Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Thursday, February 3, 2011

"Renjis-renjis dipilis..."

Salamullahi'alaikum...
raja sehari. ^_^
Salam pena dan salam karya maya buat tetamu blog Perisai Mahkota.

Terus masuk kepada tajuk...kita sambung rangkap seterusnya lagu di atas. Nyanyi sama-sama...hihi.

"Direnjis-renjis dipilis, ditepungilah tawar... Majlis kenduri dah habis, kira hutang nak bayar"
Ooppss...tiba-tiba keluar pulak lirik nih..huhu~
Emm... dah terlanjur silap lirik, kita terus bincang-bincang la yer. ^_^ hehe...

Entri ni khas untuk orang yang masih solo a.k.a bujang trang tang tang... Tapi terbuka untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira status perkahwinan.

Sebenarnya, aku tertarik dengan satu tulisan seorang perunding kewangan Islam, Mahdzir Md. Isa waktu duk baca majalah petang tadi. Ilmu dan pengalaman yang beliau miliki telah dikongsikan dalam sebuah majalah Islam no 1 Malaysia..nama majalahnya, SOLUSI - isu no.28.

Mesti ada yang dah pernah baca ni..
Tapi, takper lah. Aku nak kongsi jugak bagi siapa-siapa yang belum pernah baca.

     Ceritanya tentang bajet perkahwinan. Sdr Mahdzir banyak mengingatkan supaya bakal-bakal pengantin (termasuk aku ker? Wallahua'lam...hihi) agar mengatur bajet perkahwinan dengan sebaiknya. Jangan nanti ada yang 'menggaru kepala yang tak gatal' selepas selesai majlis kenduri. Baru seminggu kahwin, kepala dah botak kat tengah-tengah...huhu. Sebulan, liciiin.. hrmm...~_~

Bersandarkan kepada Hadis Rasulullah SAW,
"Sesungguhnya Nabi SAW mengadakan majlis kenduri kahwinnya dengan Zainab r.a. dengan roti dan daging." (Riwayat Muslim)

Baginda juga berkata kepada Abdul Rahman bin Auf yang bermaksud:
"Buatlah walimah walaupun dengan seekor kambing." (Riwayat Al-Bukhari)


     Oleh sebab itu, bagi siapa-siapa yang dah memang pasang niat untuk nak dirikan 'masjid', hendaklah merancang kewangan mulai saat ini. Ia bergantung kepada tahap keupayaan masing-masing. Bagi keluarga yang berada, mungkin bajetnya boleh mencecah ratusan ribu ataupun juta-juta. Tapi bagi yang sederhana, kebiasaannya puluhan ribu. Pun begitu, kita dinasihatkan agar besederhana dalam berbelanja. Tak salah kalau nak meriah-meriah, tapi risaunya takut kemeriahannya mampu bertahan sehari sahaja. Hari-hari lain, muka masam mencuka sebab duk kira hutang piutang... merana lah jiwa~~

     Jalan terbaik, kita cuba senaraikan secara terperinci tentang bajet perkahwinan kita. Aku pun dah nak mula-mula bajet dah ni. Tengok senarai, punya la banyak benda nak kena buat...adoyai. Larat ke tak aku ni? Hrmm...apepun, usaha tangga kejayaan. ^_^

     Bajet ini seeloknya dibuat bersama dengan bakal pasangan. Bincanglah dengan dia dan ibu bapa juga ahli keluarga terdekat. Kalau boleh, sedut sebanyak mungkin pengalaman orang lama-lama yang pro dalam bidang bajet membajet nih. Cara ni teramatlah dianjurkan agar tak tersesat jalan.

Di bawah ni aku copy paste balik apa yang Sdr Mahdzir tulis. Ia adalah format bajet perkahwinan yang boleh dijadikan rujukan untuk bakal-bakal pengantin. Siapa-siapa yang berminat, boleh salin balik dan tulislah bajet yang korang rasa korang mampu untuk laksanakannya.

1) PRA PERKAHWINAN
  1. Kursus perkahwinan - aku dah setel...Alhamdulillah.^_^
  2. Wang hantaran
  3. Mas kahwin
  4. Upah jurunikah
  5. Kad jemputan
  6. Setem
  7. Cincin tunang
  8. Cincin kahwin
  9. Barang kemas
  10. Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
  11. Tempat penginapan untuk rombongan
2) BARANG HANTARAN
  1. Sireh junjung*
  2. Potpuri*
  3. Al-Quran
  4. Telekung/Sejadah
  5. Kain ela
  6. Baju kurung
  7. Beg tangan
  8. Tuala
  9. Jam
  10. Kasut
  11. Buah-buahan/Puding/Kek
  12. Hiasan hantaran
3) KHEMAH/KANOPI
  1. Kanopi
  2. Kerusi dan meja
  3. Alas meja
  4. Kipas siling
  5. Lampu
  6. Upah pekerja
  7. Penyambut tetamu
3) MAKAN BERADAB*
  1. Set meja makan
  2. Kerusi dan meja
  3. Alas meja
  4. Skirting
  5. Scallop
  6. Kerusi bankuet
  7. Bunga
  8. Lauk pengantin
  9. Penanggah
4) KATERING*
  1. Nasi
  2. Lauk (berapa jenis)
  3. Bauh-buahan
  4. Air
5) HALWA TELINGA*
  1. Set sistem PA
  2. MC
  3. Kumpulan kompang
  4. Silat pengantin
  5. Kumpulan marhaban/barzanji
6) PELAMIN & MAK ANDAM*
gambar dari google...
  1. Pelamin*
  2. Bunga pahar
  3. Bunga telur/cenderahati tetamu
  4. Persalinan pengantin
  5. Hiasa bilik tidur
  6. Pintu gerbang
  7. Pengiring
7) MEMORI
  1. Jurugambar
  2. Album
  3. Video siap sunting
8) BULAN MADU
  1. Percutian - ( Hotel MayangSari kot...hik2 )

Ok dah... tu jer lah. Nampak macam banyak kan? Tapi keputusan di tangan masing-masing. Korang bincang la elok-elok nak putuskan macam mana. Ada yang perlu ditambah dan ada jugak yang perlu dibuang dari senarai di atas ni. Apapun, buatlah pilihan yang paling bijak! (nasihat untuk tuan punya jari yang menulis ni jugak...hihi)

Sebagai akhirnya, selamat menyimpan duit la yer.
Untuk yang dah kahwin tapi ada planning untuk nak tambah lagi sorang, rasanya dah ada pengalaman kot. Sendiri-sendiri bajet la yer...hehe.

Wallahua'lam...


~perisaimahkota

13 comments:

Anonymous said...

bnyk giler..penin jgk tau..nk kene bajet ni.

Hafriz Mohamad said...

tau tak per..
tp, kalau org laen boleh..xkn kita xleh kot. hehe.. (kononnya motivasi dlmn) :P

.:padie_eyla:. said...

susah nye nak kawennn niee. hak3

Abah Yie & Ummi Na said...

Pada ummi, apa yg paling penting adalah muafakat kedu2 pihak + saling tidak membebankan antara keduanya dari segi belanja hantaran + cukup sekadar majlis yang sederhana namun meriah dgn doa hadirin dan mendapat keberkatan dari Allah :)

cikgu_aare said...

buat yang termampu..yang penting kehidupan selepas berkahwin tu..:p

liyana said...

farhana..btul3..sy sokong..hehe

Hafriz Mohamad said...

Ummi: yup..mjlis cuma sehari, tapi khidupan utk brsama tu smpai mati.. ^_^ klau sblum kawen pn xde muafakat, rsenye susah nk truskn hdup yg mmakan masa brtahun2..

Farhana: InsyaAllah..sy pn akn cuba bt yg trmampu jgk pasni. Tnpa rasa trbeban sblum, smasa n slpas mjlis 2 nt.. bila? wallahua'lam...hihi

Alhamdulillah..dpt petua dr org brpngalaman..hihi. Barakallahulakum..

padie/liyana: suke bncang bab kawen ea...hik2

.kozue. said...

telan air liur je la..
hihihi~

ana_liyana said...

huhu~ adess..bnyak btol la..wuu~

p/s : papepum,pntingkan kesederhanaan! hee~

Hafriz Mohamad said...

hmm.. btul2. kdg2 ksderhanaan tu lbih bhgia...^_^

Nabilah Najmuddin said...

huh...mmg byk yg perlu diambil kira...no wonder la yg mmpu2, lebih sng amik wedding planner...tp, mcm xde nikmat nk urus wedding sndiri...

Hafriz Mohamad said...

a'ah.. btul2.
klau bleh uruskn sndiri, baik uruskan sndiri. sbb nt kte akn igt smpai bila2 yg prkhwinan kte diuruskn oleh kita sndiri.. puas ati..hihi.

klau larat jd tukang msk pn lg ok.. hik2

Ecah said...

ye, mcm baru aje berdebat dgn sorg sahabat tentang 'loan perkahwinan'....huhu...

kahwin.
benda yang macam senang tapi tak senang sebenarnya. kadang2 yang wajibnya entah ke mana, yang membazirnya pon entah ke mana-mana..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails