alpa..

Hafriz Mohamad said...

Sy jg alpa..
namun sbg umat Muhammad, kita kne sama-sama sahut sruannya utk sebarkan pringatan wlaupun spotong ayat. ^_^
Salam mujahadah utk semua..

Fasihah Supian said...

terima kasih sama-sama berkongsi..
mengingati..
kita selalu alpa...
saya juga...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails