Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Wednesday, February 2, 2011

Wujudkah Suara Ghaib itu?

Salamullahi'alaikum...

"Hei manusia.. buat apa kamu teruskan hidup lagi? Terjun saja lah...bunuh diri, senang citer! Tak guna lagi dah nak susah-susahkan diri untuk hidup.. Semua orang dah tak sayang kamu lagi!"

atau

"Bunuh dia sekarang, dia adalah musuh kamu! Kalau kamu tak bunuh dia, nanti dia akan bunuh kamu!"
macam ni lah lebih kurang bunyi suara ghaib tu kot.. ^_^

Apa khabar semua followers dan pengunjung setia blog PM.. Diharapkan semuanya sihat tak kira dari sudut fizikal juga mental hendaknya ya. Entri kali ni sekali lagi nak cerita pasal paranormal vs psikiatri. (mood menggigil seram-seram sejuk)...
Siapa yang minat dengan cerita misteri-misteri nih, jom ikut aku! Kita fikir dan bincang sama-sama.
Kita akan bincang tentang apa yang menyamakan antara paranormal dan psikiatri..dan di mana wujud pertentangan antara keduanya.

First, masing-masing pakai tali keledar untuk keselamatan bersama.. sebab mungkin perjalanan kita ni bahaya sikit. Ada keadaan-keadaan yang boleh dipercayai, ada jugak samar-samar dan ada jugak yang langsung tak masuk akal. Tapi aku nak ingatkan yang semua benda-benda ini adalah kisah benar.
Kita tak tahu kewujudannya sama ada benar atau palsu kecuali kita sendiri yang mengalaminya!

Sebelum kita ulas-mengulas, kita baca sikit sebanyak keratan akhbar berkenaan panggilan suara ghaib yang telah banyak meragut nyawa. Yang terbaru adalah kes di Pulau Pinang yang mana seorang lelaki maut selepas terjun dari sebuah rumah flat angkara terdengar 'bisikan suara ghaib'. Sekali lagi diingatkan... Ini KISAH BENAR!

Yang ni plak kes di Kelantan (negeri aku..huhu) yang berlaku pada 13 April 2010...

MACHANG: Seorang wanita nekad terjun ke dalam perigi rumah jirannya, selepas mendakwa terdengar suara ghaib menyuruhnya berbuat demikian dalam kejadian dekat Pulai Chondong di sini, pagi semalam.
"Ketika itu, makcik mahu pergi melihat suami yang sedang bertukang tidak jauh daripada rumah kami. Bagaimanapun ketika lalu dekat rumah jiran, saya dengar ada suara menyuruh terjun ke dalam perigi berdekatan. berita di sini.

Dan inilah yang cerita terbaru...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang didakwa mendengar namanya dipanggil oleh suara ghaib, maut setelah dia terjatuh dari tingkat lima sebuah flat di Bukit Gedung di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, mangsa, Shamsul Kamal Mohd. Shafeeuddeen, 24, cedera parah di kepala dan mati dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
Sebelum kejadian, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik didakwa terdengar panggilan misteri memanggil namanya. berita penuh di sini.

Yang ni pulak kes suara ghaib yang berbisik supaya mencederakan orang lain...

KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang anak yang menikam bapa dan abang kandungnya sendiri, di Kampung Wan Su, Pulau Duyong, di sini semalam, dikatakan berpunca daripada dorongan suatu bisikan suara ghaib wanita tidak dikenali.

Suspek, anak ketiga daripada lima beradik itu dikatakan terdengar satu bisikan suara wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘Siti Aisyah’ dan menyuruh menikam abang sulungnya, Irwan Affendi Che Mat, 30, yang ketika itu sedang tidur di biliknya di tingkat atas rumah tersebut.

Hrmm... korang agak-agak macam mana? Boleh percaya ke tak dengan apa yang mereka percaya?

Dari sudut psikiatri, keadaan ini ditakrifkan sebagai audio hallucination yg kronik. Gangguan bahan kimia dalam otak menyebabkan individu tersebut terdengar 'suara luar' atau dikenal sebagai second voice. Menurut pakar psikiatri, sebenarnya tidak wujud suara luar yang bercakap dengannya. Sebaliknya suara itu tercipta dengan sendirinya akibat tekanan dan kemurungan melampau yang dialami oleh seseorang individu.

Ia mungkin disebabkan keinginan yang tidak dapat dilaksanakan atau kecewa dengan sesuatu keadaan menyebabkan dirinya tertekan. Ia akan disusuli dengan kemurungan. Jika tidak dikawal melalui rawatan rohani atau kaedah perubatan yang baik, maka dari situ lah akan munculnya 'suara ghaib'. Tapi dalam ilmu psikiatri, tidak ada istilah 'suara ghaib' kerana katanya suara ghaib itu tak wujud.

Suara-suara ghaib ini boleh menyebabkan seseorang bertindak mencederakan diri sendiri atau boleh juga bertindak mencederakan orang lain. Kedua-dua keadaan ini teramatlah bahaya. fuhh~~

Pakar psikiatri dari Kedah Medical Centre (KMC), Dr. Wan Mohd Rushdi Wan Mahmud berkata, seseorang yang berada dalam keadaan di luar sedar mampu melakukan perbuatan yang pelik, luar biasa, kejam dan tidak berperikemanusiaan.


Beliau menjelaskan, suara-suara ‘ghaib’ itu muncul daripada kepercayaan-kepercayaan salah terhadap sesuatu perkara. Misalnya, pelaku mempercayai ada orang mahu membunuhnya dan kepercayaan itu mendorongnya membunuh individu tersebut sebelum dirinya menjadi mangsa.

Walaupun begitu, ia berbeza dari sudut perubatan Islam. Barat menggelar pula menggelar diri mereka sebagai geng paranormal. Pendapat pengkaji dari bidang ini agak berbeza dengan ahli psikologi.

Menurut beberapa pakar perubatan Islam, kemungkinan suara-suara yang wujud adalah datang dari bisikan jin atau syaitan. Ia berpunca berkemungkinan daripada ilmu salah yang pernah dipelajari atau boleh juga disebabkan kemurungan yang melampau tetapi tidak dirawat secara rohaniah. Geng paranormal pun hampir sama cara diorang befikir, cuma yang membezakannya adalah diorang ni kapir. Jadi tak boleh la nak percaya sangat lah.

Stop sini sekejap...
Baiklah.. setakat apa yang kita bincang ni, korang rasa macam mana?
Kedua-duanya benar dan mungkin kedua-duanya ada keraguan. hrmm....

Ok... Sebab dah terlanjur bincang, aku akan bagi sedikit sebanyak pendapat aku berdasarkan tahap ilmu dan kefahaman aku yang tak seberapa nih.

Bagi aku, kemungkinan benar apa yang diperkatakan oleh pakar perubatan Islam. Ini disebabkan memang syaitan ni dah berjanji dengan Allah untuk sesatkan umat manusia dengan apa cara sekalipun. Tak kiralah yang masuk akal atau sebaliknya. Bagi kita yang tidak ada masalah gangguan perasaan, syaitan datang membisikkan pada hati kita. Akan tetapi mungkin sesetengah individu dapat mendengarnya dengan suara yang jelas kedengaran di telinga.

Bukankah ujian kepada setiap anak Adam itu berbeza? Jadi, rasanya ia tak mustahil.

Pun begitu, kita tak boleh nak tolak hujah yang dinyatakan oleh ahli psikologi sebab apa yang mereka perkatakan juga nampak ada benarnya. Cuma yang dapat aku tafsirkan adalah, ilmu psikiatri/psikologi ini telah menutup beberapa ruang untuk manusia mempercayai bahawa wujudnya alam ghaib. Kalaulah kita mempercayai alam ghaib tidak wujud, maka secara tak langsung kita jugak dah 'menidakwujudkan' Allah, Malaikat, Syurga Neraka dan sebagainya. kan...? Kalau macam tu la..boleh gelincir aqidah kita. ~_~


Pensyarah kat tempat kolej aku pu ada cakap, ilmu psikiatri ini adalah ciptaan Yahudi untuk memesongkan pemikiran umat Islam. Sebabnya di antara pelopor ilmu ini adalah dari kalangan Yahudi yang sememangnya mencipta teori-teori karut untuk meracuni fikiran musuh-musuhnya. Antara pelopornya adalah seperti Charles Darwin, Sigmund Freud dan ramai lagi.

Ok lah... penat dah nak pikir banyak-banyak.
Sebagai kesimpulan. ermm... ada kesimpulan ke tak ea?
Kalau ikut pemikiran aku, aku pun tak dapat buktikan yang benar atau yang mana salah. Cuma bagi aku, kedua-dua ilmu ini baik untuk kita pelajari. Tapi kena pandai-pandai jaga Iman, takut nanti sampai separuh jalan..kita pulak yang dengar suara bukan-bukan. huhu~ habis la.....

Pendapat korang pulak macam mana? Jom kita komen-komen...
Bincang dari sudut yang lebih meluas..atau boleh juga kita sama-sama menyelam ke dasar yang lebih dalam.

Sahabat...pandai-pandai jaga diri, jaga kesihatan mental dan fikizal yer... Kalau ada masalah, kembali cepat-cepat kepada Pencipta. Dia yang mencipta masalah maka padaNya juga tercipta jawapan-jawapan kepada masalah tadi.

(alamak... panjang la pulak entri nih...hihi)
Wallahua'lam... ^_^


~perisaimahkota

6 comments:

ana_liyana said...

bgus2..hurm,,kdg2 bhaya gak bnda2 nih sme..smpai bole tgelincir akidah..huh! syukran ats pmbritahuan! :)

Hafriz Mohamad said...

same2..

utk lbih slamat.. blajar dua2. tp yg pnting, kne seimbangkn.. kot trpesong, susah nk btulkn balik..huhu~

.:padie_eyla:. said...

kadang kadang benda ni betul jugak. syaitan dan jin tu kanade banyak care nak sesatkan manusia. yang lalai dan lemah komfem ah takleh lari. yg penting, hati kita tetap kan Dia. peace.! ^.^

ana_liyana said...

ha'ah..stuju2.. :)

Hafriz Mohamad said...

betul3! (upin dan ipin serentak mengangguk..) ^_^

Unknown said...

Alhamdulilah
Saya pernah mengalami kemurungan ..saya menangis diatas sejadah...kemudian saya terdengar suara ghaib mengucapkan beberapa kalimat seperti zikir..selepas saya amalkan kalimat tersebut bari rasa tenang.....bagaimana dengan kes saya ini..terima kasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails