Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Friday, February 25, 2011

CONTEST: ADA APA PADA NAMA?

Salamullahi'alaikum...

p/s; Sebelum bercerita tentang contest, ada pesanan untuk korang (pengunjung lama atau baru).
Terima kasih sebab sudi singgah blog yang tak seberapa ni. Untuk pengetahuan semua, aku sekarang (mungkin) sibuk sikit untuk 'berblogging'. Tak selalu sangat macam sebelum ni atas sebab-sebab tertentu. Jadi, bagi siapa-siapa yang tersinggah blog ni, dipelawa untuk meninggalkan link blog korang. Kalau ada masa blogging nanti, aku akan bukak blog korang. Boleh kita berkenalan, komen-mengomen dan 'follow memollow'. ^_^

Okeyh...Masuk kepada tajuk...

Bila tengok ramai yang join contest ni, tiba-tiba air liur aku meleleh. (ergghhh~) Terasa nak join jugak... Tak kira, nak join jugak. hehe.. Mengikut kepada arahan yang telah disusun oleh penganjur contest ni, dia suruh 'tepek banner' (macam kat bawah ni...) dalam entri yang bertajuk 'CONTEST: ADA APA PADA NAMA?' (seperti yang kat atas nun...)

 

Lepas tu, buat entri ringkas tentang Nama, Nickname dan sebab-sebab kenapa kita guna nickname tersebut.

Cerita aku ini macam...
Nama aku Iklil Hafriz bin Mohamad. Selalu kalau sesi suai kenal, nama aku la yang 'jadi perhatian' sebab orang susah nak sebut. Sampaikan mata boleh terbeliak, lidah terlipat-lipat dan gigi pecah berderai hanya kerana nak sebut nama aku. Bagi aku, nama ni takder la susah sangat nak sebut. Mudah jer... kan3? hrrmm... Ada sorang pengajar kat kolej aku, sampai sekarang panggil aku 'IKIL'.. dah puas aku betulkan... I.K.L.I.L..tapi lidah dia nak jugak sebut nama aku... IKIL... biar lah dia, janji dia bahagia...hehe~

Tapi, aku suka nama ni sebab unik. Lain dari yang lain. Terima kasih pada abah dan ummi sebab pilih nama ni.

Nickname aku pulak, Perisai Mahkota. Asbabnya, kerana ia berkait dengan maksud nama aku. IKLIL bererti Mahkota atau lebih tepat 'mahkota kalungan bunga'. Macam puteri-puteri zaman Kegemilangan Melayu Melaka gitu.. Ataupun kalungan bunga yang orang sangkut kat leher sebagai tanda penghormatan kepada seseorang.

Hafriz pulak, pada asalnya takder maksud. Bila tanya aku punya kekasih hati, Ummi tersayang... nama 'Hafriz' tu diambil dari 'Hafiz' yang bererti penjaga. Jadi aku nak gabungkan dua nama tersebut... bila disusun, jadi 'penjaga mahkota'. Macam tak best la pulak. Bila dicampur, tolak, bahagi, darab...keluarlah nama Perisai Mahkota sebab perisai dan penjaga macam ada kaitan. Bau-bau bacang la kot...hik2~

Kalau kat profil blogger, nickname aku.. Hafriz Mohamad. Faham faham jer la kan kenapa aku guna nama tu. Sebab dah memang nama aku... Mohamad tu nama My Abah.
Dan seterusnya, kita diminta memberi pendapat... kenapa penganjur contest ni menggelarkan dirinya YAD'Z, walhal dalam surat beranaknya bukanlah tertulis Yad'z...

ermmmm...........................
Semalam aku mimpi jumpa Ahlul Nujum Negara atau nama penanya Nujum Pak Belalang. Aku tanya dia.. "pada pendapat dato', kenapa blogger yad'z ni gunakan nicknamenyer macam tu? macam la takder nama lain...hihi. (tanpa sengaja, aku tersengih).."

Jawab ahlul nujum, "Antara sebab-sebabnya adalah...pertama, dah memang itu nama yang dia suka, nak buat macam mana... kedua, mungkin nama yad'z ni nama timangannya masa kecik-kecik dulu dan yang ketiga, kemungkinan yad'z tu lah satu-satunya nama yang dia terlintas waktu mula-mula sing up sebagai blogger dulu. Dia malas nak pikir banyak-banyak, jadi nama tu yang dia pilih. dah dah... dato' nak blah, ada hal lain pulak ni . Ada masa nanti, kita jumpa lagi...zasss~" Lalu lenyaplah kelibat Pak Belalang dari kisah mimpiku... ish ish ish... tragik sungguh... hehe.

InsyaAllah... sudah dipastikan bahawa syarat-syaratnya sudah cukup... ^_^ dan tag satu nama. Jadi, aku pilih bro Solihin Zubir ni. Sebab, blog dia ada tema tersendiri. Hijaunya menyejukkan mata yang memandang dan entri dia pun aku suka. Biasa tapi berbisa.

Pastu... bagi url kat yad'z punya entri.
Bagi yang berminat, boleh join sementara peluang masih terbuka. Cepat sebelum terlambat!

Wallahua'lam...


~perisaimahkota

9 comments:

nazrul ashraff said...

arhh!!! nama kau sedap la..aku pelik..ada jugak orang yang tergeliat lidah nak sebut..aku lagi suka sebut nama yang pelik2..wii..

Abah Yie & Ummi Na said...

oh...itu kisah di sebalik nama Perisai Mahkota ni ye? cantik dan sedap nama tu,,....

yad'z said...

hahaha.. ok2.. dah cek.. mekaseh..^^

Hafriz Mohamad said...

nazrul: kdg2 bez, kdg2 xbez..
tp...apepun aku ttap brsyukur dgn nama ni. bg aku...dh sdap sngoti2 doh...hehe

UmmiAuni: mekaseh ummi...hihi. Nt bg la nme adik2 auni dgn name yg susah d sbut tp cntik..

Yad'z: same2.. hrp2 hamba trpilih la yerp...hik2.

"Berilah nama (anak kamu) dengan nama-nama nabi dan nama-nama yang paling (baik) disenangi A11ah s.w.t..."

Firdaus Kasim said...

nama adalah doa.. btul x?

Cara-Cara Blogwalking yg Betul

Hafriz Mohamad said...

yup... betul3.
Jadi, kalau nak pilih nickname tu..biarlah nickname yg brmaksud.. supaya ia mnjadi doa stiap kali nama tu dipanggil ^_^

Abah Yie & Ummi Na said...

:) insyaAllah..

Miss Yaty said...

menarik nama iklil tu! ;)

nak book untuk future sonlah...hik3..

p/s: gudluck yep :)

Hafriz Mohamad said...

uwah!! hehe...
boleh2..no hal. nt bleh bt union utk smua yg brnama IKLIL. hik2~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails