Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, February 19, 2011

Menantikan Kemunculan Imam?

Salamullahi'alaikum...

"Sumber dari sahabat kita yang berada di timur tengah, Imam yang kita nanti-nantikan telah muncul. Tapi kemunculannya perlu dirahsiakan kerana khuatir dia akan dibunuh atau ditangkap oleh pemimpin yang tak selesa dengan kemunculannya."


Berikut adalah kata-kata seorang ustaz yang amat aku sanjungi. Waktu kenyataan ini dikeluarkan, dia sedang menyampaikan kuliyah maghrib bulanan di Surau Bahagia, Hospital Bahagia Ulu Kinta. Dan aku adalah salah seorang dari ahli jemaah yang turut memasang telinga. Katanya lagi...

"Apabila dunia sudah mengalami kekacauan yang melampau, rakyat hanya menagih seorang pemimpin yang terrrrbaik! Ibaratnya sebuah sekolah yang mempunyai masalah disiplin yang teruk. Sudah pasti megharapkan seorang pengetua atau guru besar yang mampu meneutralkan keadaan supaya segalanya kembali pulih."

"Sebab itulah, Allah mentakdirkan 'dia' muncul... dan hanya tunggu masa untuk diisytiharkan."

Pendedahan ini dibuat pada akhir tahun lepas. Dan seingat-ingat aku, krisis di timur tengah belum lagi digembar-gemburkan di media massa waktu tu. Meremang bulu roma aku masa ustaz cerita hal ni.. huhu~ Takut sebab belum bersedia untuk berhadapan dengan tanda-tanda kiamat besar. ~_~

Mula-mula aku ingatkan, kekacauan yang dimaksudkan oleh ustaz pada ketika itu hanya merujuk kepada masalah politik Malaysia jer, tapi tak... Rupa-rupanya ustaz lebih ke depan dengan secara tak sengaja telah menyentuh isu dunia. Mesti semua tahu kan apa yang terjadi kat dunia arab sekarang?

Mari kita bukak mata luas-luas. Kasi besaaarrrr punyer! @_@
Lihat apa yang berlaku dengan penilaian aqal yang suci dan rasakan dengan hati...

Kebangkitan 'suara rakyat' semakin menjadi-jadi. Bermula di Mesir, rakyat bangkit bersama semangat menuntut keadilan telah berjaya menggulingkan presidennya, Hosni Mubarak yang telah memegang tampuk pemerintahan selama 30 tahun (lama tuu...). Gelombang ini berlanjutan ke Tunisia apabila jutaan rakyat bangkit menghancurkan kerusi angkuh yang selama ini dipegang oleh Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang berkuasa sejak 1987.

Kemudian krisis melarat ke Algeria, Jordan, Mesir, Mauritania dan Yaman. Di Yaman, ribuan rakyat berkumpul di setiap bandar-bandar besar bagi menyuarakan protes agar Presiden Ali Abdallah Saleh turun dari takhtanya dan mengikuti jejak pemimpin Mesir Hosni Mubarak. Berita yang aku dengar semalam, rakyat Iran pun dah mula memenuhi jalan-jalan bagi bangkit menyuarakan rasa tak puas hati mereka.

Berbeza pula ceritanya di Palestin. Semalam, pihak HAMAS dan FATAH telah mengadakan suatu mesyuarat bagi mewujudkan penyatuan di antara kedua-dua belah pihak. Rakyat Palestin pun berkumpul memenuhi jalanraya bagi memaksa penyatuan tersebut disegerakan.

Macam pelik jer semua ni kan? Kalau dilihat dan ditafsir secara jelasnya, negara-negara Islam di timur tengah sedang mengalami revolusi besar-besaran. Macam mana pulak dengan negara Islam di Asia? Contoh terdekat adalah negara kita sendiri. Agak-agak rakyat Malaysia pun akan bangkit berdemonstrasi secara besar-besaran jugak ker? Benda ni tak mustahil sebab rakyat Malaysia pun dah lama menderita atas sebab-sebab tertentu. Tak perlulah cerita kat sini. Masing-masing fikir...


Persoalan yang boleh ditimbulkan... Adakah rakyat sedang mengharapkan seorang pemimpin yang benar-benar mampu memimpin untuk memulihkan situasi kucar kacir ini? dan, benarkah telah muncul 'sang penyelamat akhir zaman' seperti yang telah dinyatakan oleh ustaz-ustaz dan para ulama' sebelum ini?

Wallahua'lam... walaupun nampak seakan hampir kepada kenyataan, kita perlu serahkan segalanya kepada Allah. Yang pasti, kiamat sudah dekat. Jika benar sang penyelamat itu muncul, selangkah lagi kita akan melepasi garisan pemisah di antara tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar kiamat.

Sekali lagi dinyatakan, serahkan segalanya pada Allah. Biar Allah sahaja yang tentukan. Tugas kita bukan menantikan kebangkitan Islam dengan hanya menunggu kehadiran sang penyelamat, tetapi hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memastikan Islam kembali bangkit. Antara penunggu dan pengusaha, sudah pasti pengusaha lebih berjaya...kan?

Renung-renungkan dan amal-amalkan.
Wallahua'lam...


~perisaimahkota

9 comments:

Fadzli Amir said...

Salam kenal...walau apapun ramalan atau pun berita benar, sebagai seorg Islam kita wajib bersedia dan beriman...bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi, beribadat lah seperti kamu akan mati esok hari....

mabk.abubakar said...

Dunia semakin dekat...

LIVESTRONG said...

Astaghfirullah,belum bersedia lagi.
kiamat betul betul dah dekat.tanda tanda nya pun dah makin kelihatan.

Novelgurl said...

Salam..kita kena bersedia setiap detik.

Hafriz Mohamad said...

Fadzli Amir: W'salam.. salam kenal jg dr sy.

abubakar: hampir dekat dgn saat pengakhirannya..

livestrong: stiap tnda2 kiamat kecil sudhpn brlaku. Tinggal mnunggu kmunculan 'sang pnyelamat' shj krn dialah garisan tengah antara kedua2 jnis kiamat.

novelgurl: brsdia utk beriman dan bramal demi mmbela mruah Islam.

Mat Ganu said...

salam ziarah...alhamdulillah.

ana_liyana said...

Alhamdulillah sbab ada yg sudi mengingatkan.. ana pum btol2 blom sedia nak hadapi ni..amalnya siket sgt.. Ya Allah, dekatkan hati kami kepada-Mu..ameen..

Hafriz Mohamad said...

mekaseh mat ganu krn sudi komen..

ana liyana: Alhamdulillah...
Smoga dimaqbulkn doanya... amiin~

ibnuyassir said...

Ar Rayah World News

Pasti !!! Masjidil Al-Aqsa, Palestin Akan Dibebaskan

http://ibnuyassir.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails