Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Monday, February 21, 2011

Sebelum/Selepas Jadi Blogger

Salamullahi'alaikum...

Sebelum masuk ke kamar untuk istirehat, hamba ingin mencoretkan sedikit sebanyak apa yang hamba ingin coretkan. hehe~ macam filem Puteri Gunung Ledang la pulak.. ^_^

Persoalan untuk entri kali ni...
Korang dapat rasa tak..yang kehidupan korang mengalami suatu perubahan (tak kira drastik ataupun tidak) pada sebelum dan selepas menjadi blogger?
Aku berani jamin, walaupun tak banyak, mesti ada jugak perubahannya kan? hrmm...

Sama ada perasan atau tidak, jom sama-sama kita 'perasankan' apakah perubahan-perubahan tersebut...


mekaseh pakcik google, sbb bg pinjam gambar...hehe.

Bagi aku sendiri...

Sebelum jadi blogger... Online sekadar untuk cari bahan-bahan assignment jer.. Tapi bukak 'mukabuku' tu wajib la...hehe~
Tapi selepas jadi blogger... Terasa nak kena online dan blogging sepanjang masa. Bila tak dapat online, rasa hidup tak tenang. Macam orang yang kemaruk cinta la.. Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak sendawa... errppp!!! (sorry.. hihi~). Kepala nih asyik pikir nak blogging jer. Nak cek follower lah, nak jenguk komen lah, nak blogwalking lah, nak kira income lah.. dan yang sama waktu dengannya.. Seksa tak? Agak seksa, tapi aku suka...n_n. Sebab tu sampai sekarang, aku masih blogging. :P

Sebelum jadi blogger... Nak makan, senang jer. Lepas basuh tangan dan baca doa, terus ngap! Tanpa mempedulikan sesiapa yang lalu lalang dan apa yang nak dibuat.
Tapi selepas jadi blogger... Nak makan pun kena tengok menu dulu. Kalau menu lain dari yang lain, mula lah mencari-cari kamera. Tujuannya nak diabadikan sebagai kenangan dan akan diletakkan kat blog sebagai tajuk 'entri hari ini'. ish3... Kalau ambil sekeping jer takper. Ni sampai 18 sudut dan berpuluh-puluh gaya diambilnya...adoyai~ Makanan dah sejuk, baru dapat merasa...

Sebelum jadi blogger... Kerja lebih fokus. Hanya fikir untuk selesaikan kerja. Bila dah selesai semuanya, baliklah ke rumah dengan aman dan terus boleh release tension atas katil empuk. krooohhhhh~
Tapi selepas jadi blogger... Susah dah nak fokus. Sebab dalam kepala asyik pikir nak blogging jer. Kebetulan pulak waktu kerja, gaduh dengan staf lain atau kena lempang dengan boss. Mula lah pasang niat untuk lepas geram dalam blog (kesian kat blogyang tak bersalah). Sebaliknya pulak kalau jumpa benda-benda menarik dan sesuai untuk dikongsikan, kita jugak akan pikir nak blogging jer.. kan? Dengan harapan nak kongsi-kongsi la benda yang menarik tu (walaupun takder la menarik sangat) hihi~

Sebelum jadi blogger... Hal aku adalah hal aku. Hal kamu adalah hal kamu.
Tapi selepas jadi blogger... Barangku barangmu jua. Ceritaku ceritamu jua. Sehinggakan...bantal busukku bantal busukmu jua. Semuanya kalau boleh nak diceritakan. Asalkan ada bahan (walaupun yang tak sepatut dikongsikan), berkobar-kobar semangat nak bercerita. Jari rasa kebas jer sebab gian sangat nak menulis. Bila dah dapat kongsi cerita. fuuhhhh~ leganya bagai lepas jogging 100 batu. Yang teruknya, sampaikan seluar terkoyak pun nak diceritakan jugak. Suka hatilah labu... Mungkin jugak ada baiknya untuk merapatkan silaturrahim antara blogger. Tapi agak-agaklah kan nak berkongsi cerita pun... 

Sebelum jadi blogger... (yang ni agak mengecewakan) Sembahyang boleh dikatakan awal waktu. Kadang-kadang siap berjemaah lagi...~_~
Tapi selepas jadi blogger... Sembahyang dah hujung-hujung waktu, dan jemaah entah ke mana dah. Lagi dahsyatnya, waktu tengah sembahyang tu la datang idea-idea untuk dimuatkan dalam blog. Melepas sudah pahala khusyuk... Nak nak pulak kalau cicak jatuh atas sejadah depan mata, lagi la bersemangat nak diceritakan. Tengah sembahyang tu, siap susun ayat lagi. Sesudah jer salam yang akhir, terus online dan blogging. Tajuk entri terbaru... "Binatang punya cicak! Terkejut aku" 
(semua ni kena atas kepala aku...huhu)

Hrmm...banyak lagi sebenarnya.
Tapi masing-masing fikirlah sendiri. Sebab rata-rata blogger di luar sana lebih ligat cara renung dan fikirnya...

Harap-harap kita dapat seimbangkan waktu-waktu yang dah dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Aku mungkin lebih teruk dari korang.. Buktinya, segala yang tercoret kat atas ni sebenarnya adalah antara perubahan-perubahan yang aku sendiri alami. Teruk kan? huhu~

Sedikit pesanan dari aku. Kalau boleh, waktu blogging sekali sekala tu... Bukak lah jugak entri yang bersifat kerohanian/keagamaan. Jangan nak cari atau nak kongsikan yang seronok-seronok jer. "Kalau tak dapat nak ambil semua, jangan tinggal semua". Ambil sikit-sikit pun takper, janji dapat diamalkan dan dikongsikan bersama. Baru la aktiviti blogging kita tu bermanfaat. insyaAllah...

Rasulullah pesan, "Sampaikanlah apa-apa pun dariku, walaupun sepotong ayat."
Kalau kemahiran kita dalam 'berblogging', gunakanlah wasilah/jalan ini sebaiknya... Ingat! sepotong ayat pun sudah memadai. Tetapi jugak harus diingat, kita sekarang sedang berada hampir pada garisan penamat kehidupan alam dunia. Dalam situasi genting ini, rasanya sepotong ayat tidak memadai untuk menjamin tempat yang terbaik di akhirat kelak.

Ok lah.. Aku terasa nak berhenti kat sini dulu. Nak kena tidur dah sebab esok nak ke Hospital Taiping untuk penempatan klinikal di unit dewan bedah. Doakan aku semoga selamat dan baik-baik sahaja yer...

Sebagai penutup, jemput-jemputlah komen yer!
Kalau ada penambahan idea berkenaan tajuk ni, teramatlah dialu-alukan. Tambah jer. Jangan malu-malu, jangan segan-segan... ^_^
Akhir coretan... Wallahua'lam...


~perisaimahkota

29 comments:

ana_liyana said...

Waahh...bnyaknya prubahan..huhu~ btol3 pe yg saudara iklil ckp tuh..ta dinafikan.. Kita mmg kna kawal dri sndri la camni..
Aduyai..susah nih..huu~
Papepum, moga slamat n baik2 slalu..ameen..

p/s : blog..oo..blog..~^_^~

Miss Yaty said...

thank ye sebab sudi memperingati sesama blogger...miss yaty setuju pendapat awak ni sebab semua ni memang miss yaty lalui jugak...terlampau taksub pada blog...astaghfirullah.sekarang dah mula kurangkan berblog..

ummufathi said...

waa..agk kronik..hehe..alhmdllh,stakat ni tkde la teruk sgt sbb update blog pn 2,3 ari sekali..sekadar aktiviti sampingan..tp tiap2 ari mesti bw,blog aklil antara yg 'wajib'..:)

~ ナフィルザ ~ said...

erm banyak nya perubahan,keh3~
tapi sama la kiter, macam mana pun kena la pandai kawal diri, sendiri mau ingat ma,keh3~

.:padie_eyla:. said...

haa. kalau dulu bukak tab facebook je. skrg kena skali ngan blog. tak bukak tak sah. hak3!

nulhazwany abdul malik said...

hehe suka entry ni..
bila dah terjebak memang banyak perubahan jadi ^^

Hafriz Mohamad said...

Mekaseh kpd Ana Liyana, Miss Yaty, UmmuFath, Filza, Padie, hazwany..
krn sudi brkongsi pndpt brkenaan entri ni..

Mcm dunia arab skg..smua nk kpd prubahan. Tp prubahan ke arah kebaikan.
Klau kita nk jd blogger tegar, x salah jika trdpt 1 2 prubahan..jnji prubahan2 itu mnjurus kpd kbaikan.. ^_^

Fiqas said...

Bila direnung2 balik, saya setuju semua yang diatas... baru perasan hari ni lepas baca n3 ni.. :)

JIJI YU said...

ahah yg part semayang tu ramai kot yang terkena..ehehe..

bunga said...

mmg ada perubahan..

Solihin Zubir said...

blogging2 jugak.. akhirat jgn lupa.. kan.. jgn smpai tgh solat pon pikiaq psal blog.. hehehe..

Miss Yaty said...

minta izin nak kongsi entry ni boley tak?

LIVESTRONG said...

xde perubahan pun.hahaha

Hafriz Mohamad said...

Jazakumullah..bt fiqas, jiji, bunga, solihin, miss yaty dan livestrong..

livestrong: klau xde, itu spesel kes.. hehehe..
kne mntak petua ckit nih. hik2

Hafriz Mohamad said...

miss yaty:
boleh jer, no hal..hehe

Yan said...

macam sama dgn aunty lah.. tp bukan pasal income dan solat tu...hee..lebih kepada travel dan food..

Hafriz Mohamad said...

klau yg tu, x jdik mslh lg la..
masih trkawal...hehe~

Mr. Hanif said...

wah3...bnyk sngoti dio brubah...ubh kpd kbaikn sudah la....hok brubh dr maye awal ko mye lewat 2 jange duk amal la wei...ke xdop gna plop jd blogger kalu maye kito pn xde jga...huhuhu...
~skadar pringatan kito jh Lil~

Hafriz Mohamad said...

haha..bereh2..
pringatan saem, kito trimo blako.
tulis ni pn sbb nk pringat diri sdiri jugok la..

mekaseh..^_^

MSOM said...

Hafriz,
Perubahan pada saya:

1. Saya dah kurang tidur
2. Saya leka dengan dunia saya sendiri
3. Nak cakap dah mula kena tapis, pendek kata, saya kini dah beli insurans mulut.

4. Paling menakutkan saya, kenyataan ANYNOMUS JONGOS. Kehadiran ANYNOMOUS saya anggap macam dunia ni juga, ada yang kerjanya siang malam asyik caci orang, tetapi bacul tak berani tunjuk muka. ANYNOMOUS juga macam penonton bola sepak yg kerjanya memaki2 ORANG dari tepi padang. Tetapi kalau dia jadi pemain, sepak bola pun tak pandai.

Oklah, itu je perubahan saya. Lari tajuk ke?

Hafriz Mohamad said...

A'ah semua yg trsebut, sy pernah rasa gak. Smpai sehari xtdo mlm.. asyik blogging, tbe2 dgr org azan subuh... ish3.

Insurans mulut, bt mase ni..blum sign up lagi...hihi. Wallahua'lam..tp rasenye stakat ni xde lg la posting2 yg mmporak perandakan rumah tangga org...hihi

Anonymus..yup! mmg dlu prnah d serang oleh pak cik anonymus ni.. mrapu meraban ayatnya. Mslh kt luar, tp d bawa msuk ke blog...huhu~

Hafriz Mohamad said...

MSOM: eh..tak2. masih dlm tajuk..hehe~

Firdaus Kasim said...

hafriz, saudara dah jd follower blog sy yg ke-200.. nnti sy letak link blog saudara kt blog saya ya..

Hafriz Mohamad said...

hihi.. prasan jgk rupenye..
wokeyh~ mekaseh yer. nt sy akn singgah lg blog sdr. ^_^

LIVESTRONG said...

petua?

xde pakai petua.sbb nenek livestrong dah tua.

abg iklil,demo org klate ka?

Hafriz Mohamad said...

hehe.. yo la..
belit dh gigi nk kecek luar nih.

time blogging, nk kecek klate tkut org x pehe plok..hik2

LIVESTRONG said...

hahaha.
patut bau budu.
org klate ruponyo^___^

jupo gu.
sayo klate jugok.

HAJAR hasan said...

entri yg menarik. sesuai dijadikan pengajaran untuk kesedaran. terima kasih. ;)

Hafriz Mohamad said...

livestrong: Budu cap teghe..hehe..

hajar: sama2.. mekaseh gk sbb sudi komen.. ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails