Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Wednesday, February 9, 2011

Lahirnya ke Dunia

Salamullahi'alaikum...

Tepat jam 6.33 petang 8 Februari 2011, seorang bayi perempuan berketurunan melayu telah selamat dilahirkan di Dewan Bersalin Hospital Kuala Kangsar. Alhamdulillah...

gambar hiasan (untuk tujuan perubatan)
fuhhh~~Sakitnya... ~_~
Aku yang tak rasa ni pun macam terasa jugak betapa sakitnya seorang ibu yang yang tengah berjuang untuk melahirkan seorang anak.

Aku sekadar buat pemerhatian jer. Nak sambut tak boleh lagi, sebab ni baru kes pertama yang aku tengok. Seram pun ada jugak...huh..

Masa duk tengah conduct kes, sempat lagi SN dengan JM tanya aku macam-macam. Diorang tanya aku itu lah ini lah.. tapi malangnya tak sampai 10% yang aku boleh jawab.

Tu la.. saper suruh masuk Labour Room tanpa prepare apa-apa? Sekarang, padan dengan muka aku. Tu belum kena dengan sister. Kalau kena, lekuk dah ubun-ubun kena sekeh...huhu~

SN cakap kat aku, "untuk kes lepas ni..awak kena kendalikan sendiri kes (dengan bantuan jururawat)."
Persoalannya, mampu ker? ~_~
Huhu... tak daya rasanya. Kalau boleh elak, aku nak elak. Tapi sebab aku dah pilih bidang ni, terpaksa lah.
Tapi... tak sanggup la rasanya...huhu..

Macam mana la kita waktu dilahirkan dulu ea?

Ummi pernah cerita yang aku lahir kat rumah jer. Abah dah call ambulans untuk ambil ummi bawa ke hospital. Tunggu punya tunggu, ambulans pun sampai. Jadi, ummi diuruskan untuk masuk ke dalam ambulans. Stretcher dah diusung keluar. Tapi belum sempat ummi (dan aku) diusung naik atas stretcher, aku pun jengukkan kepala dengan tiba-tiba. Barangkali aku tak suka dengan ambulans kot. ^_^

Wallahua'lam... semua Allah dah takdirkan. Oleh sebab tu, aku lah satu-satunya anak ummi yang lahir kat rumah. Tu yang jadi manja sikit kot. hihi... Lepas tu pulak, 40 hari berturut-turut ummi dan abah tak boleh tidur malam sebab, asal jam menunjukkan pukul 12, aku nangis jer kerja. Kata ummi, aku akan berhenti bila dekat-dekat pukul 4.. itu pun kalau penat dah nangis.

Ummi.. Abah.. maafkan abang yer kalau banyak menyusahkan ummi waktu kecik-kecik dulu... ~_~
Tak tahu nak balas balik nanti macam mana. huhu ~_~

Sebagai renungan; "Lahirnya manusia ke dunia ini disambut dengan azan. Matinya manusia diiringi dengan solat. Antara azan dan solat, alangkah singkatnya hidup ini."

Hrmm... syukur jugak aku ditakdirkan untuk terlibat secara langsung dalam bidang ni. Boleh kata semua benda yang aku pernah, sedang dan akan lalui, banyak mengenalkan aku tentang dunia. Kita akan lebih kenal siapa kita, untuk apa kita dilahirkan dan siapa Pencipta kita.

Tu jer lah untuk kali ni.. (sebak dah ni..)
Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita sama ada yang sengaja ataupun yang terlepas pandang.

Wallahua'lam.


~perisaimahkota

15 comments:

@LeenShamsh said...

sebab tu syurga dibawah telapak kaki ibu...jihad bersalin hanya Allah yang tahu..

p/s: trime ksh join GA bayt al-iman

.:padie_eyla:. said...

kalau tgk sendri mesti rase terharu dengan mak kite kan. *.* sadih plak.

LIVESTRONG said...

xsempat nk berbakti kpd ummi.
sabar dan tabahkan hidup ni.

Hafriz Mohamad said...

UmmuMuhammad: yup.. hri ni dpt lg 1 kes. fuhh~~ sakitnyer.. ~_~

padie: emm.. btul2. sjak mngndung, mse mlahirkan, mse mmbesarkn.. smua mak kte yg uruskn.. smpai la skg.. klau xthn mse nengok, msti nk nanges.. huhu

LIVESTRONG: Sabar + Redha = Syurga.. insyaAllah. ada hikmah d sbaliknya..
LIVE kena STRONG. ^_^

tungkaran hati.blogspot said...

blog marche ....! Votre blog est super.

nono2612 said...

bestnya:)

liyana said...

best``
My bro pun ade cter die akn prctical ktlabur room nnti..

Cik TeN10 said...

demi melahirkan seorang anak ibu sanggup mempertaruhkan nyawanya.. segala kesakitan yg dialami hilang tatkala mendengar tangisan anaknya.. melihat senyuman manis anaknya.. so hargailah ibu yg byk berjasa dan berkorban untuk kita semua.. tanpa ibu siapalah kita.. ;)

Hanim Mahali said...

semoga berjaya melalui saat tu... memang respekla mereka yang terlibat dalam bidang....tak semua orang mampu lakukan...

Hafriz Mohamad said...

mekaseh bt semua peng'komen'..hihi.

emm..yup.
Ibu, ibu, ibu dan ayah adalah prmulaan hidup kita. Tanpa mrk, siapa lah kita.. ~_~

Azian Elias said...

INSYALLAH one day berjaya..Teringat mas melahirkan 3 heroes dulu..

Hafriz Mohamad said...

Alhamdulillah.. nanti hero2 tu akan setia mmbela bondanya yg trcinta. hihi..

LIVESTRONG said...

insyaAllah,tq abg iklil:)

Anonymous said...



Feel freе to ѵіsit my webpаge payday loans
Stop by my page ... payday loan online

Anonymous said...



my homepage - payday loan online
My blog :: payday loans

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails