Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, August 21, 2010

Bacaan : Aku Terima Nikahnya

Salamullahi'alaikum...


 
     Alhamdulillah. Pencarian Ramadhan pada tahun ini banyak ditemani dengan buku-buku ilmiah karangan penulis-pebulis hebat tanah air. Dan hari ini, saya beru selesai ‘menutup’ sebuah buku indah yang bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA. Buku karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, pemilik blog saifulislam.com. Syukur kepada Allah, kerana tulisan beliau banyak memberi kesedaran kepada saya betapa beratnya perjalanan menempuh alam rumah tangga.

     Nyata perasaan 'cinta' ini amat sukar dielak. Pernah ditepis berkali-kali, tetapi ia hadir kembali dengan perasaan yang lebih halus. Damai terasa. Mungkin ini ketenangan sebenar, atau hanya bujukan Syaitan yang menginginkan hati ini tersasar jauh dari landasan perjuangan. Ya Allah, tetapkanlah hatiku ini di atas jalanMu...

     Jelasnya, perkahwinan bukan hanya ikatan hati dua insan yang sedang bercinta, tetapi rasa kesediaan memikul beban amanah yang lebih berat! Tidak dinafikan ia teramat berat. Tak mampu untuk difikirkan dengan semudah kata-kata. Tak bisa untuk diungkap dengan hanya lakaran dakwat hitam putih atas sehelai kertas. Akan tetapi, rasa hati perlu diheret sama dalam merungkai gejolak jiwa ini. Sehinggalah tangisan yang jelas membuktikan bahawa diri teramat perit menempuh segalanya.

     Berkali-kali mata dipejamkan, memikirkan bagaimana saat menempuh hari akan datang. Waktu di mana akan saya zahirkan pada lafaz, ‘Aku terima nikahnya...’. Astaghfirullahal’azim. Genggaman tangan si ‘ayah’ sudah pasti akan menggugah perasaan. Saya khuatir jika tidak terdaya untuk melakukannya. Bukan asbab tidak mampu menyempurnakan ijab qabul, tetapi tak daya untuk melangkah ke alam yang berguni-guni bebannya. ‘Apakah aku mampu ya Allah?’

     Pernah jua aku ingin melepaskan perasaan ini. Kerana merasakan terlalu awal untuk menyentuh soal hidup di alam rumah tangga. Akibat diri belum bersedia. Masih banyak yang perlu disempurnakan. Soal keluarga, sahabat, pembelajaran, kemudian kerjaya dan sebagainya. Namun aku cuba berpegang pada kata-kata dalam sebuah bahan bacaan yang pernah kuselak isinya, bahawa perasaan bersedia akan datang apabila kita sendiri menjengah masuk ke alamnya. Sekarang bukan masa untuk berfikir di luar kemampuan!


Terima Kasih Temanku

     Wahai sahabat-sahabat seperjuangan, nasihat kalian tetap ku pegang hingga ke hari ini. Kalian pernah menegurku dengan cara berhemah, ada jua yang menghamburkan kata fitnah. Baiklah, aku rela atas segalanya. Jawapanku, jangan sesekali kalian anggap aku hanya membutakan mata dan memekakkan telinga. Disebabkan nasihat kalianlah aku mengambil jalan yang paling selamat berdasarkan kemampuanku. Aku tak berdaya menolak perasaan ini, maka jalan keluarnya adalah dengan menyegerakan pernikahan.

     Aku sedar, aku pernah menjadi tempat rujukan kalian dalam soal berkaitan agama. Sehinggakan ada yang berbincang tentang cinta. Maka mungkin ada di antara kalian yang telah mengambilku sebagai contoh dalam perjalanan hidup kalian. Nasihatku, aku bukan contoh terbaik! Apa yang aku sampaikan pada kalian segalanya adalah dari Rasulullah dan para ulama’ terdahulu. Justeru merekalah yang patut kalian contohi. Jikalau pula ada yang menganggapku hanya insan lemah tak berdaya yang baru saja berusaha menggerakkan diri di jalan mujahadah, sememangnya itulah aku. Apapun, berhentilah dari terus memujiku!

Harapan Bersama

     Saranan saya kepada sahabat-sahabat yang telah mempunyai teman hidup tetapi belum sah ikatannya, cubalah ambil kesempatan waktu terluang untuk meresap cebisan rasa yang telah tergarap di dalam buku indah ini. AKU TERIMA NIKAHNYA. Selami setiap penjuru rasa, kerana di situ letaknya kiasan bahasa hatimu.

     Akhirnya, berhentilah dari terus berpegang tangan dengan pasangan tanpa sedikit pun rasa bersalah. Bukan kita tak tahu akan jelas hukumnya. Elaklah dari terus mengajak pasangan keluar bersama. Jika kita mahukan kebahagian kelak, kawallah nafsu di ketika ini. Jika tidak, satukanlah antara hati-hatimu atas nama ikatan suci, Pernikahan. Fikirlah, tugas kita bukan hanya memiliki dia, tetapi kita jua akan memiliki apa yang dia miliki. Untuk itu, berusahalah dahulu untuk mencari siapa Pemilik jasad dan rohnya! Jika kalian ketemu selain dari Allah, pulanglah ke pangkal jalan.


~perisai mahkota

1 comment:

Anonymous said...

=)
tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan rasa yang membungkam dada..disebalek perca kaen yg mnutupi muka,setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya..insyaAllah..(^_^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails