Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Wednesday, February 16, 2011

Boleh Percaya Ker?

Salamullahi'alaikum...

Ambil masa terluang ni nak bincang-bincang sikit. Aci tak?
Senang cerita, semua aci je la yer... hihi.

Al-kisahnya macam ni.. Minggu lepas kat dewan bersalin, ada satu kes yang luar dari kebiasaan. Biasanya kan, waktu bayi mula-mula menjengukkan kepalanya untuk keluar dari rahim ibu, muka bayi akan menghadap anus (lubang dubur) ibu. Maknanya, mukanya akan menghadap ke tanah. Tapi kes kali ni kepala bayi keluar dengan mukanya menghadap ke langit.
Newborn Baby!
     Sebelum kita bincang lebih lanjut, kita berhenti kat sini dulu..

Sahabat pembaca, dapat bayangkan tak betapa 'hinanya' permulaan kita...? Kita keluar dari tempat yang dikatakan kotor dan memalukan. Dihasilkan pula dari titis-titis air yang menjijikkan. Saat ingin berpindah dari alam rahim ke alam dunia, wajah kita pertama sekali menghadap dubur ibu kita. Jika ditakrifkan dengan bahasa sembang-sembang kedai kopi, dah semestinya hina cara kelahiran kita ke dunia.. kan?

     Tapi anehnya...
Bila kita sudah meningkat dewasa, kenapa kita terlalu megah menapak di atas muka bumi ni? Tegar benar hingga sanggup menjatuhkan sesama saudara... Lupakah kita tentang permulaan kita dulu? Dah lupa ker yang kita ni asalnya lahir dari tempat yang jijik, hina, memalukan?

     Mudah kan kita lupa.? Kenapa, why, limaza? Sebabnya.. dah memang manusia itu pelupa... Jadi kesimpulannya, tak perlulah nak berbangga yang kita ni hebat sesangat sebab permulaan kita dulu sama jer. Keluar dari tempat yang sama. Hentikanlah tindas menindas sesama manusia... Orang perak cakap, udah udah ler yoep...

Ok... berbalik pada cerita kat atas tadi. Apabila bayi keluar tidak mengikut cara yang betul, ia akan dianggap kelahiran luar dari kebiasaan. Contohnya...Abnormal Presentation, Abnormal Position, Breech Delivery dan macam-macam lagi lah. Jika dinilai dari sudut perubatan, ia taklah terlalu mustahil. Kalau kena cara pengendaliannya, betul kaedahnya..kes tersebut akan diselesaikan dengan baik. InsyaAllah...

Tapi...
Orang kita (melayu khususnya) lain pulak ceritanya.
Apa yang lainnya?

Contohnya macam kes kat atas...
Orang dulu-dulu cakap. Bila bayi lahir menghadap ke langit, nanti dia besar, dia akan berlagak dan suka cakap besar. Cerita ni akan dibawa sampai la budak tu besar. Apabila benar apa yang disangkakan, mula la ceritanya ditambah berjela-jela. Mengata sana sini, mencari salah yang tak pasti. huhu... nasib la tuan empunya badan.

Lepas tu pulak, kalau uri ditanam pada tempat-tempat tertentu...budak tu akan membesar dengan membawa watak-watak tertentu. Misalnya, kalau uri ditanam depan rumah, budak ni jadi bla bla bla... Kalau tanam bawah pokok belakang rumah, budak tu nanti akan bla bla bla... dan macam-macam lagi cerita.

Pada siapa-siapa yang berpengalaman tentang cerita-cerita macam ni, korang fikir macam mana ek? Boleh percaya ker cakap orang dulu-dulu ni?

Sesetengah orang cakap, benda macam ni elok dijadikan pedoman supaya ibu bapa tu akan bersungguh-sungguh untuk didik anaknya menjadi 'manusia'. Tapi ada pendapat lain jugak mengatakan, benda-benda macam ni semuanya karut marut. Takder kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati...

Hrmm... macam mana? Cuba komen-komen sikit kat entri ni...
Moga-moga ada benda-benda ilmiah yang dapat kita kongsi-kongsi.

Aku berhenti kat sini dulu yer... wallahua'lam.


~perisaimahkota

8 comments:

Nabilah Najmuddin said...

erm, kalau percaya consider kurafat tak?..sy bab2 ni plg musykil...

.kozue. said...

tak pernah terfikir
bagus la entri ini (^_______^)

umiawadah said...

orang-orang dulu,tanam uri dekat dengan pokok pisang..katanya biar sejuk sikit..ada juga yang paling baik tanam belakang surau...dekat dengan agama...tapi yang penting disini adalah didikan agama dari ibubapa sendiri...bukan di mana uri ditanam..itu hanyalah pendapat orang-orang dulu je...ambil mana yang baik..percaya jangan...

@LeenShamsh said...

setuju jugak.byk kurafat.kalau percaye dikhuatiri tergelincir dari aqidah.sebab kita cuma perlu percaya semuanya datang dari Allah..insyaAllah.

p/s: iklil cek post terbaru entry bayt al-iman..

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Kehidupan kita semuanya atas kehendak Allah semata

ana_liyana said...

sgt sokong ngan ucapan ummiarissa.. :)

LIVESTRONG said...

ape pun,berserah kpd Allah.

Hafriz Mohamad said...

mekaseh bt yg sudi brkongsi pndpt.
Apapun, yg trbaik adalah kmbali kpd Allah.. katenye pakcik maher zain, 'back to Allah...' ^_^

Ummiarissa: hmm..macam2 la kan.. tp bila dfikir2 balik, cm susah nk prcaya. sbb smua tu mcm logik akal semata2.. xde dalil yg khusus.
nk kate thyul 100%, kdg2 pn ade jgk bnarnye.. hanya Allah yg tau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails