Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, February 5, 2011

Hangat : Oh, Yuna...

Salamullahi'alaikum...

Salam bloggerz.. Salam mujahadah.
^_^
Lepas jalan-jalan jenguk blog orang, aku pun buat u-turn untuk kembali ke blog sendiri..hihi.
Nak komen sikit la tentang apa yang aku dapat...

Aku ada terbaca kat blog Miles of smiles berkenaan isu tudung yuna. Isunya bertarikh 28 Jan 2011. Maknanya minggu lepas la kan? Hangat sampai hangit jugak perbincangan kat sana.
Mula-mula aku rasa juz nak jadi pemerhati jer..sebab jadi pemerhati ni lebih banyak dapat dari yang berkata-kata. betul ker? kot la..hihi.

Tapi bila ingat-ingat balik, aku pun pernah terlibat secara langsung dengan isu ni pd tahun lepas. Aku pernah jugak (secara automatik...) tertegur seorang peminat style tudung Yuna nih. Dia termasuk dalam kalangan member-member jugak la..

Ayat yang dia luahkan lebih kurang cam ni...
"Apa yang korang nak sibuk sangat? Suka hati kami lah nak pakai tudung macam mana!"

Dengar jer ayat tu, tiba-tiba kepala aku macam ada orang cengkam..huhu. ~_~ Aku jadi sensitif bila ada orang yang secara terang-terangan mempertikai hukum Allah (walaupun aku sendiri selalu langgar hukum-hukumNya).

Kawan aku kat belakang cuit aku, suruh aku jawab sikit sebanyak..
Aku 'takut' kalau benda ni jadi gaduh. Tapi diorang suruh jugak. Akhirnya...

"@!^#%$...kita pakai tudung sebab nak tutup aurat, bukan guna tudung nak bungkus aurat. Selepas kita mati nanti, kita nak jumpa Allah..bukan jumpa Yuna!"
huhu...itu lah antara kata-kata yang aku sempat luahkan. Rasa macam bergegar jer dunia nih.

Aku pun fikir-fikir balik.. patut ker aku cakap macam tu? Tak nampak macam keras ker? Wallahua'lam.. Tapi bila diulang-ulang fikir..rasanya takper lah. Cakap pun dah cakap.. Lagipun rasanya takder yang bercanggah dengan kebenaran..kecuali pengertian 'hikmah dalam dakwah' aku tak perhalusi waktu tu...

Apapun, benda dah berlalu..
Harap boleh jadi pengajaran bagi aku dan siapa-siapa yang ada bersama kami waktu tu...



Kembali kepada entri miles of smiles tadi, aku rasa kita kena faham dan perhalusi betul-betul pengertian TUTUP AURAT. Cuba buat satu soalan...
Kenapa Allah suruh sangat-sangat wanita muslimah tutup aurat? 
Korang boleh rujuk pada entri aku sebelum ni berkenaan kelebihan menjadi wanita.

Dan aku nak pesan jugak bagi siapa-siapa yang nak luahkan pendapat berkenaan isu ini, fikir baik-baik. Sebab kadang-kadang orang terdekat kita pun buat benda yang sama dengan apa yang kita larang kat orang lain. Jadi sebaiknya perbetulkan orang di sekeliling kita. Lepas tu baru lah kita luaskan skop dakwah.
Tak salah nak tegur, cuma macam yang aku cakap tadi la. 'hikmah dalam berdakwah'. Itulah cara dakwah Rasulullah SAW.


Wanita itu Indah, dan seindah-indah hiasan adalah Wanita Solehah.
Islam itu mudah, tapi tak bermakna Islam boleh dipermudahkan. ^_^

Wallahua'lam...

Sekarang aku kat KL. rumah kakak aku kat HUKM..
pngalaman baru dapat round2 HUKM..hihi. Rusa masuk kampung daaa..
jap lagi nak bertolak ke Ipoh plak...balik kolej...huhu~~
Doakan perjalanan aku selamat yer... mekaseh. hihi... ^_^

~perisaimahkota

30 comments:

azharr said...

setuju...

AlFaQirah Fillah said...

tapi nak dakwah orang yang dekat dengan kita tu yang susah..
but then, qudwah hasanah. Itu jalan dakwah yang mungkin sering kita abaikan.

aerman zafrel said...

bguzzzz........apik sentiasa skong..............

aerman zafrel said...
This comment has been removed by the author.
aerman zafrel said...
This comment has been removed by the author.
LIVESTRONG said...

kesian pulak kat kak yuna.jdik mcm salah dia yg bwk budaya.

LIVESTRONG said...

kesian pulak kat kak yuna.jdik mcm salah dia yg bwk budaya.

liyana said...

hmm...niat nak tgur tusbb prihatin ngn kwnkn..
xnk die wat silap..
tp kawan yg terdekat tu susah nk tgur..
tkut trsentuh..
but kne try our best..nice entry..
kdg2 ade pmpuan xtaw pkai tudung nmpk sanggul tu xleh..
sbbtula kene slg ingt mgingati
(pnjg plk komen yg ni..sori..huhuh

Hafriz el-Muhammady said...

azhar: ^_^ mekaseh.
alfaqir ilallah: yup..mmg tramat susah. sbb tu kdg2 time kita bt silap pn.. kte akn rasa kte btul. sbb kwn kte x brani bukak mulut nk tgur kte..huhu ~_~

livestrong: hmm..mgkin silapnya sbb dia jd artis. kn zmn skg artis mngatasi ulamak..
apapn, x prlu nk cari slh sape. sbb kt mne2 pn ada salahnya. kita btulkn je lah yg mana slh tu..

Hafriz el-Muhammady said...

liyana: emm...btul2..
masing2 kne try yg trbaik...^_^

IMANSHAH said...

zaman la ni macam tu lah..tapi teguq tetap teguq

IMANSHAH said...

salam kenal..sahabat dari Ipoh jua

Hafriz el-Muhammady said...

salam ta'aruf..
yup.. smpaikan apa2 shj dr Rasulullah wlaupun satu ayat.. ^_^

sicomot-comel said...

hm..
betul tu..
tp nk tegur org yg dekat ngn kita lah yg paling mencabar sgt..

shadowz said...

semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah-Nya... Amin....

bunga said...

betul..bunga pom cam 2..aka selalu sedih bila ada yang mempertikaikan hukum ALLAH..walau kadang2 kita sendiri tersasar.Ya Allah Ampunkan hamba-MU ni..:''(

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Sememangnya menegakkan Amal Makruf itu senang tapi Nahi Mungkar itu payah dan pahit, namun ianya harus jalan seiring. Biarpun pahit telankan juga nanti akan datang manisnya.

Terima kasih ziarah di blog saya.

Hafriz el-Muhammady said...

si comot comel: ^_^
shadowz: amin insyaAllah.
bunga: smoga Allah mngampuni sgala khilaf kita slama ni.. ~_~
Abd Razak: btul 2 ustaz.. same2.

LIVESTRONG said...

then,xkan kita nk biarkan kak Yuna?
mcm mne nk betulkan?

nk call dia,bagitahu?hehe.

kalau singgah blog,jgn lupa tinggal komen(sempat agi promote.hehe.jgn mrh)

Hafriz el-Muhammady said...

nt ade la yg akn gtau tu. klau x jgk, call jer la.. teka jer no kak yuna tuh..hihi.

waa.. sarat ngan info la. nice blog! ^_^

ana_liyana said...

hurm..btol tu.. ana sokong!sokong!
suka bab tgur tu,tgur sbb syg sesama umat Islam.. tgur krana Allah..tgur sbb kita ta nak ddakwa oleh mreka akhirat kelak..tp tgur kna b'hikmah gak,an? hee~ tapela..in sya'Allah, Dia tau niat kta! :)
nice post! suka.

Hafriz el-Muhammady said...

yup..insyaAllah. ^_^

LIVESTRONG said...

bgtahu kat fb@twitter dia.
blog dia ke.
abg iklil la yg ckp nnt.

Hafriz el-Muhammady said...

erk?
klau sama2 nisa', rasenye lg masuk kot. ^_^

fadhdeela said...

kenapa dia jawab mcm tu??sekurang2nyer terima kasih la sbb bg teguran..ish2

im following u :)

Meh singgah: Tiada Aku Mengerti!!!

Hafriz el-Muhammady said...

Sbb.. kdg2 kita mudah diklirukan oleh yg salah, walau tampak d mata kita ia adalh bnar. Dgn sbb tu kte rasa kte kuat n org laen x bleh tgur kte.

LIVESTRONG said...

klau sama2 nisa', rasenye lg masuk kot. ^_^

xphm la abg iklil.

Hafriz el-Muhammady said...

erk??
bt2 x phm plak...hihi. phm2 je ler.. hik2

Cik TeN10 said...

sy berbangga sbb awk berani menegur.. =)

Hafriz Mohamad said...

tp diri sdiri x trtegur la.. adoyai...huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails